CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 397|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mufti Pulau Pinang gesa tukar jenama arak 'Timah'

[Copy link]
Post time 18-10-2021 07:20 PM | Show all posts |Read mode
Mufti Pulau Pinang gesa tukar jenama arak 'Timah'Oktober 18, 2021 @ 12:58pm


Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor. - Foto NSTP



GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa kerajaan supaya mengarahkan sebuah syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan, untuk segera menukar jenama 'Timah' berserta gambar pada botol yang digunakan.

Beliau menerusi satu kenyataan, berkata ini demi memelihara suasana harmoni di antara pelbagai kaum di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya amat kesal dengan iklan yang tular di media sosial beberapa hari lalu, menyatakan sejenis wiski buatan Malaysia diberi nama 'Timah' berserta paparan wajah seorang lelaki berjanggut dan memakai kopiah pada botol minuman berkenaan.

"Seperti yang sedia maklum bahawa bagi masyarakat Melayu, 'Timah' adalah singkatan daripada Fatimah iaitu nama puteri Nabi Muhammad SAW yang amat dihormati oleh umat Islam sama ada Sunni atau Syiah.

"Justeru, menjenamakan arak dengan 'Timah' dianggap oleh umat Islam sebagai satu penghinaan yang tidak seharusnya berlaku," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengeluar wiski berkenaan perlu peka terhadap sensitiviti umat Islam berkaitan dengan isu itu, agar tidak menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

"Kita tidak membantah arak diminum oleh orang bukan Islam, tetapi kita memohon pihak kerajaan Malaysia supaya mengarahkan syarikat pengeluar minuman itu segera menukar jenamanya berserta gambar di botol kepada nama dan gambar yang tidak menimbulkan sensitiviti umat Islam.

"Kita juga berharap agar pemimpin politik tanah air terutamanya yang beragama Islam akan turut menyatakan bantahan terhadap tindakan tidak sensitif oleh syarikat pengeluar minuman beralkohol itu," katanya.
– BERNAMA









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.358939 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list