CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 450|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pengurusan tertinggi Media Prima temui Ahmad Fuzi

[Copy link]
Post time 18-10-2021 07:14 PM | Show all posts |Read mode
Pengurusan tertinggi Media Prima temui Ahmad Fuzi[size=0.8]Oleh Audrey Dermawan - Oktober 18, 2021 @ 4:10pm[email protected]


Syed Hussian (dua kiri), Rafiq (kiri), Michael Chan (dua kanan) dan Mohd Efendi (kanan) mengadakan kunjungan hormat terhadap Ahmad Fuzi (tengah) hari ini. - NSTP/MIKAIL ONG



GEORGETOWN: Pengurusan tertinggi Media Prima Bhd (Media Prima) hari ini, mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Diketuai Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, pertemuan selama sejam setengah itu berlangsung dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Turut serta dalam kunjungan hormat itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali; Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Omnia (Omnia), Datuk Michael Chan dan Pengarah Jualan Omnia (Kerajaan dan Wilayah), Mohd Efendi Omar.

Menyifatkan kunjungan hormat itu sebagai berjaya, Syed Hussian, berkata ia bagi mengukuhkan kerjasama sedia terjalin di antara Media Prima dan Kerajaan Pulau Pinang.

"Dalam pertemuan bersama Ahmad Fuzi, kami memperkenalkan pelbagai platform ditawarkan Media Prima dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan untuk mengukuhkan kerjasama antara Media Prima dan kerajaan negeri.

"Kami juga menerima dua hingga tiga cadangan daripada Ahmad Fuzi, termasuk dalam sektor pelancongan yang mana kami percaya dapat membantu Kerajaan Pulau Pinang," katanya selepas kunjungan hormat itu.

Mengulas lanjut, Syed Hussian berkata, melalui pelbagai platform komunikasi yang ditawarkan, pihaknya yakin Media Prima boleh membantu kerajaan negeri.

"Bersandarkan pengalaman, kita boleh membuat banyak perkara dan bekerjasama dengan kerajaan negeri berkaitan perancangan mereka melalui pelbagai platform yang kita miliki," katanya.

Sementara itu, Syed Hussian berkata, pengurusan tertinggi Media Prima juga memanjangkan jemputan lawatan ke Sri Pentas dan Balai Berita kepada Ahmad Fuzi.

"Di Balai Berita, kita ada arkib besar yang menyimpan gambar lama yang boleh ditunjukkan kepada Ahmad Fuzi, mungkin untuk kegunaan pada masa depan," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.267611 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list