CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 276|Reply: 0

[Sarawak] Penganggur ugut bunuh adik didenda RM3,000

[Copy link]
Post time 15-10-2021 08:50 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Perbuatan seorang penganggur lelaki yang mengugut bunuh adik kandungnya gara-gara tidak tahan mendengar anak saudara menangis membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali juga memerintahkan Mohd Khairol Ismawi, 33, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut, untuk dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Lelaki itu didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap adik kandungnya, Siti Safarina Ismawi, 27, dengan mengugut hendak membunuh mangsa dalam satu kejadian pada 7 Oktober lalu, jam 3 petang, di kediaman mereka di Kampung Rampangi, Jalan Sultan Tengah, di sini.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh mengamuk dan memarahi mangsa setelah anak mangsa yang berusia 1 tahun 6 bulan tidak berhenti menangis.

Tertuduh seterusnya bertindak mengugut mahu membunuh mangsa dengan menggunakan sebuah spanar besi.

Khuatir akan keselamatan diri, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Tertuduh ditangkap beberapa hari kemudian iaitu pada 9 Oktober lalu, jam lebih kurang 10.35 pagi di kediaman mereka.

Sehubungan itu, pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.032124 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list