|
Sao Paulo: Sao Paulo memecat bekas penyerang Argentina, Hernan Crespo yang memegang jawatan sebagai jurulatih berikutan beberapa keputusan teruk, jelas kelab Brazil itu dalam satu pengumuman.
Crespo, 46, mengendalikan Sao Paulo pada Februari lalu tiga minggu selepas membantu kelab Argentina, Defensa y Justicia meraih kejuaraan Copa Sudamericana.
"Keputusan untuk berpisah 'diambil dengan persetujuan bersama selepas perbincangan antara jurulatih berkenaan dan lembaga pengarah' Tricolore," kata kelab itu dalam satu kenyataan.
Crespo memulakan tugas dengan positif di Brazil selepas membantu Sao Paulo meraih kejuaraan peringkat negeri Mei lalu sekali gus menamatkan kemarau sembilan tahun tanpa piala.
Bekas penyerang AC Milan dan Chelsea itu terkenal dengan corak menyerang namun prestasi kelab berkenaan merudum pada saingan liga Brazil musim ini termasuk tersingkir di saingan suku akhir Copa Libertadores.
Crespo juga harus berdepan dengan pemergian pemain veteran Dani Alves secara tiba-tiba pada bulan September kerana pertikaian dengan kelab mengenai gaji yang tidak dibayar.
Sao Paulo mencatat keputusan seri lima perlawanan terakhir mereka dan menduduki tempat ke-13 dalam liga 20 pasukan.
Mereka hanya tiga mata di atas zon penyingkiran dengan berbaki 14 perlawanan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -paulo-pecat-crespo
|
|
|
|
|
|
|
|
CRESPO gagal membawa Sao Paulo berada di kedudukan terbaik di dalam liga. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|