CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6156|Reply: 30

Kenaikan harga barang pengguna [updated : 01/2011]

[Copy link]
Post time 16-7-2010 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 6-1-2011 09:21

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.


Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumumanmalam ini.

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.


Bagaimanapun, tambanya,  kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib,  masih antara yang terendah di rantau ini.



Berikut adalah harga baru:

  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.70 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram


Berikut adalah harga baru gas:

  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)


Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.


Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.


Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.


Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.


credit : http://www.malaysiakini.com/news/137437

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-7-2010 04:51 PM | Show all posts
Harga produk F&N Dairies mungkin naik


2010/07/16

KUALA LUMPUR: F&N Dairies (M) Sdn Bhd kemungkinan menaikkan harga produknya berikutan kenaikan harga gula dan bahan bakar yang bermula hari ini.

Ketua Pegawai Operasi (Bahagian Tenusu), Tony Lee, bagaimanapun berkata kumpulan itu belum membuat keputusan bila semakan kenaikan harga itu akan berkuat kuasa.

"Memandangkan susu pekat mengandungi banyak gula, kenaikan 25 sen sekilogram harga gula pasti memberi kesan yang besar kepada pengeluaran itu.

"Oleh kerana pengumuman rasionalisasi peningkatan harga dibuat hanya semalam, kami perlu membuat penilaian impaknya sebelum kami memutuskan untuk menaikkan harga.

"Harga produk tenusu mungkin meningat 10 sen," katanya kepada pemberita selepas pelancaran imej baharu jenama "TEA POT" hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan subsidi kerajaan bagi petrol, diesel, gas petroleum secair dan gula akan dikurangkan mulai hari ini sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat.

Susulan pengurangan itu, harga gula naik 25 sen sekilogram kepada RM1.90 berbanding RM1.65 sebelumnya.

Mengenai imej baharu Tea Pot, Lee berkata label baharu itu direka untuk menampakkan imej yang segar pada jenama itu.

"Berdasarkan maklum balas yang diperoleh dari kaji selidik pasaran, corak dan visual itu lebih mencerminkan ketepatan janji jenama itu - kualiti yang kosisten dan enak dirasa.

"Ia juga akan menambah baik kedudukan premiumnya sebagai pilihan pelanggan yang pandai menilai," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 01:24 AM | Show all posts
cfm rega makanan& minuman akan naik mencanak2...
nk2 bulan puasa makin dkt....

xder ke pendekatan lain yg gomen blh buat selain naik kn rega barang?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 08:30 AM | Show all posts
Kannnnnnnnnn...

yg aku tak berapa nak paham...ada la plak buat kenyataan dan siap calculation bagai berkenaan dgn harga makanan dan minuman ni....harga naik tak byk kalau ikut pengiraan...dalam RM0.01 sen cam gitu...tp tak diambik kira dengan pelbagai impak kenaikan harga barang hasil dr kenaikan baru2 ni....Derang ingat bila gula naik 0.25 sen sekilo,,,,tak perlu naik harga Teh tarik dan lain2 jenis minuman....bila gula ndah naik,,,mmg konpem la kan harga susu bakal naik ....aku tak rs harga susu akan naik sikit...kalau harga gula naik RM0.25 sekilo...bygkan kenaikan harga susu plak lepas ni...kendian harga makanan lain spt kuih muih....yg dibuat berasaskan gula..susu bagai...konpem naik..

Itu belum dicampur lagi dgn kenaikan harga petrol...bila petrol naik...konpem harga barang akan naik...walaupun kenaikan hanyalah 5 sen...tp impak kenaikan harga kos yg lain adalah berkali2 ganda..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 08:31 AM | Show all posts
yg tak boleh tahan....gomen siap komen :-

" Kerajaan BERHARAP agak peniaga2 serta perncit/[emborong tidak sewenang2 menaikkan harga barang. Kenaikan adalah pd skala kecil"..

Hahahhaha...................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2010 08:51 AM | Show all posts
ko auta laa dengan ayat mcm mana pung
yang kami paham, harga barang naik
kami tetap kena cekik....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2010 02:57 PM | Show all posts
yg tak boleh tahan....gomen siap komen :-

" Kerajaan BERHARAP agak peniaga2 serta perncit/[emboro ...
medangmru Post at 17-7-2010 08:31


kjaan brharap, kjaan lupa ke rakyat pn bharap kjaan jgn naikkan harga minyak (y trutama lah).

hehe bila kjaan naikkn harga minyak.
ape psl lak pniaga xleh naikkan harga produk dorg..

pniaga2 mesti nak menten keuntungan dorg tiap bulan. msti xmo rugi wpun RM1..
tp kalo da kos bahan asas naik, confirm la untung akan kurang kalau total jualan/transaksi pd jumlah y sama..

pstulak kjaan mybe akan ckp, pniaga2 mstila berusaha utk kurangkan cost, tingkatkn promosi supaya untung makin banyak..

pengguna(majoriti rakyat) pn boleh ckp kt kjaan - apa kata kjaan cover cost2 yg tak brp perlu, tp jana & labur supaya income negara btambah (tanpa perlu naikkan harga brgn asas)..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 09:38 PM | Show all posts
mcm nk gunting jah cc ai neh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2010 10:09 PM | Show all posts
Kannnnnnnnnn...

yg aku tak berapa nak paham...ada la plak buat kenyataan dan siap calculation bagai berkenaan dgn harga makanan dan minuman ni....harga naik tak byk kalau ikut pengiraan...dalam RM0.01 sen cam gitu...tp tak diambik kira dengan pelbagai impak kenaikan harga barang hasil dr kenaikan baru2 ni....Derang ingat bila gula naik 0.25 sen sekilo,,,,tak perlu naik harga Teh tarik dan lain2 jenis minuman....bila gula ndah naik,,,mmg konpem la kan harga susu bakal naik ....aku tak rs harga susu akan naik sikit...kalau harga gula naik RM0.25 sekilo...bygkan kenaikan harga susu plak lepas ni...kendian harga makanan lain spt kuih muih....yg dibuat berasaskan gula..susu bagai...konpem naik..

Itu belum dicampur lagi dgn kenaikan harga petrol...bila petrol naik...konpem harga barang akan naik...walaupun kenaikan hanyalah 5 sen...tp impak kenaikan harga kos yg lain adalah berkali2 ganda..



medangmru Post at 17-7-2010 08:30



   itulah namanya 'multiplying effect' med cukup lah satu barang je naik harga, otometik yang lain2 naik la
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 10:10 PM | Show all posts
Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib,  masih antara yang terendah di rantau ini.

come on la, sampai bila nak guna ayat auta ni? :re:
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 10:11 PM | Show all posts
Reply 5# medangmru

blh berharap je lah...
sebut la kt TV 25 jam seari pon...
kalo stakat berharap..
semua org blh buat...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 01:39 AM | Show all posts
cerita isu gula nie...skang nie gomen dok pung pang pung pang pasal penyakit kencing manis...asal gula naik jer..kencing manis isunya...nak rakyat sihat..takde benda lain ker nak dok cerita...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2010 10:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by Syd at 19-7-2010 10:33

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.


Jangan buat tinjauan rambang


Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.

"Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.

Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.

Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.



Puji 'keberanian' Najib

Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.



Media patuhi arahan

Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.

Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.

Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”

Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.

Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan  arahan itu.

Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.

Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.

Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”.

Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.        

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 11:43 AM | Show all posts
najib yg bodo
dia ingat rakyat seme bodo cam dier
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 11:47 AM | Show all posts
Reply 10# cik.panda


    itu ayat standard tu....

tapi tak pernah pulak cakap macam nie "gaji pekerja -pekerja di malaysia antara yang terendah dirantau ini"...heheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2010 12:07 PM | Show all posts
Reply  cik.panda


    itu ayat standard tu....

tapi tak pernah pulak cakap macam nie "gaji p ...
yus262 Post at 19-7-2010 11:47



    takpe, rakyat masih cukup makan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2010 10:21 AM | Show all posts
lps gula naik harga, senang pulak nk beli gula skang nihhh
mmg hampehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh betul
:@   :@  :@   :@  :@   :@
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 10:22 AM | Show all posts
kalau harga barang naik, pastu gaji pun naik, sedap la jugak
nk sedapkan ati rakyat, bleh lak dia kata harga barang kat mesia nih masih rendah berbanding negara lain....negara mana yg dia rujuk tu???? :@
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 12:16 PM | Show all posts
Reply 18# fariepari


gaji naik jugak tapi tak selari dgn kenaikan rege brg
so taraf hidup semakin jatuh
dgrnya ada lagik kenaikn lps nih
ntahla
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2010 11:36 PM | Show all posts
Price hike for RON95, LPG and sugar
By IZATUN SHARI

PUTRAJAYA: The prices for RON95 petrol and diesel will increase by 5sen per litre at midnight (12.01am Dec 4) while the prices of liquified petroleum gas (LPG) and sugar will be up by 5sen and 20sen per kg respectively.

RON95 would be raised to RM1.90 per litre from the current RM1.85 while price of diesel would be retailed at RM1.80 per litre. LPG and sugar will cost RM1.90 and RM2.10 per kg respectively.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Idris Jala Idris said the price hike was the second wave of the subsidy rationalisation programme.

Prices of RON95 and diesel went up by 5sen per litre while sugar and LPG were raised by 25sen and RM10 on July 16 for the first wave of the programme.

That resulted in total savings of RM779mil. This time around, Idris said the savings is expected to be RM1.18bil.

Idris said the savings would be channelled towards improving urban transportation network, rural basic infrastructure and roads, education and efforts to combat crime.

He added that the increase was very minimal and should not hurt the people.

“I think it is fair to the rakyat. I believe people will be able to accept it,” he told a media briefing on the second wave of subsidy rationalisation here Friday.

Idris said the Consumer Price Index could be contained in view of the low increase and declined to disclose the amount of subsidy the government would have to pay for the items.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.113765 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list