CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39358|Reply: 290

Alkisah Goyang Inul

  [Copy link]
Post time 16-6-2010 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Seperti yang dijanjikan sya cuba memanjang cerita ini. Andai kata ada tersilap dan terasa anggaplah satu gurau saja. Ampun maaf dari sya ekk...

BAB 1

Alkisahnya……

BAB 1

“Kau jadi ke pergi nanti?” tanya qimi pada kay yang sedang kyusuk membelek buku novel ditangannya. Hilang sekejap dan tidak menghiraukan sekeliling.

“Insyallah, aku pergi. Kau macam mana.?” Pertanyaan itu diaju kembali kepada qimi.

“Mestilah pergi. Tengah bulatan tu. Sepanjang aku berkenalan dengan banyak penulis dan blogger ni belum pernah gathering di buat tengah bulatan jalanraya. Lagipun Putrajaya tu. Harap-harap masa tengah makan-makan tu lalu lah pulak Tok Najib ke, Hishamuddin ke. Kan besttt!!!” Dengan penuh harapan qimi menyampaikan impian dan harapannya.

“Kau ni! Angan-angan lebih.” Rungut kay sambil berlalu ke kaunter pembayaran.

“Alahhh..jeles lah tu.” Qimi pun merungut dengan layanan kay yang tak layan tu.

“Uncle! Berapa diskaun ni?” kay mengunjuk 3 buah buku novel yang tebal. Jangan Bersedih, Bercinta Lagi dan Andai Kau Jadi Milikku sudah berada dalam genggaman.

“Haiyahhh! adik manis. Hari-hari mau diskaun kah?” uncle Maniam yang separuh umur itu mengeleng kepala beberapa kali.

“Uncle jangan kedekut tau. Saya sudah banyak tolong uncle jual buku tau. Sini pun sudah jadi markas untuk pembaca novel tau.” Ugut Kay sambil menayang wajah cemelutnya.

“Adik manis, itu perkataan markas jangan cakap kuat sangat. Nanti orang ingat ini tempat untuk orang simpan bom punya.” Usik uncle Maniam.

“Apa uncle ni, memang sini markas kita oranglah.” Sampuk qimi tak puas hati. Ada nada geram disitu.

“Sudahlah adik-adik manis, saya bagi itu persen 20 juga. Jangan marah ahh…” cepat saja uncle Maniam membeli hati qimi dan kay yang merenung tajam.

“Jom kay, lain kali kita jangan datang sini. Kita pergi kedai lain. Biar padan muka uncle Maniam ni.” Ugut qimi sambil menarik tangan kay.

“Alahhh…jangan marah adik manis. Saya gurau saja. Baiklah ini tempat sudah jadi markas untuk adik manis okey. Esok jangan lupa bawa kawan-kawan.” Pujuk Uncle Maniam beriya-iya.

“Tau takut.” Senggih qimi dan kay.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2010 05:03 PM | Show all posts
BAB 2

“Mana budak-budak ni?” kay sudah gelisah dan tidak tentu arah bila melihat yang ditunggu tak kunjung tiba.

“Entahlah, kata tunggu sini.” Qimi dah start melabuhkan punggung di kaki tangga Sogo. Perutnya sudah berkeriuk bernyanyikan lagi tudung periuk.

“Ehhh..nape kau duduk situ. Bangunlah.” Pinta Kay sambil menarik tangan Qimi bangun.
“Lahh, kenapa pula. Aku penat ni. Sandal Scholl aku ni buat hal lah pulak. Ni mesti nak kena ganti baru.” Rungut Qimi sambil menilik sandalnya yang berwarna coklat itu.
“Weiii! Bangunlah malu tau.” Marah Kay dan menarik tangan Qimi untuk membantunya bangun.
“Iyerlah! Aku bangun!” dalam gerak yang malas Qimi bangun juga.
“Qimi! Jom cepat kita lari.” Kay kelamkabut bersuara. Qimi yang dalam nada yang blur terpinga-pinga.
“Nape? Nape?” tanya Qimi sambil menarik kembali Kay.
“Kau tengok tu. Jomlah kita naik dulu. Cepatlah!” Kay mula melangkah.
“Iyerlah, Jom! Jom!” Beberapa Qimi memandang ke jalan raya. Kelihatan segerombolan anak dara dan mak-mak dara sedang kecoh hendak melintas jalan. Ada yang terjerit-jerit melihat kereta yang bertali arus. Dari jauh dah boleh dengar suara mereka. Smiley sedang memegang kuat tangan detox. Azure pula menarik-narik hujung baju Lyza sekenit itu. Mana  kala aineana, hh dan merah silver berusaha untuk menahan kereta-kereta yang tidak mahu berhenti di Jalan TAR ini tetapi malangnya tiada siapa yang menghiraukan. Tiba-tiba seorang paparazzi berdiri ditengah jalan itu dan mendepang tangan sambil mengarahkan Lyza melintas dulu. Setelah Lyza melintas jalan barulah dibenarkan mak-mak dara dan anak dara melintas pula. Siapa jejaka yang memakai speck mata itu ek? Ketika Chengkeh dan bunick melintas dengan sopan santun, tak tahu dari mana mamat motor capchai itu muncul dan memeras kuat enjin motornya dan membuat chengkeh terlatah-latah di tengah jalan tersebut. Keadaan menjadi hingar bingar melihat keadaan cengkeh yang tak tentu arah.
“Opocot! Katak terlompat dalam kain!” entah kenapa ayat itu yang keluar. Bunick yang dari tadi tergamam cepat saja menarik Cengkeh ke tepi.  Beberapa buah kereta dengan sepakat membunyikan hon bertalu-talu. Wajah bunick dah bertukar rupa.
“Kau ni kenapa cengkeh. Ada pulak melatah kat sini.” Marah Bunick sambil mengutil lengan Cengkeh.
“Aku tak sengajalah. Celaka punya mamat motor.” Cengkeh melempiaskan marahnya pada mamat motor pula.
“Dahlah cakap entah apa-apa, buat malu je. Dah jomlah.” Bunick berlalu pergi diikuti oleh cengkeh. Yang lain sudah lama menghilangkan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 05:03 PM | Show all posts
cayok ah !!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 05:06 PM | Show all posts
wahahahaaa... ada nama kawan-kawan nihh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 05:06 PM | Show all posts
Enakkkkkkkkkkkk bangetttttttttttttttt....
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 05:06 PM | Show all posts
wah cite baru...cite lama jgn lupakan...aik aku pun ada interprame...wah sure lawak ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2010 05:07 PM | Show all posts
horayhoray
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 05:07 PM | Show all posts
adeh aku gelak sakan tang Chengkeh melatah !!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2010 05:09 PM | Show all posts
Uwahh sakit perut akak gelak dilla
dlm ko dok diam2 ada gak idea..
sekali keluar kelakar gak
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 05:10 PM | Show all posts
yang tak tahan tu, Kay siang2 dah lari.....cheh malu konon ...... ko siap kay !
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 05:13 PM | Show all posts
AHAHAHAHAHHAAA...lawak2... nie cerita kisah forumers kat sini ke?? sesuaii...!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2010 05:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by Adilla at 16-6-2010 22:17

BAB 3

“Apasal tadi korang lari hah!” bunick yang bertubuh kecil menjengil mata kepada mak-mak dara.
“Bukan kita orang lari tetapi nak selamatkan diri.” Akur smiley dengan senyumannya.
“Betul! Betul! Betul!” jawab mak-mak dara serentak. Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi senyap. Bunick memandang sekeliling dan terdengar bisikan dari kanan mejanya.
“Upin dan Ipin ada datang ke hari ni kat Sogo ni?” dalam dengar dengan tidak Bunick tertangkap bicara itu. Kelihatan dua orang budak lelaki berumur lebih kurang lapan dan sepuluh tahun sedang bergosip. Mak dan ayahnya pula sedang tekun menikmati nasi ayam hainan.
“Entahlah, abah tak cakap pula Upin dan Ipin nak datang.” Jawab si abang. Si adik hanya memandang bunick yang kebetulan berpaling. Sempat juga si adik mengenyet mata kanannya.
“Bang!” panggil si adik bila melihat bunick dengan cepat memandang kehadapan.
“Apa!” jawab si abang sambil lewa.
“Awek tepi ni boleh makanlah.” Luah si adik dan si abang cepat memusingkan kepalanya.
“Kita mana boleh makan. Abang kita bolehlah.” Tegur si abang.
“Alahhh…abang waang tu ke? Bukan boleh harap. Memilih sangat.” Rungut si adik panjang.
“Iyerlah entah bila kita nak dapat kakak iparkan. Kalau boleh biarlah cun-cun sikit tapi janganlah kecik macam kakak depan ni. Senang kita buli.” Terkekeh si abang ketawa.
Bunick yang dah berasap hendak bangun mengadap budak berdua itu. Tetapi terhalang dengan kedatangan seorang lelaki yang segak berjersey biru dengan nama Chelsea terpampang didada bidangnya. Entah apa yang di pandang pada Chelsea tu. Malaysia lagi bagus. Nak pula ada permain macam Amri Yahya yang selalu ambil tiket jatuh dengan sengaja. Hehehe...
“Abang!” serentak mereka menjerit.
“Ehhh! Duduklah elok-elok. Kan abang dah datang tu.” Marah si ayah dan maknya hanya menjeling.
“Mak! Abah!” si lelaki merapati kedua orang tua itu.
“Dah habis keja kau waang?” tanya si ayah.
“Dah!” jawab lelaki itu dan sempat bertemu pandang dengan bunick dan dengan sepontan mengenyet mata kirinya.
“Adik dan abang sama je.” Rungut bunick lantas membetulkan duduknya tanpa menghiraukan keadaan meja sebelah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 05:38 PM | Show all posts
cayalah waang dpt jumpa bunick siap kenyit mata lagi..;)
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 05:40 PM | Show all posts
kenapa bunick? bukan miko ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 05:43 PM | Show all posts
kenapa bunick? bukan miko ke?
bunick Post at 16-6-2010 17:40



AAHAHHAHAHAHHAHAHAH... adoi, terguling-guling badak aku gelak bc cite nie....
sesuai laa dgn ko bunick.. x de tapis2 lg dah......
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 05:49 PM | Show all posts
BAB 3

“Apasal tadi korang lari hah!” bunick yang bertubuh kecil menjengil mata kepada mak-mak  ...
Adilla Post at 16-6-2010 17:34



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2010 06:10 PM | Show all posts
BAB 3

“Apasal tadi korang lari hah!” bunick yang bertubuh kecil menjengil mata kepada mak-mak  ...
Adilla Post at 16-6-2010 17:34


Memang ketawa depan PC niih.. Manalah Adilla dpt idea tulih kisah kengkawan lak kat sini...Adoii... Mak2 dara(???) ..Aku dok 'imagine' macam rombongan cik kiah pulak..   jln ramai2 & kalut2 gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 06:12 PM | Show all posts
  
aku mmg nak gelak besar ni....
mmg best la idea ko sya.....
chengkeh mmg melatah ke?hahahaha..
camne katak dlm kain lak....
karang abg macho yg bagi jalan tu nak tgk ke tak haru jadinya,...hahahahaha

apsal waang main mata dgn bunick ni....
brpaling tadah nmpaknya....
miko tak dtg ke????
ke kelibat bunick disangka miko???
jwpan..jwpan..jwpan.... cpt sya...bagi jwpan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 06:16 PM | Show all posts
errr... sya details kan appearance mak2 dara dan anak2 dara tu...
kebaya ketat ke..kebarung ke... belah tegah ke...belah tepi ke...
yg pasti mak dara smiley kita berkebaya nyonya ye..... ramping gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 07:04 PM | Show all posts
Lawak2..smua watak ada dlm wr.x yah susa2 nk imagine.hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.107088 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list