View: 3901|Reply: 21
|
Berita Baik: Kenaikan 0.1 peratus kereta nasional, import 0.25 peratus
[Copy link]
|
|
Oleh Kamarulzaidi Kamis
[email protected]
2010/06/03
Kenaikan 0.1 peratus kereta nasional, import 0.25 peratus
KADAR faedah pinjaman sewa beli kenderaan akan dinaikkan antara 0.1 peratus dan 0.25 peratus berkuat kuasa Isnin ini sejajar kenaikan dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia.
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kenaikan itu oleh bank tempatan baru-baru ini.
“Berkuat kuasa 7 Jun, kadar faedah pinjaman sewa beli bagi kereta nasional baru dinaikkan 0.1 peratus, manakala bagi kereta bukan nasional baru pula, dinaikkan pada kadar 0.25 peratus.
“Secara umumnya, bagi pinjaman sewa beli kereta nasional baru bagi tempoh sembilan tahun kadarnya akan dinaikkan kepada 4.1 peratus; tujuh tahun kepada kepada 4.0 peratus dan lima tahun kepada 3.85 peratus.
“Bagi kereta bukan nasional, bagi sewa beli dengan tempoh sembilan tahun, kadarnya dinaikkan kepada 3.85 peratus; tujuh tahun kepada 3.75 peratus dan lima tahun kepada 3.5 peratus,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Bank Negara Malaysia 13 Mei lalu, menaikkan OPR, iaitu penanda aras yang digunakan bank tempatan untuk menentukan kadar faedah masing-masing, sebanyak 0.25 peratus kepada 2.5 peratus dalam usaha menaikkan kembali kadar faedah ke paras wajar selepas penurunan drastik dibuatnya tahun lalu bagi menampan kesan krisis kewangan global.
Aishah menegaskan, kadar faedah pinjaman sewa beli baru itu akan merapatkan jurang antara kadar yang dikenakan ke atas kereta nasional baru dengan kereta bukan keluaran tempatan yang ketika ini adalah lebih rendah.
Beliau turut melahirkan keyakinan kenaikan itu dijangka tidak menjejaskan jualan kenderaan kerana ia adalah kecil.
Justeru, katanya, MAA tidak akan menyemak semula unjuran jualan keseluruhan kenderaan bagi tahun ini sebanyak 550,000 unit.
Tahun lalu, jumlah jualan kenderaan di negara ini adalah sebanyak 536,905 unit.
Jumlah jualan kenderaan dalam tempoh kira-kira lima bulan tahun ini pula adalah lebih 196,000 unit, lebih tinggi berbanding jualan dalam tempoh sama tahun lalu iaitu kira-kira 162,000 unit.
Perkara sama turut dipersetujui firma penyelidikan, HwangDBS Vickers Research Sdn Bhd.
Mengikut firma itu, ia adalah kenaikan kecil dan tidak akan menjejaskan jualan kenderaan.
“Sebagai contoh, bagi pinjaman sewa beli kereta nasional sebanyak RM100,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun, kenaikan itu akan membabitkan bayaran tambahan RM9 sebulan.
“Bagi pinjaman untuk kereta bukan nasional dengan jumlah dan tempoh bayaran balik yang sama, bayaran tambahannya adalah RM20 sebulan,” katanya.
***hehehe...naik sikit jer kan...rakyat Malaysia kaya, no hal naik ker tak naik ker kereta tetap beli!!!!.... |
|
|
|
|
|
|
|
yeahhhhhhhhhhhhhhhhhoooooooooooooooooooooooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
yahooo...
google....
cari.... |
|
|
|
|
|
|
|
yahooo...
google....
cari....
Fast-N-Furious Post at 3-6-2010 08:44
oreng-oreng bank...mesti sukaaaa.....hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Pentanda rakyat Malaysia kayaaaa..... |
|
|
|
|
|
|
|
menarik... kalu beli keta mesia, pinjam 40K utk 9 taun:
faedah : 40K x 4.1% x 9 = 14760
bayar bulan = (40K + 14760) ÷ (9x12) = 507
bermakna 29 bulan pertama (hampir 2.5 taun) tu... bayar bunga aje.. pokok pun dah nak reput... hahhahah.. marbeles |
|
|
|
|
|
|
|
kiraan kereta lain...... tahun pertama.. bayar pokok sikit.. bayar bunga banyak...
tu yang kalau kita tanya full settlement lepas satu tahun.. macam tak gerak aje
apa-apa pun tahniah Malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# actza
lain? lain mcm mana? ada contoh? |
|
|
|
|
|
|
|
syabas..syabas:@ rakyat mesia mmg semua kayap rayap |
|
|
|
|
|
|
|
KLU GAYA MCM NI - LAGI TEROK LA RAKYAT MARHAIEN NAK BAYOR - SEPATUTNYER CUKAI KERETA NASIONAL DI HAPUSKAN ....
ONLY IN MALAYSIA BOLEH LAND......RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ... |
|
|
|
|
|
|
|
“Bagi pinjaman untuk kereta bukan nasional dengan jumlah dan tempoh bayaran balik yang sama, bayaran tambahannya adalah RM20 sebulan,” katanya.
prrffftttt rm20 sebulan jek....kalau rm20x12x9 = RM2160.. |
|
|
|
|
|
|
|
prrffftttt rm20 sebulan jek....kalau rm20x12x9 = RM2160..
eco_internet Post at 3-6-2010 13:16
kalu tak mampu, jgn pakai keta ...
interest tu msh rendah lg berbanding 5-10th lps |
|
|
|
|
|
|
|
Bunga ialah struktur pembiakan untuk tumbuhan berbunga, iaitu tumbuhan-tumbuhan dalam divisi Magnoliophyta.
Faedah ialah suatu yuran, dibayar pada modal dipinjam. Aset dipinjam termasuk wang, saham, barangan pengguna melalui sewa beli, aset utama seperti pesawat, dan juga kilang-kilang keseluruhannya dalam aturan sewa kewangan. Kaedahnya dikira pada nilai aset-aset dalam cara yang sama dengan wang. Faedah boleh difikirkan sebagai "sewa pada wang". Contohnya, jika anda ingin meminjam wang dari bank, ada sesetengah kadar yang anda harus bayar menurut berapa banyak anda ingin diberikan pinjaman. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun 98 dulu Iswara aeroback 1.3 baru RM29K dgn interst 10%.
Aku ingat lagi iklan nie kat TV... |
|
|
|
|
|
|
|
wow...naik lah byk lg sket..:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Bunga ialah struktur pembiakan untuk tumbuhan berbunga, iaitu tumbuhan-tumbuhan dalam divisi Magnol ...
neotoxin Post at 3-6-2010 17:03
faedah dgn riba lain tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|