CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6610|Reply: 15

Kajian pelarasan baru gaji askar

[Copy link]
Post time 1-6-2010 07:07 AM | Show all posts |Read mode
kredit to Utusan Malaysia - 1/6/10


 
KOTA BHARU, 31 Mei - Kajian sedang dilakukan bagi mewujudkan pelarasan baru kepada gaji di kalangan anggota angkatan tentera (ATM) berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan yang menetapkan bahawa gaji anggota ATM perlu lebih tinggi dari penjawat awam yang lain.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, apa yang dilihat sekarang ialah gaji anggota tentera lebih rendah berbanding dengan gaji penjawat awam yang lain, sedangkan pada dasarnya ia sepatutnya lebih baik.

"Berdasarkan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam Bilangan 256 (21) yang dibaca bersama Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan, menetapkan gaji angkatan tentera mesti kanan dari anggota Polis Diraja Malaysia dan jabatan lain.

"Sebenarnya sudah tinggi (gaji anggota ATM), tetapi disebabkan ada perubahan pada tangga gaji kakitangan awam sebelum ini, menyebabkan gaji kakitangan awam lain dilihat lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas melawat Kem Desa Pahlawan di sini hari ini.

Dr. Abdul Latiff berkata, oleh itu berdasarkan peruntukan tersebut, satu kajian sedang dijalankan bagi menentukan anggota ATM mendapat kenaikan gaji sejajar dengan kedudukan dan kebolehan mereka.

Bagaimanapun pelaksanaannya akan dibuat berdasarkan kepada keadaan ekonomi negara, katanya. - BERNAMA



i really think they deserve the penyelarasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2010 11:02 AM | Show all posts
betul tu..walaupun semasa aman rakyat x nampak tugas2 tentera,tetapi tentera tetap melakukan operasi menjaga kedaulatan negara..menjaga sempadan negara,menjaga perairan negara dan manjaga ruang angkasa negara..mmg org nampak polis yang buat keje,tiap2 hari dgr polis tumpaskan penjenayah,tetapi jgn dilupe jasa tentera. 24 jam bertugas,kalau cuti boleh dipanggil pulang,kalau sudah pencen,boleh di[anggil untuk bertugas semula, cuti bukan hak, tp keistimewaan. Tentera berjauhan dihutan, di lautan, kalau apa2 berlaku pada keluarga mereka,sukar bagi mereka untuk pulang ke kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2010 01:12 PM | Show all posts
'24 jam bertugas,kalau cuti boleh dipanggil pulang,kalau sudah pencen,boleh di[anggil untuk bertugas semula, cuti bukan hak, tp keistimewaan. Tentera berjauhan dihutan, di lautan, kalau apa2 berlaku pada keluarga mereka,sukar bagi mereka untuk pulang ke kampung.'

Janganlah pula lupa perkhidmatan awam yg lain. Jgn pandang rendah kat org lain...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 09:18 AM | Show all posts
antara isunya ialah 19,000 sojar dah LANGGAR DINDING!

macamana boleh jadi macam tu? ikut logik la, kakitangan awam lain pencen umur 58 tahun tapi sikit je langgar dinding. majoriti umur 58 tahun masih belum langgar dinding.

askar ni pencen umur 40 tahun...kalau ikut logik, lama lagi nak langgar dinding.

adakah ; kenaikan pangkat atau skala askar ni cepat? aku rasa 19,000 orang tu LLP.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 08:04 AM | Show all posts
sumber manusia dan kebajikannya
sama penting dan perlu seiring dengan proses peningkatan
taraf keupayaan aset tempur dan sokongan
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 08:14 AM | Show all posts
nape servis utk askar y LLP ni stakat 40-41thn je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2010 08:24 AM | Show all posts
Reply 6# jahcomel


secara amnya, had umur itu adalah
tempoh optimum bagi seseorang anggota
LLP kekal cergas dan lasak sebagai perajurit
untuk kesiapsiagaan penugasan tempur.. ini kerana
mereka lebih banyak bergantung kepada keupayaan fizikal
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 10:16 AM | Show all posts
Reply  jahcomel


secara amnya, had umur itu adalah
tempoh optimum bagi seseorang anggota
LLP  ...
d'zeck Post at 15-7-2010 08:24



    ooo mcm 2.....kalu y pegawai pulak pncen 58thn ke?...patut laaa kbyakan askar y pncen muda2 lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2010 08:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by pumpkingirl at 16-7-2010 08:38

http://www.google.com.my/url?sa= ... A7PxQaUDbUr7HXmf6Co
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2010 06:02 PM | Show all posts
'24 jam bertugas,kalau cuti boleh dipanggil pulang,kalau sudah pencen,boleh di[anggil untuk bertugas semula, cuti bukan hak, tp keistimewaan. Tentera berjauhan dihutan, di lautan, kalau apa2 berlaku pada keluarga mereka,sukar bagi mereka untuk pulang ke kampung.'

Janganlah pula lupa perkhidmatan awam yg lain. Jgn pandang rendah kat org lain...

ia x bermaksud memandang rendah ke perkhidmatan awam yg lain RainbowSix tapi hanya minta sipati atas tugas yg di lakukan.... pejawat awam yang lain jika mengikuti kursus yang ada dalam atm belum tentu lagi ya blh sampai ke penamatnya... dalam islam pun menyatakan agkatan tentera ni ada lah perkerjaan yang mulia di sisi agama...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 08:34 AM | Show all posts
'24 jam bertugas,kalau cuti boleh dipanggil pulang,kalau sudah pencen,boleh di[anggil untuk bertugas ...
sparxxjb Post at 21-7-2010 18:02



    beto 2...pkerjaan tentera adalh mulia coz dia lh benteng skiranya blaku peperangan....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 08:36 AM | Show all posts
tp sdikit aku rase kesal pd zmn skrg ni....segelintir nye y jd tntera sbb utk mkn gaji bkn sbb smgt patriotik,kalu kita tgok byk blaku salah laku dlm ketenteraan ni, bkn spt dulu2 org2 jd tntera adlh jiwa pahlawan....maaf sekiranya terguris dgn stamen aku niii
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 12:24 PM | Show all posts
memang betul apa yang dikatakan 2 semua, kandang2 sy terfikir kenapa isu melibatkan tentera salah 1 cthnya ragging diterbitkan kepada media? bagi sy isu ragging 2 x perul lah dibawa ke tengah yang mana itu adalah salah satu runting dalam atm bagi meningkatkan sifat setia kawan dan berkerja dalam 1 pasukan, tapi hari ni  sy blh napak sendiri yang mana segelintir anggota baru skg ni, bukan nak dijentik hanya kesalahan yang dilakukan sendiri je, mereka mengambil tindakan untuk meninggalkan tugas. padahal mereka x tahu kesalahan meningalakan tugas ni sepatutnya dihukum bunuh..... itu semasa aman kalau perang sy rasa anggota yang seglintir ni balik kampung agaknya takut untu ke medan pentempuran........
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 12:26 PM | Show all posts
maaf lah semua sy terkeluar dari isu ni......
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 10:30 PM | Show all posts
"Janganlah pula lupa perkhidmatan awam yg lain. Jgn pandang rendah kat org lain..."

Aku x penah pun pandg rendah pada kakitangan awam lain,cuba minta renung2kan jasa dan bakti anggota ATM ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2010 12:52 AM | Show all posts
Ya betul 2 Sahabat.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 1.772501 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list