View: 18097|Reply: 58
|
kisah aku dan perigi misteri d kemaman
[Copy link]
|
|
cik mod, aku xpasti sesuai ke x kisah ni kt sni..
1st, kisah ni aku create sndri hokey bkn aku copy paste mna2 hokey...heheh
aku xthula sjauh mna misteri perigi ni, tp scara realitinya kisah perigi misteri ini dihantui aku smp la kini..
critanya begini..jengg..jengg
ada sbuah pntai kt kemaman, berhmpirn plk dgn pelabuhn(tempt aku keje kini). tepi pntai tu ada bukit, nma bukit tu Bukit Penjabad. (aku xtau apa mkna penjabad tu..). tepi bukit tu plk ada 1 perigi tua tinglan org dulu2 tp smp kini msih digunapakai oleh "seseorang".. perigi tu kini dberi nama TELAGA SIMPUL...
Uniknya perigi ni walaupun hampir sangat dengan laut, airnya tetap tawar dan segar serta sejuk..
Mengikut sejarah, perigi ni digunakan oleh musafir atau saudagar-saudagar yang melalui kuala disini untuk mandi, minum serta kegunaan lain. Catatan awal menyatakan perigi ini mula digunakan pada tahun 1852. Ianya pertama kali dijumpai oleh Abdullah Munshi. Bersebelahan perigi ni, terdapat rumpunan pokok pandan. Apa yang lebih pelik, kepercayaan pengguna ketika itu adalah kewajiban bagi mereka setelah menggunakan perigi ini, mesti menyimpul hujung daun pandan tersebut...heran kan? Ia merupakan pantang larang yg mesti diikut. Diketahui, jika melanggar, ia akan mengakibatkan malapetaka akan berlaku pada orang yang melanggarnya. Sedihnya, kepercayaan ini masih lagi dipercayai serta diamalkan sehingga kini. Bukankah ia satu kepercayaan karut dan boleh menyebabkan khurafat serta syirik. Na'uzubillah.. Buktinya, lihat gambar yang aku ambil. Namun misterinya, siapakh 'pengguna' perigi ini kini. Tidak pula pernah aku terserempak... Mengikut cerita orang kampung aku [perigi ni bersebelahan kampung aku], dahulukala, selepas guna air dari perigi ni-biasanya mandi, mereka mesti mnyimpul sehelai daun pandan. Terfikir aku sejenak, mungkinkah orang dulu-dulu [saudagar/musafir] menyimpul daun itu sebagai tanda kehadiran mereka disitu. Mereka menyimpul adalah sebagai simbol memberitahu sesuatu kepada orang seterusnya yang akan mengunakan perigi tersebut. Mungkin juga sebagai tanda bilangan hari mereka berada disitu. Ia kerana mengikut cerita datuk aku, pantai ini dulunya adalah tempat persingahan kapal-kapal saudagar serta merupakan pasar untuk menukar barang. Orang dulu-dulu kan main tukar-tukar barang- Sistem Barter. Oleh kerana pantai ini merupakan pelabuhan ketika itu, sudah tentu kapal-kapal yang berlabuh akan menjadikan perigi ini sebagai sumber air mereka-bekalan air diatas kapal. Jadi, mungkinkah juga simpulan tersebut sebagai simbol ucapan terima kasih kepada empunya perigi. Namun sekarang perigi ini telah di'kemaskini' oleh kerajaan. Perigi yang asalnya dipagari kayu setinggi lebih kurang 3 ft, kini telah cantik dikonkrit.Untuk pengetahuan, aku sempat bermain semasa perigi ini dipagari kayu. Ia cukup seperti perigi asli tidak seperti sekarang. Di dalam perigi ini banyak pokok2 kecil tumbuh di dinding perigi, menjadikan airnya sejuk serta terdapat ikan didalamnya.Ketika itu aku masih kanak-kanak- sekolah rendah(thun 90an). Sudah hampir 20 tahun yang lepas. Masih aku ingat, aku dan kawan-kawan dalam 7 atau 8 orang, pulang dari sekolah, mengayuh basikal untuk ke pantai ini. Jarak sekolah aku ke pantai ni dalam 3km.
Di bagi tahu emak, ada kelas tambahan, padahal bermain-main dipantai dan sekitar perigi ini. Oleh kerana kawasan ini terdapat banyak pokok kemunting, maka makin asyik la aku mencari 'rezeki' disini...hehehe..kalau di beritahu emak aku nak ke Marina [kawasan ini aku panggil Marina], sudah tentu aku tidak diizinkan pergi.. alahai mak..., ampun la dosa anakanda yang berbohong ni. Kalaulah ayah aku tahu, mesti aku kena rotan... Yang paling mencabar aku ingat adalah jalan nak sampai ke pantai ni. Ketika tu, aku dan kawan-kawan tidak berani melalui jalan raya[ jalan baru] kerana banyak kenderaan menggunakannya. Asalnya ada satu jalan lagi iaitu jalan lama yang sudah tidak digunakan lagi. Jalan ini sempit, sunyi serta dikelilingi hutan dan agak berbukit-bukit. Yang paling mencabar aku cakap tadi adalah...sebelum nak sampai ke perigi ni-dalam 50 m terdapat 1 kawasan kubur. Jirat Cina!!.. Jd, apabila sampai disini, maka berkayuh la aku n the geng selaju-lajunya bagi melepasi jirat tu. Masing-masing tidak mahu berada dibelakang. Perasan aku ketika itu amatlah takut apabila melihat kubur-kubur cina itu. Bagaikan mayat-mayat didalamnya mahu bangkit lalu mahu mencekik aku- walaupun siang hari. hahaha..kelakar jugak bila ingatkan kembali....
Berbalik kisah, kini skembalinya aku disni, mngimbas kengn lama setelh bthun2 aku tinglkn kg halaman- study&merantau...perigi ni tetap setia mengalirkan airnya sehingga kini. Namun apa yang dikesali, sikap 'masyarakat' yang masih mengamalkan kepercayaan karut itu. Aku tinggalkan Telaga Simpul dengan seribu satu rasa... Kenangan aku ketika zaman kanak-kanak... dan juga misteri TS itu sendiri....Seketika sebelum aku melangkah pergi dari TS, aku melihat ke arah Bukit Penjabad....apakah yg ada diatas sana....
Sekian. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lepas simpul daun pandan tu, lagi wangi kawasan tu kot.. ehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
peliknyaaa....cmna boleh tersimpul tu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
peliknyaaa....cmna boleh tersimpul tu kan?
rienafaiz Post at 31-5-2010 16:33
ko baca ke x ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
peliknyaaa....cmna boleh tersimpul tu kan?
rienafaiz Post at 31-5-2010 16:33
org yg simpul bukannya automatik tersimpul sendiri...... |
|
|
|
|
|
|
|
kat mana ni ehh??dok prasang starang ambe |
|
|
|
|
|
|
|
aku terlepas pandang..sorry... hahah |
|
|
|
|
|
|
|
kat mana ni ehh??dok prasang starang ambe
tekken Post at 31-5-2010 16:40
..mentang2 cete prigi kat teganung ..kluor slalu semer 'g'..
jgn marah kita senegeri ... |
|
|
|
|
|
|
|
cik mod, aku xpasti sesuai ke x kisah ni kt sni..
1st, kisah ni aku create sndri hokey bkn aku copy paste mna2 hokey...heheh
aku xthula sjauh mna misteri perigi ni, tp scara realitinya kisah perigi misteri ini dihantui aku smp la kini..
ixora05 Post at 31-5-2010 16:17
   bg aku...mmg misteri...sbb TT yg menghantui kisah itu hahahaha
sorry tuan rumah!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# ixora05
ohh...blog ixora lah yg madah seorang **-**** tu yea... cete sama |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya cite TT nih...TS ni kat mana ek? kat telok moknik ke? |
|
|
|
|
|
|
|
telaga simpul ni dekat dengan kemaman port dan KSB....jalan masuk yang sama menuju ke arah West Wharf, bitumen port dan Export Terminal...
betul tak TT? |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin nama simpul pasal pandan simpul tu kotss... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah praktikal kat Kemaman dlm setahun lpas..almost sume pantai aku g (sbb praktikal yg membosankn)... Perigi simpul ni x g kot..klu g pong just jln2 naik motor je...
Perigi simpul ni kat mana ek..lpas petronas atau sebelum... |
|
|
|
|
|
|
|
em.misteri gak tue...agak2nye kalo disimpulkan dun pandan tue air perigi tu x kering2 kot... |
|
|
|
|
|
|
|
kat mana ni..cuti sekolah nnnti nak singgah kemamang,, dkt pelabuhan..teluk kalong ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kat mana ni..cuti sekolah nnnti nak singgah kemamang,, dkt pelabuhan..teluk kalong ke?
hbad Post at 1-6-2010 00:26
ok geng, aku gtau mcne nk smp ksni...
(jln: dr kuantn ke KT)..bl dh smp bndr chukai.. trus je smp la jmbatan kg bukit kuang (yg selalu jammed time peak season). lps jmbtn tu ada trfc ligt, belok kanan (jln ke pelabuhn kemamn n kilg PERWAJA STEEL yg glemer dlu2 tu)-klu trus ke KT (strt sni la jln lama ke KT)...
ok trus je dlm 4/5km gtu r dr trfc lgt td..lps kem askar (kecik je) jln tu mcm naik bukit skit..bl turun bukit, sjurus sblum kaw pelbuhn ada 1 simpg 3, msuk knan..(klu trus, ke pelabuhan). xsilp aku ada signbord pelncogn TELAGA SIMPUL sebelah kanan kt simpg tu..msuk trus smp ke jln mati...(pantai)...sjurus sblum pntai..cuba tgk jirat sblh kanan..msih lg ada jln kcik ke sna...lps jirat tu la TELAGA SIMPUL- sblh kiri.
slmt brjya smpai |
|
|
|
|
|
|
| |
|