View: 2924|Reply: 17
|
Kalau Lewat Kena Penalti
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by zzcbr at 16-5-2010 07:29
Penalti lewat bayar saman
Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
[email protected]
MELAKA 15 Mei - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadangmengenakan penalti kepada pesalah trafik yang lewat menjelaskan samandan tidak lagi memberi diskaun.
Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, konsep 'lebihlama ditangguh, lebih banyak perlu dibayar' itu kini hanya menunggukelulusan Kabinet untuk dilaksanakan.
''Kita akan tukar konsep diskaun kepada cara lain. Sebagai contoh,jika dikenakan kompaun RM70, mereka boleh bayar jumlah itu dalam tempohdua minggu.
''Tapi jumlah itu mungkin akan meningkat kepada RM100 jika tidakdijelaskan sehingga minggu ketiga dan akan terus meningkat selama iatertangguh sehinggalah bayaran dijelaskan," katanya.
Solah berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri MajlisAnugerah Perkhidmatan Cemerlang JPJ 2009 di Pusat Dagangan AntarabangsaMelaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.
Pada majlis itu, beliau menyampaikan anugerah kepada 495 pegawai dan kakitangan JPJ bagi Zon Semenanjung.
Menurut Solah, kertas kerja mengenai konsep itu telah pun disiapkandan ia akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet untuk dimuktamadkantidak lama lagi.
''Walaupun pada dasarnya semua pihak bersetuju dengan konsep ini,tapi oleh kerana kadar yang sedia ada ditetapkan oleh Kabinet, makakita kena bawa sekali lagi untuk diputuskan,'' katanya.
Solah pada masa sama menegaskan, tindakan itu bukan bermaksud JPJmahu meningkatkan jumlah kutipan saman sebaliknya lebih kepada mendidikmasyarakat supaya bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan.
Tambah beliau, perkara ini dapat dilihat daripada tunggakan saman JPJ yang berjumlah RM16.9 juta sejak 2000 hingga 2008.
''Ini disebabkan mereka yang disaman itu tangguh untuk bayar, tunggu ada diskaun baru bayar.
''Jadi buat apa kita keluar saman sampai RM16.9 juta tetapi tiadakesan. Apakah keberkesanan yang kita ada kalau saman jabatanpenguatkuasaan seperti JPJ dan polis tidak diendahkan,'' katanya.
~~Kalu lulus, lepas ni kalu liwat bayar saman kena bayar lebih Apa komen komer, setuju ke tak dgn kaedah baru yg JPJ nak perkenalkan ni |
|
|
|
|
|
|
|
erkk.. tak bley tunggu cukup bulan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ini tidak bagus untuk rakyat..tetapi sangat bagus untuk kerajaan
-menyokong gagasan 1 malaysia- |
|
|
|
|
|
|
|
sebab 1malaysia aku akan jadi pemandu berhemat |
|
|
|
|
|
|
|
kena pakai duit scholar masa form3 laa utk bayor saman ni kalau ada laa |
|
|
|
|
|
|
|
nampak sgt tujuannya nak punggut duit kompaun cepat2, tak ada chance lah lagi nak kumpul saman and sampai tiba musim diskaun baru bayar
Kalu macam ni aku nak cadangkan JPJ buat macam ni. Apa kata setiap org yg memohon lesen memandu dikehendaki mendepositkan RM500 ke dalam akaun JPJ (macam revolving fund ~ kalu boleh link dgn ASB/ASW lagi bagus). Kalu sesiapa yg kena sama, maka automatic deduction akan dibuat ke atas akaunnya di JPJ. Kalu yg tak buat kesalahan, maka akan terima dividen tahunan selagi dia memiliki lesen memandu sehingga tempoh maksimum 30 tahun kira stick and steak system lah |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# zzcbr
menarik gak cadangan tu... |
|
|
|
|
|
|
|
nampak sgt tujuannya nak punggut duit kompaun cepat2, tak ada chance lah lagi nak kumpul saman and s ...
zzcbr Post at 17-5-2010 11:11
dan pemandu sopan santun mcm aku turut diberi diskaun minyak petrol |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa nak amik penalti tu? Toress? |
|
|
|
|
|
|
|
JPJ pong demam world cup... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# zzcbr
A'aa.. elok sgt la tuh Abe Zek.. macam la pengawai2 JPJ tuh cekap, amanah, fathonah sgt....
Dah sah2 duit deposit dlm akaun, tetiba jer melekat saman kat cermin depan walaupun tak melakukan kelahan.. nt byk la alasan diorg nak bagi kita surat saman.... tukar tayar tak ikut spec la... cermin gelap sgt la...
huh.. beribu alasan tuh utk saman pemandu semata2 nak kutip saman...
Ini tidak adil!!! |
|
|
|
|
|
|
|
sbijik cam sistem kat UK..
cuma ni dalam MYR, bukan GBP hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
BAABBBIIII punyer pengarah JPJ... |
|
|
|
|
|
|
|
bukankah seblom penalti kena masa tambahan dulu...... |
|
|
|
|
|
|
|
yang kasi komen semua main2 cam haremmmm hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
x sokong...
x sokong...
x sokong... |
|
|
|
|
|
|
| |
|