|
Sampai saja kat ofis, gua sauk jaket Adidas, peluk bantal 4 segi entah siapa punya pun gua tak tau. Bantal tu dari awal gua masuk keje kat syarikat Amerika ni memang dah ada kat bawah meja gua. Kadang-kadang gua guna bantal tu buat alas bontot, kadang-kadang buat alas kepala tidur atas meja. Tapi bila sejuk, gua buat peluk, senyum sorang-sorang. Senyum saja, tak ada apa pun. Ok ok, gua tipu, gua peluk, gua senyum sambil bayang makwe gua, Lisa Surihani. Yang ni gua tak tipu.
Tengah sedap layan tidur, Bedul call ajak makan tengahari kat Seksyen 14, "Linglung, makan kat Ipoh Kopitiam jom? Aku dengan Siti dengan Daud". Siti tu kalau nak tau, dia makwe Bedul, berasal dari Pelabuhan Kelang. Itu pasal barang-barang yang Siti pakai kebanyakannya bebas cukai, gua tak pelik. Yang si Daud pula, berfungsi sebagai parasit di antara mereka. Eh, gua saja melebih-lebih, Daud tu osmet Bedul sebenarnya.
Dalam hati ada sikit marah, sikit saja, tak banyak. Gua pantang bila tidur gua diganggu. Nak-nak pula kalau tengah tidur, orang garu tapak kaki gua, gua pantang. Sangat pantang. Tapi pantang-pantang gua, gua boleh control. Kadang-kadang gua marah, tapi selalunya gua cakap lembut-lembut.
Gua bengkek bila mimpi gua keluar dating dengan Lisa kena potong, cilakak punya Bedul. "Okay, gua datang", pendek saja gua jawab. Elok gua nak keluar, perut memulas panggil jamban.
"Orderkan gua nasi paling mamak yang ada kat situ dengan ais kosong. Gua nak layan jamban sekejap. Sikit jam lagi gua sampai", gua sms Bedul.
Siap berurusan di jamban ofis berhawa dingin, gua terus gerak pergi Ipoh Kopitiam, perut gua pun boleh tahan lapar juga itu jam.
Makanan gua order dengan Bedul tadi dah siap.
Ada nasi goreng cina dengan ais kosong atas meja.
Gua baca 'Bismillah'. Gua geleng kepala 3 kali.
-Singgah http://akulinglung.blogspot.com- |
|