|
"Kami ada rancangan untuk dapat anak. Buat masa ini, kami mengutamakan perkara lain” - Mariah Carey
Suami akui belum bersedia besarkan anak
LOS ANGELES: Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Mariah Carey,menafikan sudah hamil meskipun menekankan beliau dan suami, Nick Cannontetap menyimpan hasrat mendapat anak satu hari nanti.
Spekulasi mengenai Carey berbadan dua muncul selepas gambarmereka tersiar di internet Sabtu lalu di sebuah restoran disusuli gosipblog yang pasangan itu meraikan kehadiran ‘orang ketiga.’
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh wakil Carey kepada majalah Us Weekly.
Cannon sudah membuat kenyataan baru-baru ini bahawa dia dan Carey tetap menyimpan hasrat mendapat anak.
“Kami ada rancangan mendapat anak. Buat masa ini, kami utamakan perkara lain kerana membesarkan anak satu perkara serius.
“Kami hanya mahu memastikan dapat memberi sepenuh tumpuan apabila mendapat anak,” katanya kepada MTV.
Carey dan Cannon turut dilaporkan mahu mengadakan satu lagi majlis perkahwinan pada Jumaat depan.
“Kami kahwin setiap tahun dan memilih mengadakannya. Ia kali ketigatahun ini. Ia acara tahunan seperti juga menyambut ulang tahunperkahwinan,” kata Cannon.
Pasangan itu berkahwin pada 2008 di Bahamas dan mengadakan majlisperkahwinan kedua tahun lalu sebagai menyambut ulang ta- hun pertamaperkahwinan.
Mereka dilaporkan mencontohi Heidi Klum dan suaminya, Seal yangmelangsungkan acara itu setiap tahun dan merancang mengadakannya pada30 April setiap tahun. – Agensi
SIGNATURE ......................................................................................
Aku Mod yang gila makan kredit |
|
|
|
|
|
|
|
dah banyak duit, buat je le kenduri kawin tiap2 tahun.. tp yg x best nye, panggil golongan retis gak.. apesal dia x jamu fakir miskin jah? |
|
|
|
|
|
|
|
dah banyak duit, buat je le kenduri kawin tiap2 tahun.. tp yg x best nye, panggil golongan retis gak ...
carly_lah Post at 28-4-2010 11:50
nama lagi golongan kaya dan ternama |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# put3reen
ni buat aku hangin ni sbb aku x tegolong dlm golongan tu |
|
|
|
|
|
|
|
omputeh nie memacam |
|
|
|
|
|
|
|
dulu aii minat gak dgn mariah |
|
|
|
|
|
|
|
tua2 pun xkn la xnk nagdung lg kan... |
|
|
|
|
|
|
|
tua2 pun xkn la xnk nagdung lg kan...
put3reen Post at 18-5-2010 09:43
nak jg badan "plastik" dia...2 yg x mau ngandong lg... |
|
|
|
|
|
|
| |
|