|
Lagu menarik, cuma sentuhan velocity tak ada, kadar touch sensitivity peralatan muzik perlu ditekankan, ianya tiada dalam lagu ini... jadi kedengaran kasar dan kuat dari mula sampai akhir.
Semua peralatan muzik seperti piano, gitar, drum mempunyai kadar touch sensitivity yang tersendiri ketika bermain, kadar velocity akan lebih terserlah jika benar-benar dimainkan dengan tangan manusia, namun teknologi sekarang (eg. fl) telah terbina untuk membentuk kadar kekuatan pukulan setiap alat muzik untuk didengar lebih selesa, seolah2 dari mainan tangan manusia.
Sebagai pengkarya yang mempunyai bakat besar seperti kau, aku rasa kau mampu membina lagu yang lebih mantop dengan melengkapkan kelembutan pada bunyinya melalui pengkadaran semula velocity. Bagi aku lagu dan gubahan sudah cukup menarik. |
|