CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11715|Reply: 49

Ekspedisi Merdeka KL - London

[Copy link]
Post time 9-4-2010 04:53 PM | Show all posts |Read mode
Rakan bikers kita akan menyertai Ekspedisi Merdeka 1Malaysia dari KL ke london....


Ekspedisi Merdeka 1Malaysia - DEMI ANAK YATIM

Ekspedisi yangditanggung sendiri oleh peserta adalah bertujuan "to create awareness"bagi DANA PENUBUHAN 40 PERPUSTAKAAN ANAK YATIM.

Salurkan sumbangan kpd IRM. rujuk ke

http://www.irm.org.my/portal/
http://xpdc1malaysia.blogspot.com/

Kapten Azizi Hashim akan lead...
ni saje aku tepek gambo lama Kapten Azizi ride.. (sbb aku ada dlm ini pilem)


kapten yg guna moto ZX14 biru tu.. tapi dia dah jual moto ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2010 04:54 PM | Show all posts
Lima penunggang motosikal kuasa besar Jelajah KL-UK promosi 1Malaysia

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
[email protected]
KUALA LUMPUR 9 Mac – Lima penunggang motosikal berkuasa besar akan melakukan penjelajahan merentasi 18 buah negara dari Kuala Lumpur ke London bersempena Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) bermula 1 Julai ini.

Pasukan ekspedisi yang dianggotai penunggang kaum Melayu, Cina, India dan Kadazandusun itu akan memulakan penjelajahan mereka dari Kuala Lumpur selama dua bulan sebelum menamatkannya di London pada 31 Ogos ini.

Ketua EM1M, Azizi Hashim berkata, negara yang akan dilalui mereka adalah Thailand, Laos, China, Kyrgystan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turki, Bulgaria, Romania, Hungary, Austria, Slovenia, Itali, Switzerland, Jerman, Perancis dan United Kingdom (UK).

Katanya, peserta EM1M juga akan diiringi oleh beberapa orang penunggang tempatan termasuk rakyat Malaysia sewaktu berada di Iran, Bulgaria, Romania, Switzerland dan UK.

Beliau berkata, ekspedisi berkenaan mempunyai falsafah serampang dua mata iaitu mempromosikan gagasan 1Malaysia di samping meraikan ulang tahun kemerdekaan negara ke-53.

“Kami mahu membuktikan kepada masyarakat antarabangsa bahawa rakyat Malaysia tidak pernah menjadikan perbezaan bangsa sebagai halangan untuk mereka bersatu padu sebagaimana yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia.

“Perjalanan darat dari Kuala Lumpur ke London pula adalah simbolik kepada kecekalan delegasi pemimpin berbilang bangsa yang bersatu untuk ke UK lebih 50 tahun lalu bagi melakukan rundingan bagi mendapatkan kemerdekaan negara,” katanya di sini hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merupakan Penaung Kehormat EM1M, manakala akhbar Utusan Malaysia menjadi rakan media berbahasa Melayu yang akan melaporkan perkembangan ekspedisi sepanjang tempoh itu.

Selain itu, kata Azizi, pihaknya juga akan mendapatkan kerjasama akhbar berbahasa Inggeris, Cina dan Tamil serta akhbar dari Sabah dan Sarawak bagi memastikan mesej perpaduan yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia dapat disebarkan kepada masyarakat berbilang bangsa.

Mengenai persiapan EM1M, beliau menjelaskan pihaknya telah mendapat penajaan lima buah motosikal berkuasa tinggi jenama Kawasaki daripada Kawasaki Motors (M) Sdn. Bhd. beserta alat ganti.

Givi, sebuah syarikat berasal dari Itali pula bersetuju untuk menaja kelengkapan menunggang.

Katanya, Givi juga telah menyatakan komitmen kepada EM1M untuk mengaturkan sidang akhbar di Turki, Romania, Hungary dan Itali bagi mempromosikan negara dan gagasan 1Malaysia.

“Pada masa ini kami giat berusaha untuk mendapatkan penajaan dari pihak korporat tempatan dan amat mengalu-alukan kesediaan mana-mana pihak untuk turut menjayakan EM1M.

“Ekspedisi meraikan gagasan 1Malaysia dan semangat kemerdekaan ini pada dasarnya bukanlah hak milik eksklusif kami, sebaliknya milik semua pihak yang menyokong usaha untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Azizi turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Perdana Menteri yang memberikan sokongan kepada EM1M khususnya untuk mendapatkan bantuan diplomatik daripada Kementerian Luar.

Maklumat lanjut mengenai EM1M yang diselaraskan oleh Antara XPDC Resources (AXR) boleh diperoleh dengan menghubungi 019-3322161 (Rizqi Saladin) dan 012-2114422 (Chua Chern Kwang) atau melalui e-mel di [email protected].
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 07:54 PM | Show all posts
00oo0
ada add kat fesbuk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2010 09:54 AM | Show all posts
3# nik2121

ko takmo join sekali ke nik... ko kan minat travel jauh2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2010 12:09 PM | Show all posts
4# ryo_takahashi1

niat di hati mmg la...
tapi....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 05:47 PM | Show all posts
aku pun minat gak.. tp 250 je pun.. depa dah smpai kat uk.. aku dok terhegeh2 kat iran lagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2010 01:17 AM | Show all posts
Kalo kerja makan gaji,camna nak cuti sampai 2 bulan nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 06:06 PM | Show all posts
hebat....good luck to all!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2010 08:51 PM | Show all posts
6# Alt-F4

rasanya diorang x la speed sampai 200 km/h lebih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2010 11:55 AM | Show all posts
9# nik2121

kompom tak speeding... diorang kan nak promo 1Malaysia di sepanjang perjalanan...

ikutkan 250 mmg takde masalah la nak follow.... tapi kena cuti 2 bulan la.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 03:53 PM | Show all posts
10# ryo_takahashi1
bang, kalu ikut dgn Kancil 850 boleh ka
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 08:03 PM | Show all posts
11# maxxsa

civic bleh kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 12:09 AM | Show all posts
biasanya trip jejauh camnie..ada kereta atau van escort tak??Ker gamble jer naik motor sampai london...kain baju,barang pakai,spare parts motor semua takkan nak pikul naik motor kot utk 2 bulan punya stok...??
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 12:50 AM | Show all posts
13# danedzya

kalau ride yg ada sponsor, biasanya ada...
tp kalau free ride, mmg masing2 kena bwk...
tp kena minimumkan pakaian & keperluan
kotak kiri, kanan, blakang confirm penuh...

cam aku gi siam dulu
ada LC pakai tong givi kat blakang
siap bawak blok & piston spare
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2010 10:24 AM | Show all posts
biasanya trip jejauh camnie..ada kereta atau van escort tak??Ker gamble jer naik motor sampai london...kain baju,barang pakai,spare parts motor semua takkan nak pikul naik motor kot utk 2 bulan punya  ...
danedzya Post at 14-4-2010 00:09


takde escort... semuanya kena tanggung sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 05:10 PM | Show all posts
Fuhh..kalo takde escort...kena bawak motor cenggini lah gamaknya...



senang simpan stok 2 bulan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2010 05:39 PM | Show all posts
Untuk makluman semua, kami berlima ini akan menunggang motorsikal Kawasaki Versys dari Kuala Lumpur ke London bagi jarak lebih kurang 22,000km. TIADA KENDERAAN BANTUAN YANG AKAN MENGIRINGI KAMI. Segalanya terpikul di atas kami berlima sahaja. Dan kelima lima peserta ini telah mengambil CUTI TANPA GAJI bagi tempoh 3 bulan. Doakan kami berjaya mengharungi semua cabaran dan dugaan yang menunggu kami berlima. Salam


Ryuk, hang join skali ek?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 09:40 AM | Show all posts
Ayam naik 650cc Versys?

anyway good luck to my friends: Ayam, Ah Hoi and Damian..  aku dulu ride ke Laos dgn diaorg ni... Tapi motor Aprilia Strada buat hal... so aku dapat ride sampai ke Hatyai ajaa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 09:54 AM | Show all posts
18# BSundayB

itu le.. memula aku ingat kak yam naik aprilia dia... sekali tu versys daaa... tapi ok la jugak dari er6n... hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 10:08 AM | Show all posts
18# BSundayB

itu le.. memula aku ingat kak yam naik aprilia dia... sekali tu versys daaa... tapi ok la jugak dari er6n... hahaha...
ryo_takahashi1 Post at 15-4-2010 09:54


Aprilia Caponord dia dah lama jual... dia pakai KTM 990 SMT..  

tapi nak tergelak aku bila dgr dia pergi dgn 650cc Versys..

anyway, i hope they will do lots of physical training (and lots of exercises) before the ride... they must be REALLY FIT to reach London!! No kidding, bro...  kalau tak fit, berapa hari mau rehat sbb letih?? remember Ride KL-London ni ada date-line (31st August 2010)...

Ride ni bukan utk suka2 aja mcm pergi ke Cameron Highlands..

aku kalau jadi diaorang, aku dah start training workout sekarang... lari kat treadmill and swim kat swimming pool for stamina.. bila body (punggung) dah letih, automatically mental pun letih...

lepas tu, buat training 2 kali sebulan buat KL-Phuket dan KL-Surat Thani (900-1000km ride)... tu pun KL-Bkt. Kayu Hitam guna highway PLUS...

KL-London mana ada highway woo.. very tough ride for those yg tak fit... so they better start training now...

just my 2cents worth... All the best to them!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.053668 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list