|
AWAL minggu ini pengurus England, Fabio Capello melahirkankebimbangannya mengenai pemain bola sepak yang menjadi terlalu kayasekalipun masih muda.
Gaji dan bayaran yang diterima pemain pada usia muda menyebabkanbeberapa pemainnya dilanda masalah di luar padang bola sepak sekali gusmenjejaskan karier mereka di atas padang.
Berikutdisajikan senarai 11 pemain skuad kebangsaan England yang memilikikekayaan di luar padang termasuk bekas ketua pasukan David Beckham,yang mendahului senarai.
DAVID BECKHAM
GAJI: £168.5 juta (RM853 juta) sejak lima tahun lalu
KEKAYAAN: £125 juta (RM633 juta)
KERETA:Dia memiliki kira-kira 40 kereta, yang terbaru termasuk sebuah CadillacEscalade, Porsche 911 Cabriolet, Rolls-Royce Drophead Coupe, RangeRover Sport dan sebuah Jeep Wrangler.
HARTA: BeckinghamPalace di Sawbridgeworth, Herts, dibeli dengan harga £2.5 juta (RM12.6juta) pada 1999. Vila berhadapan kawasan dermaga di Palm Jumeirah,Dubai, dibeli dengan harga £800,000 (RM4.05 juta) pada 2002 dan kinibernilai £8 juta (RM40.5 juta). Berpindah ke rumah berharga £15 juta(RM76 juta) di Beverly Hills apabila dia mengikat kontrak dengan LosAngeles Galaxy.
WAG (isteri atau teman wanita): Berkahwin dengan Victoria 'Posh Spice' Beckham
JERMAIN DEFOE
GAJI: £60,000 (RM303,800) seminggu
KEKAYAAN: £6.5 juta (RM32.9 juta)
KERETA: Ketika ini digantung daripada memandu tapi memiliki sebuah Range Rover Sport, Aston Martin V8 Vantage dan Aston Martin DB9.
HARTA: Tinggal berseorangan di sebuah rumah berharga £3 juta (RM15.2 juta) yang dibina mengikut kemahuannya di Hertfordshire.
WAG: Bujang- tapi pernah mempunyai hubungan dengan beberapa WAG - Danielle Lloyd,Imogen Thomas, Chantelle Houghton dan Charlotte Mears.
THEO WALCOTT
GAJI: £60,000 (RM303,800) seminggu
KEKAYAAN: £5 juta (RM25.3 juta)
KERETA:Memiliki sebuah Aston Martin berwarna perak dan dua Audi. Memulakankarier Arsenal dengan memandu VW Golf. Membelikan teman wanita, Melsebuah Ferrari California berharga £140,000 (RM709,000) bagi hari jadike-21, tapi wanita itu menolaknya kerana dia lebih suka memandu VWBeetle berharga £20,000 (RM101,000).
HARTA: Menginap dengankedua ibu bapanya di sebuah rumah agam berharga £3 juta (RM15.2 juta)dan mempunyai lima bilik di Hemel Hempstead.
WAG: Melanie Slade, kini belajar di universiti di London.
WAYNE ROONEY
GAJI: £100,000 (RM506,000) seminggu
KEKAYAAN: £37 juta (RM187 juta)
KERETA: Memandu19 buah kereta sejak enam tahun lalu, termasuk Aston Martin Vanquish,BMW M3, Mini GP, Ford Ka, Mercedes CLK, Lamborghini Gallardo Spyder,sebuah Cadillac Escalade dan sebuah Porsche 911.
HARTA:Kerja-kerja membina sebuah vila bernilai £5 juta (RM25.3 juta) diBarbados hampir siap, manakala keluarga Rooney tinggal di sebuah rumahagam berharga £4.5 juta (RM22.8 juta) di Cheshire. Mereka juga memilikisebuah pangsapuri Florida bernilai £320,000 (RM1.6 juta).
WAG: Kekasih sejak zaman kanak-kanak dan kini isteri, Coleen.
RIO FERDINAND
GAJI: £110,000 (RM557,000) seminggu
KEKAYAAN: £28 juta (RM142 juta)
KERETA: Memilikidua kereta Aston Martin Vanquish, sebuah Bentley Continental GT, sebuahBentley Arnage dan sebuah lori pikap Ford F150. Memandu sebuah PorscheCayenne.
HARTA: Rumah agam Mock Tudor di Cheshire. Memilikibanyak hartanah, termasuk tujuh rumah di Maghribi dan sebuah rumah diBarbados. Juga mempunyai sebuah penthouse di London.
WAG: Berkahwin dengan Rebecca Ellison.
ASHLEY COLE
GAJI: £100,000 (RM506,000) seminggu
KEKAYAAN: £13 juta (RM65.8 juta)
KERETA: Terbaru termasuk Aston Martin DBS V12 berwarna hitam ala James Bond.
HARTA: Rumahagam canggih bernilai £5 juta (RM25.3 juta) di Cobham, Surrey, danberkongsi sebuah vila di Maghribi. Kedua-duanya bagaimanapun mungkinterancam berikutan prosedur perceraian bintang Chelsea itu.
WAG:Ketika ini kekasih X-Factor dan penyanyi Girls Aloud, Cheryl, namunberikutan dakwaan Cole mempunyai hubungan dengan wanita lain, pasanganitu berpisah dan Cheryl mahu meminta perceraian.
FRANK LAMPARD
GAJI: £140,000 (RM709,000) seminggu
KEKAYAAN: £20 juta (RM101 juta)
KERETA: Memiliki sebuah Audi Q7, Ferrari 612 Scaglietti, Mercedes G Wagon dan sebuah Aston Martin DB9.
HARTA: Mahu menjual rumah 'townhouse' di London bernilai £8.5 juta (RM43 juta).
WAG:Berpisah dengan tunangnya Elen Rives - namun pemain tengah Chelsea itudilihat keluar bersama pengacara rancangan The One Show, ChristineBleakley.
JOE COLE
GAJI: £80,000 (RM405,000) seminggu
KEKAYAAN: £11 juta (RM55.7 juta)
KERETA: Memiliki sebuah Ferrari 612 Scaglietti berwarna hitam, Range Rover Vogue dan sebuah Mercedes S320 CDI.
HARTA:Memiliki sebuah 'townhouse' di Chelsea selepas meninggalkan sebuahrumah agam di Surrey kerana isterinya, Carly Zucker tidak suka di sana.Turut mempunyai hartanah di luar negara termasuk rumah di Dubai.
WAG: Carly Zucker - seorang jurulatih kecergasan dan peragawati. Berkahwin Jun tahun lalu.
STEVEN GERRARD
GAJI: £120,000 (RM607,000) seminggu
KEKAYAAN: £20 juta (RM101 juta)
KERETA: Range Rover yang diubahsuai dan Bentley GT bernilai £100,000 (RM506,000).
HARTA: Rumah agam berharga £3 juta (RM15.2 juta) di Formby, Liverpool.
WAG: Alex Curran, seorang peragawati dan penulis ruangan fesyen.
JOHN TERRY
GAJI: £150,000 (RM759,000) seminggu
KEKAYAAN: £18 juta (RM91 juta)
KERETA: Koleksi yang banyak termasuk Aston Martin DBS V12 dan Range Rover Sport, BMW X5 dan Porsche 911 Turbo.
HARTA: Rumah agam berharga £2.5 juta (RM12.6 juta) di Oxshott, Surrey.
WAG: Toni Poole, kekasih sejak zaman kanak-kanak.
PETER CROUCH
GAJI: £70,000 (RM354,000) seminggu
KEKAYAAN: £5 juta (RM25.3 juta)
KERETA: Range Rover Sport, Bentley Continental
HARTA: Sebuah rumah agam di Hertfordshire.
WAG: Bertunang dengan Abbey Clancy, seorang peragawati. |
|
|
|
|
|
|
|
alangkah bestnyer lampard bley bagi ak aston martin sbuah...{:2_75:} |
|
|
|
|
|
|
|
gaji pemain bola mesia camna plak?... |
|
|
|
|
|
|
|
uishhh...gile la...gaji ratus ribu seminggu je tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Seorg engineer biasa, kalau kumpul dia punya EPF bila dia umur 55 tahun pun tak boleh lawan gaji Rooney seminggu. |
|
|
|
|
|
|
|
skit je nie............ |
|
|
|
|
|
|
|
perghhh...sgt dasat sorg2 punya gaji |
|
|
|
|
|
|
|
kan best kalu aku bini dorang....kayo mokcik wakakakkaka |
|
|
|
|
|
|
|
woooooooo bila nak kaya mcm mereka ni |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak kaya mcm david...
masyukkkk...
40 keta dia ada...
tak mampu nak beli keta byk tuh...
huhu.... |
|
|
|
|
|
|
|
gaji pemain mesia pun kayo laaaaa,tapi xder la mewah sgt |
|
|
|
|
|
|
|
main bola dah boleh jadi kaya raya
gilalah gaji diaorg ni |
|
|
|
|
|
|
|
kalau gaji macam ni, kalau isi dalam borang apa pekerjaan bapa ngan pendapatan bulanan bapa, sure aku tak malu...hahaha...tapi kat sana ada ke borang2 macam tu? |
|
|
|
|
|
|
|
yg penting kita orang islan kaya dgn iman budi bahasa............ |
|
|
|
|
|
|
|
EPL players antara yg menerima gaji paling tinggi berbanding liga2 lain..no wonder..seluruh dunia mmg gilerkan EPL termasuk kat mesia nih..itupun menyumbang pd kekayan diorg |
|
|
|
|
|
|
|
EPL punya gaji masih kat takuk lama beberapa tahun dulu...sebab nak bersaing dengan La Liga dengan Serie A baru le gaji naik...apa2hal sebahagian depa2 kat atas tu masih bukan top earner sebenar......
1. Lionel Messi (Barcelona-Sepanyol)
2. Becks (LA Galaxy - US)
3. Cristiano Ronaldo (Real Madrid - Sepanyol)
4. Kaka (Real Madrid - Sepanyol)
5. Thierry Henry (Barcelona - Sepanyol)
6. Ronaldinho (AC Milan - Itali)
7. Carlos Tevez (Man City - England)
8. Zlatan Ibrahimovic (Barcelona - Sepanyol)
9. Frank Lampard (Chelsea - England)
10. Samuel Eto'o (Internazionale - Itali)
Daripada top 10 earners tu, cuma dua orang aje (Tevez dgn Lampard) yang main kat EPL |
|
|
|
|
|
|
|
untung dpt couple ngan diaorg.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|