CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3799|Reply: 16

lembu atas highway.......apa kejadahnyerrrr

[Copy link]
Post time 8-3-2010 01:43 PM | Show all posts |Read mode
tgk kt berita tadi...kemalangan  dgn lembu sehingga melibatkan nyawa diatas highway kt rawang.....apa kejadahnyer......sapa salah ni???plus ker???lembu ke????.....hal ni dah selalu berlaku......apa tindakan pihak berwajib???????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2010 01:48 PM | Show all posts
tarik sekor2 lembu tu bawak naik atas lori
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 01:53 PM | Show all posts
Lembu nie bodoh betoi la...takdak akai kowts...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 01:54 PM | Show all posts
kawan aku pun eksiden langgar lembu sampai patah kaki tangan.tuan lembu haram nak tunjuk muka.bela lembu dalam kandang la..dilepas2 watpe.lain la ade padang ragut..kat jusco bukit tinggi ni sampai kat parking keta lembu round2..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 02:02 PM | Show all posts
salah lembu tuh..
asyik lepak x tentu arah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 02:03 PM | Show all posts
udah namanya pun lembu...takkan nak salah binatang yg takdak akai ....ada pun peribahasa "bodoh macam Lembu"...so nak salahkan saper lagi....salahkan tuan punya lombu dan manusia2 yg 'krg' bekerja kat PLUS Heway la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2010 02:08 PM | Show all posts
buat jer satu peraturan. mana2 lembu yg terlepas masuk akan di tembak mati. pemilik lembu tak boleh claim satu sen. kalo claim gak charge dia cuai x jaga lembu2nyer dgn baik.

x pun mana2 lembu yg terlepas masuk, akan mejadi hak pengguna jln raya tu suka hati diorg nk wat pe. amacam.....

menyusahkan betullah org yg jaga lmbu mcm ni.:@
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 02:13 PM | Show all posts
selain menyusahkan pemandu..lombu2 yg dibiaran berkeliaran nie kadang2 makan kat kawasan orggg...dan lombu nie jugalahhh yg dijual utk korban..isy isy isyyy,,,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2010 02:13 PM | Show all posts
BMW langgar lembu terbalik..akhirnya menyebabkan kemalangan bertindan...yang meninggal tu bukan yang melanggar lembu tapi penumpang dari kemalangan bertindan tersebut...mungkin x pakai seat belt ker apa...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 02:15 PM | Show all posts
tangkap lembu tu buat sate
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 02:55 PM | Show all posts
kalo ade kambing sesat masuk plus kita ramai wat daging kmbing panggang...yum..yum...mesti sedapnyer.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 02:56 PM | Show all posts
salahkan tuan lembu...
letak dia merata2....dh x de kandang nk buat kee?
kalau x de sedekah je kat fakir miskin...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 01:09 AM | Show all posts
lembo teringin nk rempit{:2_71:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2010 12:02 AM | Show all posts
Mati lembu melintas
Oleh Amir Abd Hamid
[email protected]
2010/03/09
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

RAWANG: Gara-gara seekor lembu melintas di lebuh raya, tiga kenderaan terbabit kemalangan menyebabkan seorang maut dan lima lagi cedera di Kilometer 445, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Rawang, awal pagi semalam.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat wanita yang maut dalam kemalangan di hadapan SMT Teknik Sungai Buloh, semalam.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat wanita yang maut dalam kemalangan di hadapan SMT Teknik Sungai Buloh, semalam.
REMUK...kereta Perodua Viva yang terbabit merempuh lembu di Lebuhraya Utara-Selatan dekat susur keluar Rawang arah utara, semalam.
REMUK...kereta Perodua Viva yang terbabit merempuh lembu di Lebuhraya Utara-Selatan dekat susur keluar Rawang arah utara, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, lembu susu seberat 100 kilogram itu turut mati.


Ketika kejadian, ternakan itu dikatakan melintasi lebuh raya di laluan laju sebelum dirempuh sebuah kereta BMW 5 Siri dari arah Kuala Lumpur dipandu seorang lelaki berusia 40-an menyebabkan lembu itu terpelanting sejauh tujuh meter ke kiri lebuh raya.


Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata akibat rempuhan itu kereta terbabit gagal dikawal sebelum terbalik.


Pada masa sama, katanya, sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Frontier dinaiki tiga lelaki berusia 30-an terlanggar pembahagi jalan dalam cubaan mengelak kereta BMW yang terbalik itu.


“Selepas itu, sebuah lagi kereta, iaitu Perodua Viva gagal mengelak sekali lagi melanggar lembu berkenaan hingga menyebabkan penumpang di tempat duduk sebelah kiri parah dan maut di tempat kejadian.

“Mangsa seorang pesara berusia 55 tahun. Mayatnya yang tersepit dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Rawang.


“Lembu itu juga mati serta-merta di tempat kejadian akibat rempuhan kedua itu,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, pemandu kereta BMW, pemandu kenderaan pacuan empat roda serta dua penumpang dan pemandu kereta Perodua Viva hanya cedera ringan.


Difahamkan, kemalangan itu turut menyebabkan lebuh raya itu mengalami kesesakan luar biasa lebih sejam sebelum tempat kejadian dibersihkan Plus Expressways Berhad (Plus).


Dalam kejadian berasingan kira-kira jam 7.25 pagi semalam, seorang pekerja kantin Sekolah Menengah Teknik (SMT) Sungai Buloh maut dirempuh lori satu tan tanpa muatan ketika melintas jalan di hadapan sekolah itu.


Mangsa, seorang wanita warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Mistijah, 32, mati di tempat kejadian kerana parah termasuk kepalanya hampir pecah.


“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk dibedah siasat. Difahamkan, mayat mangsa sudah dituntut suaminya.


“Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.


Menurutnya, polis turut merayu supaya individu yang mempunyai binatang ternakan tidak melepaskan sesuka hati tanpa pengawalan bagi mengelak tragedi sama berulang.

kredit to hmetro
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 12:33 AM | Show all posts

RE: lembu atas highway.......apa kejadahnyerrrr

3# edaladiva

lembu, bkn org..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 05:56 PM | Show all posts
Masa xcident nih dah berlaku saya ada lalu kat situ .. On the way nak ker Penang haritu. BMW tuh sekali2 dgn saya ... Dia potong saya... saya potong dia... macam tuler.

Masa lalu tempat kejadian bila nampak keta BMW tu terbalik.  Terkejut beruk saya!

Nasib baik saya berhenti kejap cari air. Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2010 05:58 PM | Show all posts
Memang pelik dan ajaib betuller ...lembu pun leh ada kat highway!

Macam2 xciddent yg boleh dielakkan berlaku kat PLUS.

PLUS DIAM SAJA!!!!????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.095076 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list