View: 6065|Reply: 42
|
Ingin bekerja kerajaan? tunggu Julai nanti....
[Copy link]
|
|
Kekosongan besar jawatan Julai
Oleh HELMI MOHD. FOAD
[email protected]
PUTRAJAYA 1 Mac – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menganggarkankekosongan jawatan yang begitu besar akan berlaku dalam sektor kerajaanmenjelang Julai ini.
Setiausahanya, Datuk Lamien Sawiyo berkata, keadaan itu berlakuekoran ramai pegawai dan kakitangan yang sebelum ini dilanjutkanperkhidmatan mereka sehingga umur 58 tahun akan bersara pada tahun ini.
“Ini membabitkan pelbagai peringkat jawatan yang dianggarkanmengalami kekosongan yang signifikan dan ia memberikan kesan besar.
“Pada masa ini, kita sedang mengumpulkan maklumat daripada setiap agensi mengenai kekosongan yang akan berlaku nanti,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan jersikepada pasukan SPA FC yang layak menyertai Liga FAM 2010 di Ibu PejabatSPA di sini hari ini.
Dasar melanjutkan usia persaraan daripada umur 56 tahun kepada 58 tahun dikuatkuasakan oleh kerajaan pada 1 Julai 2008.
Dijangka lebih 4,800 pegawai dan kakitangan awam yang sepatutnyabersara wajib pada 2008 akan menamatkan perkhidmatan antara Julaihingga Disember ini.
Menurut Lamien, pada masa ini SPA sedang mengumpulkan maklumatdaripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan mengenai kekosonganjawatan baru.
Katanya, suruhanjaya tersebut menganggarkan jumlah jawatan baru yangperlu diisi adalah kira-kira 50,000 sebagaimana dilakukan pada 2008 dantahun lalu.
Dalam pada itu, katanya, jawatan kritikal dalam bidang perubatanseperti doktor yang diperlukan sebanyak 5,000 setiap tahun masih terusberlaku kekosongan.
Sementara itu, Lamien turut menyangkal kebimbangan Kongres KesatuanPekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bahawa golonganwanita dikatakan menguasai sektor awam
Katanya, SPA yang bertanggungjawab melaksanakan pengambilankakitangan baru membabitkan 250 skim perjawatan tidak melihat kepadaaspek gender.
Contohnya, kata beliau, pengambilan terbaru jawatan Pegawai TadbirDiplomatik (PTD) menyaksikan daripada 490 orang yang dilantik, 250adalah lelaki manakala selebihnya wanita.
“Kita ikut merit, kalau bagus dan melepasi syarat kita akan ambiltanpa mengira jantina selain tiada kuota tertentu dalam membuatpengambilan kakitangan baru.
“Cuma, dalam keadaan tertentu melibatkan bidang tugas sepertijawatan pegawai penjara wanita, tentu kita akan ambil wanita tetapikita tidak amalkan dasar diskriminasi terhadap wanita,” katanya.
ermmmm.... menarik jgk.. yang mana2 rasa dah nak pencen tu elok la.. bagi peluang pulak kat muka baru..huhu
selamat memohon |
|
|
|
|
|
|
|
belum tentu boleh masuk julai,
julai tu tarik otai2 pencen, then lepas tu, pegawai2 bawah nie dok mengidam nak naik pangkat..so pegawai2 bawah ni akan naik dulu, then yg lagi bawah akan naik pulak kat tempat yg dah naik tadi tu ...sampai le ke peringkat pegawai paling bawah sekali (gred 41/29/17)
lepas semua tu selesai,baru la boleh masuk yang baru pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehhehheh
korang percaya auto spa ade kosong julai
dulu ckp ksoong 50 ribu
then harammmmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
cepat2 la bersara...bagi yg muda belia takeover plak...... |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu jer larr:kant:tak semestinyer dapat..:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
betul tue.nak keje kerajaan kena ada kabel besar,takdak kabel besar jangan mimipilah..kenapa perlu kabel.pelik kerajaan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
iye ke ada kosong...aku isi form spa tu dari tahun 2003, baru dua kali dapat interview....heran sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
mari lah kita renew application kt spa ni.hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
8# nudshanie
ko kira ok la dah 2 kali dipanggil intvw.
ada member aku tu register tahun sama mcm ko tp sekali pun x de panggil intvw.
ukur baju di badan sendiri.
agaknya bidang ko x kena dgn post yg ko apply atau ada org yg lebih tepat bidangnya dgn post yg ko apply, so org tersebut diberikan keutamaan dulu utk intvw.
x kan spa nak select semua org yg pilih post tu utk intvw, jenuh la. |
|
|
|
|
|
|
|
agak-agak klu kosong pun jawatan kontrak jer?
habis kontrak announce lagi 50,000 kekosongan jawatan disektor kerajaan...hmmmmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
iye ke ada kosong...aku isi form spa tu dari tahun 2003, baru dua kali dapat interview....heran sungguh
nudshanie Post at 3-3-2010 09:56
aku pun register sejak 2007, baru sekali jer SPA panggil interview.. |
|
|
|
|
|
|
|
ade yg dh sampai tahap bersara wajib pon masih lg bekerja ats dasar kontrak sampai tua bangka...so camne? |
|
|
|
|
|
|
|
sungguh indah khabar nih..moga rupanya juga seindah khabarnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nudshanie at 3-3-2010 16:20
8# nudshanie
ko kira ok la dah 2 kali dipanggil intvw.
ada member aku tu register tahun sama mcm ko tp sekali pun x de panggil intvw.
ukur baju di badan sendiri.
agaknya bidang ko x kena dgn ...
otai_g Post at 3-3-2010 13:05
apa yg aku apply mestilah tgk bidang aku..takkan aku nak apply bidang yang menyimpang dari bidang aku..takkan aku ambik engineering nak apply akaun pulak????????
tapi pelik la member aku yang sama bidang ngan aku tiap2 tahun dpt panggilan spa...padahal result aku ngan dia lebih kurang je....skrg dia dah slmt dah dpt keje gomen |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nudshanie at 3-3-2010 16:20
apa yg aku apply mestilah tgk bidang aku..takkan aku nak apply bidang yang menyimpang dari bidang aku..takkan aku ambik engineering nak apply akaun ...
nudshanie Post at 3-3-2010 04:18 PM
pointer kurang kot..member 2 org pas hbs degree je apply SPA..kejap je dpt jadi engineer..xde kebel2 pun...tp result power la...
me??trus keje swasta..pointer tidak melayakkan utk berada gomen...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
aku hrp betul la berita yg digembar gemburkn ini...
berila peluang kpd aku... |
|
|
|
|
|
|
|
em..ntah la keje goverment ni..cam payah sgt nak dapat.. |
|
|
|
|
|
|
|
em..ntah la keje goverment ni..cam payah sgt nak dapat..
141085 Post at 4-3-2010 13:28
application 30000 org
kekosongan 50
kekosongan yg dikabarkan byk sgt tu dah tentu semua jwtn seluruh malaysia
xmustahil la byk
nak kira dr jwtn gred 1 smpi jusa....ramai weh yg taraf2 nak pencen... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|