CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12095|Reply: 34

Anak saman ibu bapa - Pandangan ibu bapa kat sini?

[Copy link]
Post time 4-2-2010 10:23 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Icahn at 4-2-2010 22:33

Apa pandangan para ibu bapa kat sini ( tak kira yg masih muda atau sudah berumur ) mengenai beberapa kes di Malaysia ( dari segi moral, pandangan agama dan adat kita orang M'sia vs keadilan yg diperjuangkan oleh pihak yg mengemukakan saman ) di mana anak-anak telah mengemukakan saman mahkamah terhadap ibu bapa mereka?

  Mengikut kajian saya ada bukti yg kukuh bahawa ada ibu bapa yg terlebih dahulu derhaka kepada anak-anak mereka sebelum anak-anak mereka dilihat bertindak melampaui batas dengan mengemukakan saman terhadap ibu bapa mereka.

  Read this :

Anak Derhaka atau Ibubapa Yang Derhaka Kepada Anak- Anak?

Seringkali kita mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin ramaiyang derhaka kepada ibubapa. Disebalik fenomena yang berlaku ini adakahkita (Ibubapa) mengkaji dan merenung sejenak kenapa anak-anak pada hariini semakin nakal,jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Jikaibubapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup islamperkara sebegini dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibubapakita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita denganbetul? Didikan agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah dibawah :
Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umaral-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggilanak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya sertalupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai AmirulMukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab:“Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar:“Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab(al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnyabapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibusaya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorangMajusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitusejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkanaku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepadalelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhalkamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj danjahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, SaidinaUmar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalammendidik anaknya sendiri.
Benarlah kata-kata Pensyarah subjek Institusi Islamku mengatakankajian dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yangmenderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberisecukupnya kepada anak-anak dan lahirnya genarasi tidak bertamadunzaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak daridalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalanyang diredhai oleh yang Maha Esa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2010 10:30 PM | Show all posts
cases for reference :

Mahkamah tolak kes anak saman bapa untuk bantuan pendidikan


Mahkamah Tinggi Ipoh Rabu menolak saman yang difailkan oleh seorang pelajar berusia 23 tahun terhadap bapanya bagi membiayai pendidikannya di luar negara.

Persuruhjaya Kehakiman Datuk Balia Yusuf Wahi membuat keputusan itu dalam kamar berdasarkan Seksyen 95 Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) yang menyebut bahawa bantuan kewangan hanya diberikan kepada anak-anak berusia di bawah 18 tahun kecuali jika anak itu mengalami kecacatan fizikal atau mental.

Balia Yusof memetik satu kes Mahkamah Persekutuan yang menolak kes yang sama pada 2002 membabitkan saman yang difailkan seorang wanita terhadap bekas suaminya supaya membiayai kos pendidikan dua anak mereka yang telah berusia 18 tahun ke atas.

Foo Dui Geng memohon satu perintah daripada Mahkamah Tinggi bagi menuntut bapanya, Foo Won Keat, 46, seorang ahli perniagaan, membiayai pengajiannya.

Beliau menuntut sejumlah 12,924 Pound Sterling (RM81,421) yang meliputi yuran pengajian sebanyak 6,840 Pound bagi dua semester pengajian, penginapan sebanyak 2,600 Pound selama 52 minggu dan perbelanjaan mingguan (makanan, bil, perjalanan dan lain-lain) sebanyak 3,484 Pound.

Foo memfailkan saman itu pada 11 Sept tahun lepas berikutan keengganan bapanya menanggung kos pengajian tingginya menyebabkan beliau tidak dapat melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di Britain, September tahun lepas.

Pada 12 Jan, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Roslan Hamid memutuskan bahawa Foo mempunyai "sebab munasabah daripada segi undang-undang" untuk menyaman bapanya dan menolak bantahan awal supaya saman itu dibatalkan.

Selepas keputusan Rabu, peguam Wong Hau Lik yang mewakili bapa pelajar itu meminta kos daripada Foo tetapi peguamnya M. Kulasegaran berkata tidak wajar ada perintah mengenai kos.

Balia Yusuf bagaimanapun memerintahkan Foo membayar RM3,000 kepada bapanya sebagai kos bagi mengelak perkara itu berterusan tanpa sebarang keputusan yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Foo yang mempunyai seorang kakak berusia 23 tahun dan adik lelaki berumur 20 tahun, berkata ibu bapanya bercerai semasa beliau berusia empat tahun dan kini dia tinggal bersama ibunya.

Beliau memperoleh Diploma lanjutan dalam Perakaunan dan Kewangan pada Janauri tahun lepas di Olympia College di sini dan ditawarkan tempat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah selama setahun setengah di Nottingham Trent University tahun lepas. Beliau melanjutkan pelajaran di universiti itu pada 26 Jan.

Sementara itu, Kulasegaran memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa kes itu ditolak kerana tanggapan berbeza mengenai terma kecacatan fizikal dan mental. Kes itu dibawa ke mahkamah memandangkan kecacatan fizikal turut meliputi ketidakupayaan daripada segi kewangan.

Beliau bagaimanapun berkata Balia Yusuf telah mengikut keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes sebelum ini yang memutuskan bahawa ketidakupayaan kewangan tidak boleh dianggap sebagai kecacatan fizikal dan menolak saman permula itu.

Kulasegaran yang juga Anggota Parlimen Ipoh Barat berkata beliau akan membawa perkara itu ke parlimen dan bercadang membentangkan rang undang-undang mengenainya supaya ibu bapa bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak mereka.

"Saya akan memberi notis kepada parlimen bagi membolehkan ia dibentangkan di Parlimen pada persidangan September ini. Memandangkan Barisan Nasional mempunyai majoriti, saya berharap mendapat sokongan mereka," kata Kulasegaran yang juga setiausaha agung DAP.

Kes itu adalah yang pertama di Malaysia membabitkan seorang anak lelaki memfailkan saman terhadap bapa untuk menanggung kos pengajiannya. Kes lain difailkan oleh wanita terhadap bekas suami masing-masing bagi pihak anak mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2010 10:41 PM | Show all posts
yang ni pulak kes bapa saman anak sebab tak puas hati :

Nasha Aziz Bayar RM10,000 Kepada Ayah

Pada Saturday, October 10, 2009



Mahkamah Tinggi KL (9/10) memerintahkan aktres dan model Nasha Aziz membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapanya, Abdul Aziz Mohd Ali, dalam kes saman fitnah yang difailkan bapanya terhadapnya. Hakim Datuk Abdul Wahab Patail membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Abdul Aziz bagi membuat penghakiman selepas Nasha dan peguamnya tidak hadir pada perbicaraan kes itu Rabu lepas.

Bagaimanapun, Nasha hadir ke mahkamah tanpa peguam yang mewakilinya dalam kes itu, Rashid Mokhtar. Hakim Abdul Wahab juga memerintahkan Nasha membayar faedah lapan peratus setahun kepada bapanya dari tarikh saman difailkan iaitu pada 31 Mac 2005 sehingga penyelesaian penuh saman itu.

Beliau bagaimanapun tidak memberi ganti rugi tambahan seperti yang diminta oleh Abdul Aziz kerana saman itu melibatkan perkara dalam keluarga. Hakim Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata beliau mendapati Abdul Aziz selaku plaintif berjaya membuktikan dia telah difitnah oleh Nasha selaku defendan apabila Nasha dalam artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia pada 24 Okt 2004, menyatakan dia (Nasha) hanya mempunyai seorang ayah sahaja.

Hakim Abdul Wahab berkata mahkamah menerima pernyataan tuntutan Abdul Aziz bahawa akibat perkataan itu, Abdul Aziz telah dipandang rendah dan dikatakan berbohong bahawa Nasha itu adalah anak kandungnya. Abdul Aziz, 61, seorang guru silat, yang hadir di mahkamah, mengemukakan saman terhadap Nasha, yang nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, berhubung artikel dalam akhbar Mingguan Malaysia yang mendakwa Abdul Aziz bukan bapa kandungnya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 11:16 PM | Show all posts
dua2 cth ko bg ni berkaitan ngan bapak yg tak tau tanggungjawab dia sbg bapak.......pak aziz tuh bkn dia yg bela nasha dr kecik2, mmg lerr patut sampai budak tuh sendri tak pasti yg mana bapak dia.....bg dia bapak dia ialah lelaki yg bersama2 dia dr dia kecik sampai besar....sama gak cam kes anak cina ni, mentang2 mak pak da cerai terus nak lupa tanggungjawab as bapak? aib jek kalu baca/dengar kisah bapak mintak 'diskaun' nafkah anak lepas cerai....cam takde telur
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 11:35 PM | Show all posts
x brapa setuju sangat ...kisah org kampung mak aku,dah d didik anak belajar sampai gi oversea ,alih2 bila mak bapak x bagi dia kawin ngan mat saleh dia saman bapak diasampai pak ngan mak dia keluar dr kampung tu.(tumpang dok rumah anak yg lain) sbb malu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 02:47 AM | Show all posts
x brapa setuju sangat ...kisah org kampung mak aku,dah d didik anak belajar sampai gi oversea ,alih2 bila mak bapak x bagi dia kawin ngan mat saleh dia saman bapak diasampai pak ngan mak dia ke ...
jojo67 Post at 4-2-2010 23:35


dak tu tak pandei..cuba kalo dia cakap kat mak pak dia ..dia nak kawin mat bin salleh, sure mak pak dia izin...epi ending aaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2010 09:03 AM | Show all posts
ermm....bagus isu nie

i tak sokong mana2....cuma i selalu tak setuju  generalisation masyarakat malaya nie
bila dia ibu atau ayah....depa boleh buat apa sajaaaaa tanpa rasa dia pun hamba Allah
selalu baca responnya, mak/ayah suruh buat apa....kena gakk buat, w/pun dah tahap
menginiaya anak2....

i pernah gak tulis, anak2 DERHAKA....adalah rentetan mak/ayah yg DERHAKA pd tuhan
dan tanggungjawab dia sebagai org tua....nie kebanyakkan kes laa
tapi kalo kes anak2 tanggang nie....maybe ujian pd kita sebagai mak/ayah
apa2 pun dunia yg makin maju nie, sebagai mak gak....aku takkan berabiss utk kesenangan anak2 nie
aku bagi apa yg patut dibagi, part of amanah....nak lelebih, korang cariklah sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 12:55 PM | Show all posts
bila takde rasa hormat pada ibu bapa.. perundangan menjadi taruhan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2010 02:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by Icahn at 5-2-2010 15:30
bila takde rasa hormat pada ibu bapa.. perundangan menjadi taruhan..
ParinAmat Post at 5-2-2010 12:55


The way most of the ppl in the legal fraternity see it, it's not that they do not have respects for their parents anymore. It's just, mereka dah ditekan ke jalan buntu untuk mencari keadilan hingga ke tahap tiada tempat atau sesiapa pun untuk mengadu kecuali melalui sistem undang2.

Ada satu kes : Seorang anak telah didera oleh bapanya walaupun dia telah pun berumur 17 tahun, what do u expect him to do? Dah dirayu kepada bapanya supaya berubah dan dah diadu kepada saudara mara terdekat masih takde perubahan, so what's else for him to do after that?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 03:11 PM | Show all posts
The way most of the ppl in the legal fraternity see it, it's not that they do not have respects for their parents anymore. It's just, mereka dah ditekan ke jalan buntu untuk mencari keadilan hingg ...
Icahn Post at 5-2-2010 14:50


kalo dah sampai tahap mencederakan diri, sumbang mahram tu leh la aku terima penggunaan undang2.. tapi kalo benda2 mcm halangan perkahwinan, support utk study.. benda2 camni bawak ke court rasa cam ralat jek..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 03:15 PM | Show all posts
bila takde rasa hormat pada ibu bapa.. perundangan menjadi taruhan..
ParinAmat Post at 5-2-2010 12:55



Nope, silap. Bila ibu bapa yang tak hormat HAK anak yang menyebabkan anak tiada pilihan selain dari mengadu kepada perundangan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 03:19 PM | Show all posts
kalo dah sampai tahap mencederakan diri, sumbang mahram tu leh la aku terima penggunaan undang2.. tapi kalo benda2 mcm halangan perkahwinan, support utk study.. benda2 camni bawak ke court rasa ca ...
ParinAmat Post at 5-2-2010 15:11




Pasal perkahwinan tu in my opinion tak perlulah nak ke court bagai ... kahwin je... kalau parents pula bawa kes ke mahkamah macam kes wife muda pelakon tu, nak kata anak tak hormat parents pun susah juga... lebih kepada anak tak memenuhi permintaan parents je for me.

Kalau kes bapak yang kaya raya tak nak support anak belajar OR tak nak bayar nafkah, memang patut anak settle kat mahkamah... Beri pengajaran kepada yang terkena dan yang sedang lalai... Manusia ni kadang2 lagi mudah di didik dengan peraturan, bukan kesedaran sendiri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2010 03:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by Icahn at 5-2-2010 16:31
Pasal perkahwinan tu in my opinion tak perlulah nak ke court bagai ... kahwin je... kalau parents pula bawa kes ke mahkamah macam kes wife muda pelakon tu, nak kata anak tak hormat parents pun ...
sarahmirza Post at 5-2-2010 15:19


Kalau kita fikir dengan menggunakan reasonable mind, maksudnya : salah satu pihak ( parents atau anak ) memang ada yg telah bertindak melampaui batas kemanusiaan, atau kedua-duanya sekali telah bertindak begitu. ( di mana pada pandangan saya anak-anak lah yg secara percentagenya lebih banyak bersabar terhadap ibu bapa berbanding dengan ibu bapa kepada anak-anak, kat M'sia ni ).

Perkara ini tak akan terjadi jika kedua2nya tiada yg bertindak melampaui batas kemanusiaan, ataupun salah satu hanya bertindak melampaui batas sikit sahaja ( masih lagi boleh dimaafkan ), maknanya tidaklah terlalu melampau.

If we are to think reasonably, ada ke anak2 yg akan mengemukakan lawsuit kepada ibu bapa yg telah memberikan lebih daripada 200% unconditional love, didikan terbaik, perlindungan terbaik etc kat anak2? Kalau adalah, itu merupakan kes2 yg memang benar2 terpencil. What I'm discussing here adalah kes yg biasa kita dengar........

Sebenarnya kes2 seperti ini banyak terjadi di Malaysia, cuma masih ramai yg masih lagi sweep them under the carpets ( cover it up to preserve a family's good image ). Kes yg hinggakan anak buat lawsuit masih sikit, compared dengan masih ramai yg takde ambil tindakan di luar sana ( this principle also goes to cases like incest or corruption in Malaysia ).

  That's why I'm really supporting Family Planning policy, because some parents really do not deserve to be parents at all ( maybe because of their financial standing, family backgrounds etc ). You guys just take a look or make a research in the archives of our national newspapers, or better still, on archives of reported cases in Malaysia, then only could you understand what I mean here.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 04:17 PM | Show all posts
13# Icahn


takleh ...nanti depa guna pakai quote, anak2 ada rezeki masing2...
so depa beranakkk dulu....pastu tumpang apa yg patut
cemana nak didik minda2 yg sebegini?....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2010 04:38 PM | Show all posts
13# Icahn


takleh ...nanti depa guna pakai quote, anak2 ada rezeki masing2...
so depa beranakkk dulu....pastu tumpang apa yg patut
cemana nak didik minda2 yg sebegini?....
my-alja Post at 5-2-2010 16:17


The way I see it, kita terpaksa reply to answers like this, dengan menggunakan facts. Humbankan depan mata mereka reported cases, decided cases ( in M'sia ) and facts about them : about parents abusing n not giving the basic rights of their children, until to the the extent the children filed for lawsuits in courts.

Bagitau mereka, kalau mereka rasa mereka still belum berupaya lagi utk menunaikan t'jawab sebagai parents, to give the best to their children in terms of unconditional love and basic needs, then don't even try to have children at all.

  Quotes ni kadang2 khurafat jer ( tapi tak dinafikan ada jugak quotes pasal rezeki yg bagus, tapi depends kepada manusia i.e parents tu sendiri, how do they face the reality ). Sebab ada parents yg guna ayat ni semata2 sebagai excuse sahaja, sedangkan in reality, it's far from the truth.

Realiti sememangnya terlalu perit, ianya tak seindah mimpi. So just deal with it.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 04:45 PM | Show all posts
Nope, silap. Bila ibu bapa yang tak hormat HAK anak yang menyebabkan anak tiada pilihan selain dari mengadu kepada perundangan.
sarahmirza Post at 5-2-2010 15:15


jangan lepas ni ada fail kes utk tak iktiraf HAK bapa biologi sudaaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2010 05:28 PM | Show all posts
15# Icahn

at least mak/ayah yg mampu material....susah nak disabitkan tak bertanggungjawab
berbanding dgn mak/ayah yg tak mampu material kann....

tapi hakikat sekarang nie, mak/ayah melimpah material tapi kurang investment on soft skills
cemana nak sedarkan?....kekadang bukan masalah tak takde masa tapi TAK MINAT...
tak minat nak belajar, tak minat nak ambik tahu....they do whatever society placed the value
semua anak2 kena score A...depa hantar pi tuition, w/pun ada masa utk mengadap
but they choose d easier way....semua money oriented...so cemana jiwa anak2 tak keras
yg didik dia semua org yg takde kena-mengena dgn diri dia...

i think...kalo dia nak saman pun dia tak pikir bykk, panjangggg
yg duk basuh luka dia lepas jatuh basikal pun si maid.....mak sibuk layan telenovela
so cemana ....ada anak2 dr baby tido dgn maid, mak dia pengarah syarikat
u rasa anak nie esok ada 2nd thot ke nak saman mak dia....?...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 05:49 PM | Show all posts
15# Icahn

at least mak/ayah yg mampu material....susah nak disabitkan tak bertanggungjawab
berbanding dgn mak/ayah yg tak mampu material kann....

tapi hakikat sekarang nie, mak/ayah melimpah  ...
my-alja Post at 5-2-2010 17:28



Yup, agreed. Parents nowadays just wait for result jek.... they dont mind to spend much money to create 'leaders' but to spend time... sorry, i am busy.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 05:51 PM | Show all posts
jangan lepas ni ada fail kes utk tak iktiraf HAK bapa biologi sudaaa..
ParinAmat Post at 5-2-2010 16:45




HAK akan diberikan selepas tanggungjawab dilaksanakan... full stop!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 07:53 PM | Show all posts
HAK akan diberikan selepas tanggungjawab dilaksanakan... full stop!
sarahmirza Post at 5-2-2010 17:51


bila ibu melahirkan tuannya, tak kira sejauhmana makpak bertanggungjawab.. anak akan tetap meminta sesuatu yg dikira menjadi haknya walhal tak pernah sekalipun berhak..
erm.. rasa jawapan aku ni mcm manak pon ada sket2.. miss him (or miss to ban him again)
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.189791 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list