CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2649|Reply: 6

PENIAGA di bazaar jb..tolong jangan bergaduh...

[Copy link]
Post time 29-1-2010 11:19 PM | Show all posts |Read mode
malu melihat peristiwa malam kemarin ,customer bergaduh ngan salah satu peniaga di BAZAAR JB...tolongla ...hentikanla pergaduhan BODOHHH tu...malu pada bangsa lain!!! takkan perkara kecil pun tak dapat diselesaikan...bawak2la berbincang..janganla memaki hamun ,berbalas2 kata dan yang paling buruk menggunakan TANGAN DAN KAKI...come-on la ini tempat mencari rezeki...satu hal yang nak aku peringatkan kepada para peniaga BAZAR JB yang mana terbabit secara langsung dengan barang2 terpakai khususnya barangan elektrik hendakla memastikan barangan tersebut benar2 berfungsi..janganlah kerana dah terDESAK untuk membuat jualan maka kita menipu pelanggan...barang hanya bertahan satu hari sahaja ...pas tu bila pelanggan datang kembali untuk memulangkan barang tersebut...terimala ...samada memulangkan wang mereka atau tawarkan barang yang lain...bila kita jujur tentunya kita mendapat kepercayaan pelanggan!!! satu idea yang paling baik untuk peniaga barang elektrik terpakai ialah memberikan jaminan selama 3 hari atau seminggu kepada pembeli...dan kalaupun kita tak berapa pasti kondisinya ..nyatakanla kepada pelanggan secara terperinci ...dan jika pelanggan benar2 berminat dan bersetuju menangani kerosakan yang dinyatakan maka berikanla HARGA ROSAK...jadi kedua2 pihak puas ati..

     tetapi kepada pelanggan,inginlah ditegaskan membeli barangan elektrik samada baru dan lama sememangnya BERISIKO jadi jika kita tidak mau menanggung risiko janganla membeli...pergila ke kedai2 atau shoping2 komplek untuk jaminan mutu.INI tidak,anda beli di kaki lima..barangan terpakai..murah pulak tu..pas tu nak macam2...bukankah itu tidak baik! .APA yang patut kita tahu mereka berniaga...bukan mencuri atau mendapat barangan itu PERCUMA!!!

OK! kepada PARA pelanggan BAZAAR JB...suka nak diingatkan jika ingin berurusniaga disini...satu yang paling dibenci oleh para peniaga ialah apabila melihat barangan mereka,tak kirala anda membeleknya atau apa...tidak jadi BELI,letak balik ditempatnya...jangan campak atau baling!! seriously ini berlaku...apa perasaan anda jika anda PENIAGA tersebut?
lagi satu para pelanggan suka bertanya harga itu ini tapi last sekali tak beli dan akhirnya cakap"alah,kat umah saya banyak..bersepah!!"kata2 sebegini yang mengundang pergaduhan....

berbalik kepada para peniaga,janganla gaduh asik2 pasal tapak...ko punya tapak besar,;ko punya tapak sampai sinni,;ini kawasan aku,;ini tempat kakak,adik,abang aku;ini tempat kawan aku...dia suo aku jaga;ini tempat tokabah aku;nie tempat opah aku....semuanya tamakkk haloba tapi bila berniaga ko tengok aku ,aku tengok ko...haram satupun barang tak jual..masing2 melangok dan bermasam muka..sok salah satu dah tak beniaga...sudahnya kawasan tapak cam gigi rongak...sini ada orang meniaga kang jalan sket dah takde orang jauk lak ada orang...last2 customer boring..jalan sekerat jalan aje..so siapa yang rugi?MAsih tahap orang melayu PHD (pingat hasad dengki) yang tinggi...beralahla sesama peniaga...jika anda sahaja yang berjualan di bazar tu..belum tentu orang datang...so PERSAINGAN adalah aktiviti yang sihat...kalau boleh pakat2la membantu orang2 kita untuk menjalankan perniagaan disini....modal tak besar! tapak hanya rm5 satu malam dan rata2 kita semua memiliki barang2 itu dirumah..jika tak guna elokla dijual kepada yang memerlukan!!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2010 11:27 PM | Show all posts
kekadang ade barang yang diambil dari singapore, x sama dengan volt kite kat mesia nie, so x bleh guna,
pengajarannya, jangan le beli barang letrik dari singapore
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2010 01:52 AM | Show all posts
itu satu kes...jual makan pun kekadang bergaduh...bukan gaduh tapak tapi gaduh sal barang yang dijual...kalu dah jual mee goreng,ko kat sebelah jgn nk menyemak jual mee goreng...klu aku dh jual nasi lemak ,ko jgn jual gak...klu aku dah jual karipap basah ko jual karipap kering..gitu gini gitu gini masam muka! apa nie..REZEKI KAN MASING2...cuba wat2 bertenang..tak pela jual barang yg sama...tapi rasakn lain2..apa yg nk digaduhkan...nengok orang cina...sini kedai runcit,sebelah kedai runcit,depan kedai runcit,belakang kedai runcit...diaorg tak bising pun!! ubahla mentaliti.....sama2 berganding bahu untuk MEMERIAHKAN BAZAAR JB!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 02:42 PM | Show all posts
apsal ada 2 thread pasal bazaar jb ni ?

buat bisness ala2 kongsi gelap petaling street plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2010 11:48 PM | Show all posts
saja nak gi pendapat dan aduan..lagi dan lagiiii... 4# foxnike
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 08:11 PM | Show all posts
kat ne bazar jb nih . . aku nak gi tengok . .
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-3-2010 12:33 PM | Show all posts
...so far peniaga dan pembeli sudah boleh berkomunikasi dengan baik...beberapa bulan nie tiada terdengar sebarang masalah...ahah...perkembangan yg baik!...cooolllllll.....jika kita semua bekerjasama,tak mustahil kita maju bersama!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.176549 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list