View: 7095|Reply: 25
|
Pontianak Mengamuk Di Kuala Ibai... Ada Orang Ganu Sini?
[Copy link]
|
|
http://www.mstar.com.my/berita/c ... /20100124193153&;sec=mstar_berita
Pontianak Mengamuk di Kuala Ibai; K'jaan Negeri Campurtangan...
Oleh R.S.N. MURALI
KUALA TERENGGANU: Cerita mengenai pontianak mengamuk dan berkeliaran di sebuah kampung di Kuala Ibai sehingga mencetuskan satu fenomena seram memaksa kerajaan negeri campurtangan dengan berkata pembangunan negeri itu akan terbantut sekiranya rakyat asyik bercakap mengenai hantu.
Timbalan Pengerusi Penerangan dan Agama Negeri, Muhammad Ramli Nuh ketika berkata demikian menegaskan, kepercayaan karut seperti itu tidak akan membawa rakyat Terengganu ke hadapan.
Katanya, ia juga akan menjejaskan hasrat dan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan minda dan pemikiran rakyat ke arah kecemerlangan dan kejayaan.
"Kalau iya sekali pun pontianak tu wujud, biarkanlah dia berkeliaran dan tumpukan perhatian kepada pembangunan diri, minda dan negeri," tegas beliau.
Malah menurut beliau, mereka yang menyebarkan cerita pontianak mengamuk ini sebenarnya tidak ada kerja lain yang hendak dibuat dan patut mendaftarkan diri mereka dalam kelas-kelas agama atau menjalankan kerja-kerja yang lebih berfaedah.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian seram yang dikatakan melanda seluruh masyarakat Kampung Tok Adis dekat sini minggu lalu yang gempar dengan cakap-cakap kehadiran pontianak pada waktu malam.
Para penduduk kampung berkenaan mendakwa kehidupan mereka telah terganggu oleh kehadiran pontianak sejak majlis gotong royong membersihkan kubur dilakukan, Isnin lalu.
Khabar angin mengenai kehadiran pontianak di kampung itu telah menjejaskan aktiviti harian masyarakat malah berita mengenainya telah tersebar ke seluruh negeri. ends |
|
|
|
|
|
|
|
pontianak ganu..
senyum sokmo gituu. |
|
|
|
|
|
|
|
ye dok mung? dok dengor citer pung...
nok kene tanye orang kampung gini... |
|
|
|
|
|
|
|
nok wat guane, sume puang dok galok sgt nak jadik pontianak..kan pontianak doh mari |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu orang kata pontianak tu sebagai hantu ketawa. |
|
|
|
|
|
|
|
eee takotnya pontianak tu ngamuk nk makan kopok gote... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm nak g tgk sendri jer... |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA TERENGGANU - Kelibat seorang wanita berkuku panjang dan berwajah hodoh yang dikatakan muncul di celah pohon buluh berdekatan dengan kubur di Jalan Kampung Tok Adis, Kuala Ibai, di sini, sejak dua minggu lalu menggemparkan penduduk di kawasan itu.
Lebih menyeramkan apabila salah seorang penduduk di situ mendakwa pernah terserempak dengan makhluk halus itu, dipercayai puntianak ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya, menyebabkan kejadian itu mencetus igauan baru penduduk kampung tersebut.
Menurut Yusof Sulong, 63, yang tinggal di kampung berdekatan, sebaik dimaklumkan rakannya yang tinggal di kawasan terbabit, dia bersama 20 penduduk telah membuat rondaan kira-kira jam 11.30 malam kelmarin bagi melihat sendiri kewujudan puntianak.
“Beberapa orang penduduk telah berkumpul untuk melihat sama ada benar atau tidak wujudnya puntianak sebagaimana didakwa memandangkan sebelum ini saya tidak pernah mendengar perkara sedemikian.
“Malangnya, pada malam pertama rondaan dibuat, kami gagal melihat kelibat puntianak tersebut tetapi akan terus membuat rondaan untuk memastikan kebenaran cerita tersebut,” katanya ketika ditemui semalam.
Sementara itu, seorang penduduk kampung yang mahu dikenal sebagai Khairul, 30-an, berkata, kejadian itu telah menjadi isu sejak pokok buluh di kawasan tanah perkuburan berkenaan dibakar kira-kira dua minggu lalu.
Katanya, sama ada benar atau tidak, pertemuan dengan wanita yang digelar penduduk sebagai puntianak itu, kini sedang meniti di bibir orang ramai selepas gotong-royong di kawasan tanah perkuburan itu.
Khairul turut mendakwa pernah terserempak dengan ‘makhluk’ terbabit kira-kira seminggu lalu di persimpangan jalan masuk ke rumahnya pada jam 2 pagi.
“Bagaimanapun, saya tidak ambil tahu perkara tersebut dan menganggap ia hanya perasaan kerana ketika itu belum mendengar orang bercakap mengenainya, hinggalah selepas itu penduduk heboh bercakap mengenai menemui puntianak di kawasan berdekatan,” katanya.
Namun, Khairul tidak menafikan keadaan jalan yang malap di kawasan terbabit mungkin mempengaruhi orang ramai melihat kejadian tidak diingini dan tidak menolak ia hanya mainan perasaan sahaja.
sumber |
|
|
|
|
|
|
|
aiyokkk..
ada orang bela ke nih?!! |
|
|
|
|
|
|
|
Look at me! |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.spi.com.sg/spi_files/pontianak/pic/pontianak.gif
Look at me!
bluezink Post at 25-1-2010 02:54
ponti jadi incredible hulk ek ? {:1_124:} |
|
|
|
|
|
|
|
calling2 for shiri... |
|
|
|
|
|
|
|
hello2..sumbodi calling me..tutttt |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke?xder ke org ganu nak hapdet sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
entahla,setakat ni baru dengarla pontianak kat tok adis
tapi klu kat TER ngn masjid terapung pernah la dengar sblm ni
biase pemancing akan selalu nampak atas pokok di area berkenaan |
|
|
|
|
|
|
|
Takdok dengor lagi setakat ning, minggu lepas gi ronda2 kawasan Kuala Ibai tu... So far, yillek... |
|
|
|
|
|
|
|
hmm?
nk percaya ke x ni?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|