CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10925|Reply: 82

Harga GULA: RM1.65

[Copy link]
Post time 31-12-2009 09:07 PM | Show all posts |Read mode
Baru je dgr brita gula naik 20sen sekilo.

For me xde effect sgt,sbb mmg jrg buat air bergula,and jenis xsuka manis2 sgt.
tp kan,nape mesti naik harga utk stok lama?

nape tiap kali naik rega,berkuat kuasa drpd 1 tarikh? sedangkan menda2 tu semua bukannya dibuat slps tarikh tu.
takleh ke dibuat mesti ade cop manufactured date? so harga baru cuma utk yg bermula tarikh sekian2..

dan kenaikan 20sen je.mmg total BS la klu rega mkn/minuman nak naik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 08:38 AM | Show all posts

Gula Naik Harga?

Harga gula dijangka naik



HARGA gula dijangka naik selepas perayaan Tahun Baru Cina. - Gambar hiasan

BUKIT MERTAJAM - Harga gula dijangka naik selepas perayaan Tahun Baru Cina berikutan pembaharuan kontrak pengimportan gula yang menyaksikan negara pembekal menaikkan harga komoditi tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menaikkan harga gula berikutan harga barangan itu telah naik di pasaran antarabangsa.

"Sebanyak 80 hingga 90 peratus bekalan gula kita adalah dari luar negara.

"Kontrak pembekalan gula dari negara pengeluar telah tamat tahun lepas dan tahun ini kita ada kontrak baru dan harganya (gula) lebih tinggi daripada kontrak lama," katanya di sini semalam.

Menurut Shahrir, Malaysia mengimport gula secara kontrak yang diperbaharui setiap tiga tahun.

"Kita sedang mengkaji untuk mengekalkan harga lama atau kemungkinan menaikkannya sedikit. Perkara ini akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 08:39 AM | Show all posts
so apa barang yg turun....? di sebalik gov dok canang kempen turunkan harga barangan
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:05 AM | Show all posts

Reply #2 t@t's post

gula naik harga... kencing manis turun... errr.. bule ke cenggini tat..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:19 AM | Show all posts
gula dah naek rege kene kuangkan penggunaan gula..

nnt kuang la org kene kencing manis..
gantikan gule ngan madu bile wat air..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:41 AM | Show all posts

Reply #4 norrah_joe's post

org yg jual madu pon letak gula dlm tu....?

camno tuh...?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2009 10:00 AM | Show all posts

Reply #5 t@t's post


aah kan..
moh la kite tnm tebu wat gule sndr..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 10:06 AM | Show all posts
Bagi peniaga...mmg pening kepala arr kalau gula naik rega esp peniaga2 kek dan seangkatan dengannya....

Bagi aku mungkin tak braper sgt sbb aku mmg kurang pakai gula...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 10:32 AM | Show all posts
Gula naik rege....anis tak kisah sangat sebab anis anak beranak mmg kurang minum minuman manis......maksud tersirat disebalik tu ialah....

amalkan gaya hidup yang sihat...kurangkan gula lebihkan manis dalam senyuman.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 10:37 AM | Show all posts

Reply #8 AnisSuraya's post

kena bertanam tebu ditepi bibir le ni...

baru le manis senyuman... layannnn
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 11:05 AM | Show all posts
kita mmg tak mkn gula....namun impak maksimanya akan pergi ke pengguna gak....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 11:22 AM | Show all posts
TUNGGU LAAA NANTI KELUAR IKLAN² MANGKUK HAYUN..........
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 12:00 PM | Show all posts
Pehni rega Donut konpem naik....rega Kek.....rega bla...bla....bla...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by medangmru at 21-1-2009 12:00 PM
Pehni rega Donut konpem naik....rega Kek.....rega bla...bla....bla...


itula la med tujuan aku bukak thread ni....yg tak minum air gula byk2 tu x kisah la sbb bhayer kencing manis...
tp kesan teori domino tuh.....semer benda yg berkaitan akan ada effect...sama kes mcm minyak....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 12:15 PM | Show all posts

Reply #13 t@t's post

air mcm2 perisa kat pasar malam pun dah naik dr RM1 ke -RM1.20 kesan kenaikan rega gula dulu...pehni...rega air tu akan naik lagi...dan lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 12:18 PM | Show all posts

Reply #14 medangmru's post

ituhari aku beli kek dlu rm 29 jerk yg tecik tuh.....laaa ni rm34....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 12:18 PM | Show all posts

Reply #15 t@t's post

tp seb baik setahun sekali jerk....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 12:19 PM | Show all posts

Reply #15 t@t's post

dlm diam2 naik RM5 hengget...............
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 12:23 PM | Show all posts
Harga gula dijangka naik 20 sen
Oleh Norakmah Mat Youb
[email protected]



SHAHRIR melihat barangan yang banyak mengandungi gula sambil diperhatikan Adun Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah (tengah) selepas merasmikan Kempen Bahaya Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang di Seberang Jaya, semalam.

Kenaikan selepas Tahun Baru Cina selaras perjanjian antara kerajaan, pembekal

BUTTERWORTH: Harga gula dijangka naik antara 10 sen hingga 20 sen selepas sambutan Tahun Baru Cina selaras dengan perjanjian baru antara kerajaan dan pembekal bahan itu.

Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, memberi jaminan harga bahan itu tidak akan dinaikkan secara mendadak sehingga membebankan rakyat.

Katanya, jika kerajaan bersetuju untuk menaikkan harga gula, ia akan dilakukan secara berperingkat bagi mengelak rakyat dibebani ketika negara terkena tempias krisis ekonomi global.

"perkara itu masih dipertimbangkan dan belum lagi dimuktamadkan. Keputusan itu berdasarkan kontrak baru berikutan perjanjian yang ditandatangani sebelum ini tamat hujung tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Bahaya Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Seberang Jaya di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden CAP, S M Mohamed Idris.

Ketika ini, gula yang termasuk dalam senarai barang kawalan dijual pada harga RM1.45 sekilogram di Semenanjung, manakala Sabah dan Sarawak dijual pada harga RM1.55.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, jika harga bahan kawalan itu dikekalkan pada harga sama tahun ini selepas kontrak baru berkuat kuasa, kerajaan terpaksa menanggung subsidi bagi mengelak kenaikan harga.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan berapa banyak subsidi perlu ditanggung kerajaan bagi mengekalkan harga semasa.

"Jika kenaikan itu terpaksa dilakukan juga, satu mekanisma baru mengenai tempoh kenaikan perlu dirangka.

"Bagi mengelak rakyat menanggung beban, mungkin harga gula dinaikkan secara berperingkat. Contohnya, ia dinaikkan dalam tempoh tiga bulan sekali dengan membabitkan jumlah kecil," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 12:24 PM | Show all posts

Reply #18 t@t's post

naik 20 sen...

pehni kuih 3 ketui RM1.40 ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.226136 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list