View: 3349|Reply: 15
|
Gelombang Pelik Punca Kereta Gagal Dikunci Automatik??
[Copy link]
|
|
ni dlm paper 9 disember 2009.....kenapa ye ini berlaku? gelombang apakah itu?
220796 Post at 11-12-2009 14:27
Alien dah mendarat? |
|
|
|
|
|
|
|
tak bape nmpk lak artikel tu....
Gelombang Pelik Punca Kereta Gagal Dikunci Automatik
Siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati kejadian pelik yang menyebabkan beberapa kenderaan tidak dapat dikunci secara automatik di Jalan Madhali berhampiran sebuah hospital swasta di sini adalah disebabkan wujudnya satu gelombang yang tidak diketahui asalnya.
Pengarah Operasi SKMM, Ismail Othman, berkata ujian radiasi yang dijalankan di sekitar hospital swasta dan bangunan sekeliling tidak menemui gelombang setinggi 313 hingga 316 MegaHertz (MhZ) kecuali di Jalan Madhali saja.
“Selepas ujian radiasi dijalankan didapati gelombang itu hanya dikesan di Jalan Madhali sepanjang 300 meter sehingga menyebabkan pemandu yang meletakkan kenderaan di situ menghadapi masalah untuk mengunci kereta secara automatik,” katanya.
Siasatan ujian yang dilakukan sepasukan empat pegawai dari SKMM Wilayah Utara dari Butterworth, Pulau Pinang itu juga tidak menemui gelombang sama di Menara Alor Star, kira-kira 200 meter dari tempat kejadian yang dikatakan punca kejadian pelik itu.
Antara pengunci automatik jenis kenderaan yang mempunyai gelombang sama seperti yang dikesan ialah Nissan, Toyota, Honda dan Proton.
Katanya, gelombang itu juga tiada kaitan dengan aktiviti sarang burung layang-layang yang berada di atas bangunan tinggi berhampiran jalan itu.
“Orang ramai tidak perlu khuatir kerana gelombang itu tidak menjejaskan kesihatan atau penggunaan telefon bimbit,” katanya.
Beliau juga menasihatkan agar pemandu berhati-hati ketika meletak kenderaan di jalan itu berikutan gelombang berkenaan menyebabkan kereta mereka tidak dapat dikunci dan bimbang berlakunya kehilangan kereta tanpa disedari.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
ala radio frekuensi lar tu, mungkin dalam frekuensi yg sama, so berlaga..
zaman haku main kete kontrol kat titiwangsa dulu, siap bleh gaduh kalau sesaper yg on controller sama frekuensi main on jer, sebab dier akan buat kete lost control, sebab radio tak dapat anto frekuensi kat kete |
|
|
|
|
|
|
|
apa range frekunsi alarm keter ni erk...
kena masuk subjek sains kelas 3ciku ni |
|
|
|
|
|
|
|
apa range frekunsi alarm keter ni erk...
kena masuk subjek sains kelas 3ciku ni
takumi86 Post at 11-12-2009 14:58
yg pasti, bukan 95.8 Mhz, ni FLY FM punyer.. heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
3# 220796
bukan stakat freq radio jer sama.....
kunci pun ada yg sama..
letak kereta kat parking lot...
kebetulan pulak ada kereta jenama sama, kaler sama dok parking selang 2 kereta dari aku...
hala nak balik...tah camna mamai, pgi kereta tu...aku slot masuk kunci dan boleh terbukan kereta tu pulak...
sedar2 jer...dlm kereta stereng lain....pgi tgk no plat...no KAR...adess...
camna leh terbukak kereta org lain...tutup...dan kunci balik...harap tuan kereta tak sedar la aku ceroboh kereta dia... |
|
|
|
|
|
|
|
7# me_ai
uik, bahaya tuh....tp moto EX5 mmg biasa le 1 kunci boleh guna tuk byk motor dorg kata....x boleh bygkan civic ni boleh bukak guna kunci civic owner lain |
|
|
|
|
|
|
|
3# 220796
bukan stakat freq radio jer sama.....
kunci pun ada yg sama..
letak kereta kat parking lot...
kebetulan pulak ada kereta jenama sama, kaler sama dok parking selang 2 kereta dari ...
me_ai Post at 11-12-2009 16:11
Bahaya gak tu. Buatnya ICE kat keta tu, state of the art punya, mau kelabu bijik mata jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
jadi, aper keputusan gelombang alien yg ditemui akak Nomot ni?
Nomot, kalu hang jumpa UFO, hang tangkap gambaq seketoi dua |
|
|
|
|
|
|
|
UFO dah berpusat kat sana nie...depa buat sarang kat bawah tanah....kalau banyak busut tuh sah ler sarang depa.... |
|
|
|
|
|
|
|
11# d34n
aku rasa kan Dean, akak Nomot dah kena tangkap UFO kat Jln Madhali ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dunia Akhir Zaman |
|
|
|
|
|
|
|
13# maxxsa
ekekeke..mane alien tu berani tgkap teman....teman fire dia nnti.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# Fast-N-Furious
|
|
|
|
|
|
|
| |
|