View: 3258|Reply: 12
|
Guru dari lembah pantai merungut tak tahan dengan beban kerja
[Copy link]
|
|
Guru jadi kerani di sekolah?SAYA merujuk maklum balas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia DatukAlimuddin Md. Dom terhadap tulisan saya di Forum Utusan Malaysia yangbertajuk Erti Sebenar Guru Cemerlang.
Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana barangkali saya tidakmenulis secara jelas tentang apa yang saya maksudkan dengan beban kerjaperkeranian dalam tulisan itu. Biar saya jelaskan lebih lanjut tentang‘beban kerja perkeranian’.
Contoh pertama: Tugas guru kebajikan dan biasiswa. Saya berpendapat,semua guru, terutama sekali guru tingkatan ialah guru kebajikan. Sebabitulah banyak hal peribadi murid yang mengganggu pembelajaran merekaada dalam pengetahuan guru. Ibu bapa bercerai, ibu bapa bergaduh, ayahdibuang kerja, ibu lari dari rumah, semuanya diadukan kepada guru. Itutak mengapa. Jika sedikit tepukan di bahu dan mengesat air mata muridboleh membantu mereka belajar, saya fikir tiada guru yang merungut.
Tetapi guru biasiswa, lain pula ceritanya. Mereka perlu membuatsalinan borang, mengedarkan borang, mengutip semula borang danmemastikan semua borang diisi dengan betul, termasuk memastikan semuasalinan dokumen sokongan lengkap, seperti salinan kad pengenalan dansebagainya. Sebelum semua ini bermula, mereka perlu mencari murid yangmiskin untuk diberi bantuan biasiswa. Ada banyak jenis biasiswa untukmurid sekolah dan semuanya ada syarat layak yang tertentu, tetapisecara umumnya murid yang keluarganya mempunyai pendapatan kurangdaripada seribu ringgit sebulan, layak mendapat bantuan.
Soalnya, tidak bolehkah kerja mengenal pasti murid dan semua‘kerja-kerja kertas’ itu dibuat oleh kerani? Apa kaitan pengurusanbiasiswa yang banyak melibatkan kertas itu dengan kerja guru yangsebenar, iaitu P&P?
Contoh kedua: Saya fikir hampir semua guru sedar bahawa bagiorang-orang politik, semua masalah sosial negara perlu diselesaikan disekolah. Benar, sekolah memang tempat mendidik, tapi apakah setiap kaliada masalah kita hendak buat satu persatuan atau kelab baru. Tugas guruialah mendidik murid membezakan apa yang salah dan apa yang betul dankita mengajar mereka supaya berfikir sendiri. Kita tidak boleh sebutsatu-satu ‘merempit salah’, ‘hisap dadah salah’ atau ‘mencuri salah’,kerana ada terlalu banyak kerja jahat dalam dunia ini. Kita perlu ajarmurid berfikir sendiri.
Tetapi apabila kita menghadapi masalah mengatasi jenayah, gurudiminta membuat satu kelab antijenayah. Bila ada masalah dadah pula,kita buat pula kelab antidadah, seolah-olah masalah dadah bukan jenayahyang tidak boleh digabung dengan antijenayah. Kemudian kita dapatimurid kita tidak sayang kepada negara, kita buat pula kelab kenegaraan,seolah-olah Persatuan Sejarah sudah gagal. Kita boleh buat 100persatuan dan kelab pun mengikut kehendak masyarakat luar, tetapi siapayang hendak membuat kerjanya? Mengadakan persatuan bukan semata-mataberkumpul dan membuat aktiviti. Guru perlu menyiapkan laporan,mendaftar persatuan, mengambil gambar, membuat perancangan tahunan. Inisemua ‘kerja-kerja kertas’. Mengapa tidak boleh hantar pegawai polisatau pegawai dari Biro Tata Negara (BTN) datang menguruskan persatuanini di sekolah? Datanglah setiap hari Sabtu misalnya, untuk aktivitiini.
Contoh ketiga: Guru data. Tugas guru ini ialah merekodkan halperjawatan guru, misalnya, tarikh lapor diri, tarikh lantik, tarikhtemuduga, tarikh sah jawatan, tangga gaji, kursus dan sebagainya. Olehkerana tugas merekod ini berat, maka guru-guru Data biasanyadikurangkan waktu mengajar, kepada 12 hingga 15 waktu daripada biasanya25-29 waktu untuk guru-guru lain (setiap waktu ialah 40 minit disekolah menengah dan 30 minit di sekolah rendah). Masalahnya, guru-gurudata ini merekodkan perkara yang Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaransudah tahu, contohnya, tarikh-tarikh penting seperti tarikh lapor diri,tarikh lantik, tarikh sah jawatan. Bukankah surat datang dari SPP?
Contoh keempat: Guru tingkatan. Guru tingkatan ialah antara orangyang paling sakit kepala di sekolah kerana semua guru-guru lain bekerjamelalui guru tingkatan. Guru biasiswa hendak edar borang, suruh gurutingkatan. Sekolah hendak cuti, guru tingkatan perlu edar surat. GuruSPBT hendak edar buku teks, guru tingkatan perlu uruskan. Muridkemalangan, hendak mohon insurans, guru tingkatan juga perlu uruskan.Guru Penolong Kanan kokurikulum hendak maklumat kokurikulum murid, punsuruh guru tingkatan, bukan suruh guru persatuan atau kelab. Muridtidak datang sekolah, guru tingkatan perlu hantar surat amaran. Kelastak ada penyapu, pun guru tingkatan kena belikan. Kadang-kadang kalaukelas kotor, cikgulah yang kena menyapu walaupun sekolah ada tukangsapu swasta. Kalau pegang kelas baik, tak apa. Tapi kalau dapat kelasbelakang, memang guru boleh kena serangan jantung.
Sekarang ini syukurlah kita ada sistem online yang mengumpul dataperibadi murid yang kita panggil Sistem Maklumat Murid (SMM). Seorangguru dilantik menjaga SMM ini. Jika guru data menjaga maklumat guru,guru SMM menjaga maklumat murid. Tetapi, walaupun SMM sudah ada, gurutingkatan masih perlu mengisi kad 001. Untuk apa, saya pun tidak tahu.Setiap tahun, guru yang memegang kelas tingkatan 1 perlu menyiapkan kad001 seawal bulan Februari atau Mac. Tetapi selepas itu tiada siapa yanghendak mengurus kad 001 itu, sebab hampir semua keperluan maklumatmurid akan diambil dari SMM. Jika kita ada setengah juta murid barumasuk ke tingkatan satu, ada setengah juta lagi murid baru masuk darjahsatu. Jika harga kad 001 itu satu ringgit, kita membelanjakan satu jutaringgit untuk kad 001 yang tidak digunakan pun. Ini duit siapa satujuta ini? Dan hal menguruskan kad 001 itu, tenaga siapa kalau bukanguru?
Contoh kelima: Guru perabot. Bila ada masalah perabot sekolah, guruini kerjanya mengangkut kerusi meja yang rosak dan mengira berapabanyak perlu dihapuskan, berapa banyak perlu mohon yang baru, danberapa banyak boleh dibaiki. Adakah semua ini membantu muridmeningkatkan prestasi akademik dan sahsiah sebagaimana disebut olehKPPM dalam tulisannya? Barangkali KPPM tidak pernah nampak rupa gurubermandi peluh turun naik tangga mengangkut perabot, ada yang ringan,ada yang berat. Saya pernah nampak; macam buruh yang kerja membuatbangunan.
Saya tidak nafi, di luar negara pun amalannya ialah melantik guruakademik membuat kerja pentadbiran. Tapi berapa banyak kerjapentadbiran yang mereka ada? Adakah sampai memakan masa 70-80% masakerja? Saya pernah melawat sekolah di luar negara, dan Guru Besarmereka pun mengajar hampir separuh daripada masa kerja dan membuatkajian tindakan. Adakah Guru Besar dan Pengetua kita membuat kajiantindakan? Setahu saya, hanya negeri Johor mewajibkan semua guru membuatkajian tindakan, itupun ramai yang membuat kajian ‘depan komputer’kerana kesuntukan masa.
Akuilah, kerja pentadbiran memang sudah mengganggu tugas hakiki gurukita. Kalau tidak mengapa Menteri Pelajaran sejak Datuk Hishamuddinbercakap tentang beban kerja guru?
Mengapa Menteri Pelajaran pernah menyebut tentang institut latihanguru sukan, supaya guru akademik tidak perlu lagi membuat tugasankokurikulum, sebagai usaha mengurangkan beban kerja guru?
Adakah Menteri Pelajaran tanpa latar belakang pendidikan lebih sedarhakikat di sekolah berbanding KPPM yang pernah menjadi guru? danmengapa perlu ada Standard Guru Malaysia (SGM) jika kita sudah adaTonggak 12, kalau bukan kerana guru kita sudah terpesong dari apa yangdigariskan dalam Tonggak 12, dek kerana kerja-kerja perkeranian ini?Atau adakah SGM dibuat supaya lebih banyak ‘kerja-kerja kertas’ dibuatoleh guru?
Lembah Pantai, Kuala Lumpur"> |
|
|
|
|
|
|
|
dahsyat...berani betul....ape pun apa yg dirungutkan ade jugak betulnya...yg pasti, tuka menteri, tuka dasar, jadi mangsa cikgu jugak....jadik bahan kajian je setiap dasar..PPSMI.....sapa untung? sape rugi? pembekal laptop gak yg untung...yg rugi? guru n murid...mambazir masa gi kursus sana, kursus sini...beli buku itu, buku ini...last2 mansuh...x lama lagi aku rasa cikgu lembah pantai ni sure kene buang keje sebab....kuasa buang keje nak bagi pada GB atau pengetua...ape la melalut MP ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Saya sangat, sangat, sangat bersetuju dengan luahan diatas kerana saya juga seorang guru pernah memegang beberapa tugas beberapa seperti apa yang dinyatakan diatas.
Jika orang luar melihat kerjaya guru sebagai kerjaya yang santai, banyak cuti, pukul 2.00 ptg dah balik, kerja hanya perlu pandai bercakap sahaja.... tetapi hakikatnya tidak.......
Ramai guru yang tertekan dengan bebanan pengkeranian bukan bebanan pengajaran.... kalau boleh diukur dengan peratusan, bebanan pengkeranian 60% - 70% melebihi bebanan pengajaran...
Walaubagaimanapun pencapaian pelajar menjadi ukuran terhadap kejayaan seseorang guru.... Jika seseorang guru dapat meningkatkan peratus barulah ia dinggap guru yang cemerlang....
Kalau guru yang stress, kami dihantar pergi ke kursus pengurusan stress, tapi bagi saya lagi stress kerana perlu mendengar ceramah itu dan ini tp dalam kepala masih fikir tentang kerja yang ditinggalkan
sy pernah mencari seorang pembantu peribadi untuk menguruskan fail-fail dan mengisi data smm. tp kebanyakkan data tidak boleh diisi dengan tepat kerana tiada kerjasama dari ibubapa dan pelajar.
kalau pihak atasan boleh mengurangkan bebanan pengkeranian guru, saya rasa guru boleh menumpukan lebih masa kepada pengajaran dan P&P akan lebih berkesan
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
saya bersetuju dengan aleha...namum begitu, harus diingat, tugas guru dan kerani sama banyaknya...saya juga seorang guru, berkahwin dengan seorag pembantu tadbir sekolah....saya faham tugas-tugas seorang kerani yg kurang difahami oleh segelintir guru...seorang kerani perlu menyediakan gaji guru setiap bulan, menghantar payroll, menyediakan tuntutan perjalanan guru2...mengutip yuran dari guru ubtuk dibank in kan....menyediakan akaun sekolah untuk diaudit, dan banyak lagi yg kadang-kadang guru-guru ini tak nampak.....usahlah kita menyalahkan sapa yang patut membuat tugas kita, namun cuba lah kita lihat apa tugas kita yang dilakukan oleh orang lain....guru n semua org perlu bekerjasama...bak kata wonderpets...apa yg penting KERJASAMA...... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang cikgu ni cakap betoi. Kementerian hanya tahu bagi imbuhan bila cikgu2 ni complain. Bukannya cari cari jalan nak ringankan beban diorg. Payah lah mcm tu. Cikgu-cikgi terus menerus beli Vios dan Honda baru tapi bila pergi sekolah dah hilang mood nak mengajar. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aleha at 11-12-2009 13:55
sy faham apa yang saudara ayiem sebutkan diatas, tetapi apa yang sy sebutkan alangkah bagusnya jika kpm menyediakan seorang kerani (menambah kerani yang sedia ada) untuk membantu tugasan guru seperti mengisi data-data pelajar spt SMM, BMM, SAP, SSDM, SISTEKS, pendaftaran PTK, pendaftaran PMR, SPM dan kerja2 pengkeranian lain seperti mengira headcount ponteng (peratusan pelajar ponteng),
setidak-tidaknya ia dapat membantu meringankan beban guru, walaupun kita ada guru data, tapi guru data hanya menjaga emis dan bertindak sebagai penyelaras sahaja, kebanyakkan dibebankan kepada guru tingkatan dan guru tertentu.
Tahun depan semua guru wajib menjalankan kajian tindakan...., cadangan yang bagus tapi agak terbeban.....dan kebanyakkan maklumat yang ditulis adalah palsu kerana ia adalah rekaan guru terbabit.
Kalau ditawarkan kenaikan gaji @ kurangkan bebanan kerja, sy lebih memilih dikurangkan bebanan kerja krn ia dapat mengurangkan stress guru.....
wallaua'lam. Ini hanya pandangan sy sahaja dengan melihat senario yang berlaku disekolah sy. |
|
|
|
|
|
|
|
saya cikgu baru ni pun hilang minat dh.byk sgt keje ckgu yg sy rasa irrational... |
|
|
|
|
|
|
|
saya cikgu baru ni pun hilang minat dh.byk sgt keje ckgu yg sy rasa irrational... |
|
|
|
|
|
|
|
kwn aku just mengajar je.. bile hal2 mengarut kat skolah, die tak buat pon.sb stress, baik die pk mengajar dan manaikkan prestasi pelajar |
|
|
|
|
|
|
|
ko tny la keje kerajaan apa2 pun.
semua mmg mcm ni.
dia x stick pd 1 tugas hakiki jerk.
mmg la mcm2 kerja kena buat.
kalo x suke berenti n pg mengajar kat sekolah swasta.
selesai masalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by iey_iyda at 13-12-2009 22:02
sebenarnye dalam hidup nih, memang banyak kerja yang bukanlah tugas kita secara amnya, tapi tetap kena buat. bukan guru jer.. aku yang kerja swasta nih pun sama.. setakat buat kerja kerani tuh memang dah lali la, apa lagi kerja berat2 angkat kotak bagai, kerja jadik posmen hantar surat, kerja print/photostat/binding/etc sampai beratus2 mukasurat (sampai rasa macam dah boleh bukak kedai cetakan dah), banyak lagi lah ku tak larat nak cerita.. tuh belum masuk buat kerja2 dept lain tuh, huhhh.. semua pun kami redah jerrr.. Sebab aku syukur aku masih punya pekerjaan.. dan aku masih punye kudrat untuk bekerja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by iey_iyda at 13-12-2009 22:02
sebenarnye dalam hidup nih, memang banyak kerja yang bukanlah tugas kita secara amnya, tapi tetap kena buat. bukan guru jer.. aku yang kerja swasta ni ...
iey_iyda Post at 13-12-2009 21:57
stuju dgn pernyataan di ats... bersyukurlaa kite masih bekerja... org lain smpai blik kul 9/10 mlm.. pastu kene sambung keje uat kt rumah plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
jadi cikgu swasta pun berat..sb berbayar.silap2 kene pecat.sama je tugas.. nak tak nak je buat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|