11 Mei, 2008 Filem Melayu Dapat Sambutan Hangat Di Singapura
SINGAPURA, 11 Mei (Bernama) -- Filem-filem Melayu terbitan Malaysia yang ditayangkan di sini sempena Minggu Filem Malaysia selama tiga hari sejak Jumaat lalu telah mendapat sambutan di luar dugaan.
Ramai rakyat Singapura yang kecewa kerana tidak berpeluang menyaksikan filem-filem Melayu yang terbaru termasuk filem 'Congkak' yang hanya akan ditayangkan di pawagam tempatan mulai Khamis ini kerana tempat duduk yang terhad dan kehabisan tiket.
Selain Congkak, filem yang dibawa untuk tayangan khas itu ialah Akhirat, Duyung, Cuci, Dunia Baru The Movie, 1957: Hati Malaya, Evolusi KL Drift, Anak, dan Kala Malam Bulan Mengambang.
Filem-filem itu telah dibawa oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional sempena program kerjasama budaya Malaysia-Singapura selama empat hari bermula Rabu lalu dan berakhir hari ini.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Mohd Shafie Apdal telah berada di sini semalam untuk menyerikan majlis tayangan khas Congkak di dua pawagam Golden Village Marina di Marina Square.
Beberapa pelakon turut berada di sini untuk bertemu peminat semasa tayangan filem lakonan mereka termasuk pengarah filem Congkak Ahmad Idham, pelakonnya Nanu Baharuddin dan Erin Malek, Maya Karin (Duyung), Awie dan Hans Isaac (Cuci), Rusdi Ramli (Anak) dan Kavita Kaur (1957:Hati Malaya).
zaman p ramlee singapura keluarkan banyak film melayu jalan ampas tu -
tapi ye lah.. semua tinggal sejarah -
kalau orang malaysia dapat share dengan rakyat singapura film2 melayu
dari malaysia - by all means - mungkin dapat jalinkan hubungan bagus
menerusi film - saya percaya ramai pelakon2 berbakat dari singapura juga
yang boleh berlakon dalam film2 keluaran malaysia -
Forum "Filem Melayu tidak laku..betul ke?" cetus idea baru!
08-08-2008 08:56:20 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Forum "Filem Melayu tidak laku...betul ke?" yang diadakan di Cybertorium, Menara Star, di sini kira-kira pukul 10.40 pagi tadi mendapat sambutan di luar dugaan apabila lebih 150 orang penonton hadir memberikan sokongan.
Antara yang hadir adalah selebriti terkenal Sofia Jane, Chef Wan, penulis skrip terkenal A.Wahid Nasir dan juga bekas ahli politik terkenal Datuk Marina Yusof yang datang memberi sokongan moral untuk anaknya, aktres Ida Nerina.
Ketua Pengarang Kumpulan The Star Publications, Datuk Wong Chun Wai, pencetus idea untuk mengadakan Forum mStar ini, turut sama melontarkan ideanya yang bernas.
Wong Chun Wai, yang juga peminat filem Melayu, melahirkan rasa kecewanya kerana orang Malaysia sendiri tidak menghargai filem Melayu.
Semua panel melontarkan pendapat masing-masing dengan pelbagai aksi yang kadangkala melucukan. Dari kiri: Harith Iskander, Ida Nerina, Hans Isaac, Vanida Imran dan David Teo. (Foto The Star oleh Art Chen)
Blogger terkenal Sultan Muzaffar (SM) dan Ajami Hashim turut serta dalam diskusi pagi tadi yang turut dihadiri dari dari kursus perfileman dari UiTM, UM dan UIAM dan orang awam.
Tiga orang DJ dari SuriaFM - Akhtar, Zaff dan Lin juga hadir untuk membuat cross over dari Cybertorium.
Forum yang dikendalikan oleh pelakon dan stand-up comedian Harith Iskander itu diterajui oleh barisan panel yang hebat dengan idea bernas masing-masing iaitu pelakon Ida Nerina, Hans Isaac, Vanida Imran dan produser David Teo.
Antara perkara yang dibincangkan ialah definisi 'tak laku', sebab-sebab mengapa sesebuah filem itu tidak laku, filem Melayu yang popular, ideal dan tidak laku, bajet filem Melayu dibandingkan dengan filem luar negara terutama Hollywood dan apa yang penonton inginkan dalam sesebuah filem Melayu.
Definisi 'tak laku'
Kata Hans, apabila menyebut perkataan 'tak laku', orang akan merujuk kepada jualan filem dan jumlah kemenangan anugerah yang melibatkan kewangan.
"Tetapi sepatutnya, kita tidak boleh hanya melihat faktor itu untuk menggambarkan yang sesuatu filem itu tidak laku tetapi harus melihat nilai dan kredibiliti yang ada dalam sesebuah filem itu," kata pelakon filem Qabil Khushry Qabil Igam, Cinta Luar Biasa dan Laila Isabella ini.
Sementara Vanida Imran pula menyatakan 'tak laku' itu memberi maksud koleksi tidak cukup atau tidak banyak.
Sebab filem Melayu 'tak laku'
Dalam pada itu, Ida Nerina dengan lantangnya menegaskan yang filem Melayu tidak laku kerana kita sendiri tidak menghargai filem kita. Oleh itu, ia telah memberi 'poin' negatif dan boleh merosakkan orang daripada menonton filem.
Bukan itu sahaja, sikap penonton yang mengabaikan syarat wajib tayang menyebabkan mereka terlepas untuk menonton sesebuah filem itu.
"Semasa filem itu mula ditayangkan di pawagam, mereka akan cakap tak pe minggu depan boleh pergi lagi. Lama-kelamaan, mereka lupa dan terus tak tengok," jelas Ida.
Ida turut menyatakan tentang 'restriction' yang terlalu banyak membuatkan filem kita sukar untuk berkembang.
"Industri kita terlalu 'look backward'. Lets move on..," tutur Ida lagi.
David Teo juga seolah-olah tidak bersetuju apabila mengatakan filem Melayu tidak laku.
"Sudah 25 buah filem yang saya hasilkan. Perkembangannya begitu besar dan memberikan kejayaan besar. Jika filem saya tak laku, mana boleh saya hasilkan filem seterusnya dan seterusnya. Jadi, filem Melayu bukannya tak laku," ulas David.
Antara gelagat para panel yang mencuit hati dan menggamatkan suasana dengan sorakan penonton.
Selain itu, David dengan sinis menambah tentang ciri-ciri pengarah filem sekarang. Yang menarik apabila dia menyebut tentang pengarah yang lebih suka berkhayal.
"Jadi, ada semangat tak?," seloroh David. Katanya lagi, "Dia masih berkhayal untuk buat filem seperti yang dibuat sebelum ini. Jadi, mestilah tak laku.
"Namun, ada juga pengarah yang bersemangat dan ada peluang. Jadi, dia boleh bertahan dengan cepat mengikut masa kini. Contohnya, kalau buat filem seram, perlu betul-betul seram."
David turut menyentuh tentang produser filem yang tidak pandai mempromosikan filemnya.
"Lembu dah ada tetapi tali tak pandai beli ke?," sinis David lagi. Harith pula menyambut "Siapa yang nak beli lembu, beli tali dulu." dengan nada seloroh sehingga gamat satu auditorium itu dengan gelak tawa.
Vanida pula berpendapat persaingan dengan filem Hollywood menyebabkan filem Melayu tidak laku.
"Contohnya, ketika filem Sepi ditayangkan di pawagam baru-baru ini, filem tersebut bersaing dengan filem Hollywood seperti Hancock, Wanted dan lain-lain lagi. Ada antara mereka yang belum menonton pun sudah cakap tidak best. Jadi, sekarang ini kita sedang cuba bersaing dengan Hollywood," tutur Vanida atau Vee.
Hans pula terlebih dahulu menyoal penonton di dalam auditorium itu yang telah menonton filemnya, Cuci di pawagam. Rata-rata kurang daripada 10 orang yang mengangkat tangan.
Namun, Hans sebaliknya menganggap lebih banyak filem yang berjaya selepas filem Cuci ditayangkan.
"Saya lebih suka membuat filem yang memang menunjukkan sikap orang kita. Contohnya, filem Cuci saya buat untuk tunjukkan betapa malasnya orang Malaysia. Tetapi tidak semestinya saya mengata semua orang. Saya terlebih dahulu akan melihat diri-sendiri juga.
"Filem tersebut juga disampaikan dalam bentuk komedi yang menghiburkan," beritahu Hans lagi.
Bajet filem kurang
Dalam pada itu, Vee berkata filem Melayu kurang bajet tetapi produksi kita tetap ingin membuatnya.
"Jika dibandingkan dengan Hollywood, mereka tidak akan membuat filem kalau bajet tak cukup. Selain itu, kebanyakan daripada filem kita dihasilkan dalam masa yang singkat. Sepatutnya, ia perlu mengambil masa yang panjang," ujar Vee.
Vee turut mencadangkan supaya kerajaan menetapkan panggung wayang supaya hanya mengambil 20 peratus daripada hasil kutipan filem sahaja.
Hans juga sependapat dengan Vee apabila menambah, "Apabila saya berbual dengan produser filem Hollywood, mereka terkejut apabila mendengar bajet untuk membuat filem kita. Bagi mereka, bajet kita ibarat untuk bajet makan mereka sahaja.
Di akhir forum yang memakan masa lebih 2 jam itu, beberapa penyelesaian turut dibincangkan untuk menyelesaikan masalah pasaran filem Melayu yang merosot.
Perbincangan tersebut menjadi semakin hangat apabila pelbagai idea yang pro dan kontra dilontarkan oleh barisan panel tersebut. Namun, akhirnya jawapan mereka lebih kepada mengajak semua pihak untuk bekerjasama.
Forum mStar mendapat sambutan di luar dugaan daripada para penonton.
Idea yang paling ideal dan praktikal datangnya daripada Marina Yusof yang mencadangkan kerajaan atau FINAS menubuhkan pawagamnya sendiri untuk menayangkan filem Melayu sepanjang tahun.
Antara yang sepatutnya memainkan peranan yang lebih pro-aktif dan agresif ialah pembikin filem, penonton, media dan persatuan-persatuan filem tanahair harus berusaha untuk menaikkan tahap filem Melayu.
Seperti kata Harith, "Masing-masing mempunyai tanggungjawab mereka untuk 'meLAKUkan' filem Melayu."
Sementara itu, David Teo pula berkata, "Malaysian film is Malaysian. Jangan terlampau ghairah dengan filem Hollywood yang tidak tahu tentang bangsa dan budaya kita sehingga boleh menjatuhkan filem kita."
Manakala pelakon/pengarah dan penerbit filem Cuci, Hans Isaac berpendapat filem kita kurang menampilkan filem yang kagum dengan bahasa ibunda mereka seperti filem Indonesia Thailand, Korea dan China.
"Jadi, tidak mustahil filem mereka boleh jual walaupun filem tersebut berunsurkan sejarah seperti cerita kung fu. But we are not working as seriously like them," kata Hans.
*tuan tanah ada terselit duk seblah sultanmuzaffar sempat enter-prem meng-komen jugek pagi smlm
FILEM MELAYU NI SEBENARNYA MEMBOSANKAN.......CITER ASYIK PASAL DATUK DAN DATIN ADE MASALAH........POMPUAN RAMPAS SUAMI ORANG LAA.....LELAKI KAWEN LEBIH......MASALAH BOLOT HARTA.......TAKDE KE PLOT LAIN....ARTIS PULAK LEBIH SUDU DARI KUAH.....LAKONAN TAK LAH SEBERAPA.....GOSSIP DAN PERANGAI PULAK TERLEBIH OVER.....
sy bukan peminat filem melayu, tp rancangan tv melayu ada lah...sy tengok rancangan tv tempatan makin mantap [dr segi tv ratings kalo bukan mutunya] sehingga slot rancangan barat pun susut sikit dewasa ni (psl ramai penggemar hollywood pulun pawagam dan internet); itupun psl penonton x perlu bayar sesen pun berbanding rm10+harga minyak ke pawagam...
kalo kita bandingkan liputan tv dan pawagam, liputan pawagam ciput jer, 4%, kebanyakan golongan "profesional, pengurus, eksekutif, ahli niaga, pekerja kolar putih lain dan pelajar" berbanding 96% bagi tv yg meliputi semua golongan msykt (rujukan: http://www.acnielsen.com.my/site/20071001.shtml) lagipun sy dengar bilangan pawagam kita x sebanyak singapura, lebih2 lagi empat negeri masih tidak berpawagam! boleh sy katakan citarasa penonton pawagam dan tv ni ada bezanya, dan penonton pawagam tu cerewet krn kena kuar duit sendiri berbanding tv yg percuma
jangan2lah, kalo nak melambungkan kembali filem melayu...kena tukar kerajaan kot... (feel free 2 ask)
Originally posted by tom5190 at 9-8-2008 07:28 AM
FILEM MELAYU NI SEBENARNYA MEMBOSANKAN.......CITER ASYIK PASAL DATUK DAN DATIN ADE MASALAH........POMPUAN RAMPAS SUAMI ORANG LAA.....LELAKI KAWEN LEBIH......MASALAH BOLOT HARTA.......TAKDE KE PLO ...
pada aku filem melayu ok jer.. yg masalahnye ialah org melayu untuk appreciate cerita melayu..
macam mana org melayu nak tukar dari genre2 di atas kalau apa saje yg org melayu buat dilihat low class.. nak suruh org melayu buat cerita cam batman, ultraman, charlies angel? lagi kene kutuk.. poyolah, ntah apa2lah, citer bodo, tak logikla, .. kalau yg barat punya, yg luar punye.. bagussssss saje di mata..