CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5167|Reply: 12

Syed Adney terpaksa diketepikan.

[Copy link]
Post time 30-11-2009 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Syed Adney terpaksa diketepikanOleh ABDUL HAFIZ AHMAD
[email protected]


K. RAJAGOBAL (kiri) memberi amanat terakhir kepada skuad bola sepak negara pada sesi latihan di Kelana Jaya, semalam. Turut kelihatan, Syed Adney Syed Hussein (dua dari kiri).

PETALING JAYA – Syed Adney Syed Hussein, 23, menerima hadiah hari jadi ‘mengejut’ yang turut membawa berita sedih semalam apabila tidak terpilih dalam skuad 20 pemain bola sepak bawah 23 negara ke Sukan SEA Laos, bulan depan.
Penjaga gol Kelantan bagi musim depan yang menjadi pilihan utama Sukan SEA Korat 2007 itu terpaksa memberi laluan kepada dua pesaingnya, Sharbinee Allawee Ramli dan Farizal Marlias yang lebih memikat jurulatih negara, K. Rajagobal.
Turut tiada untuk menyahut cabaran Kumpulan A yang bermula dengan menentang Timor Leste di Vientiane, Rabu ini ialah dua penyerang, Razali Umar Kandasamy dan Farderin Kadir serta penjaring terbanyak Harimau Muda, Ahmad Shakir Ali.
“Saya perlu beri peluang kepada Sharbinee selepas melihat prestasi semasanya dalam latihan dan menentang Maldives (persahabatan, Khamis lalu). Adney kena mengambilnya secara profesional lagipun dia sudah kerap bermain dalam skuad kebangsaan dan bawah 23.
“Saya tidak akan melupakannya begitu sahaja selepas ini dan dia wajar menjadikannya perangsang untuk beraksi lebih baik,” katanya selepas mengendalikan hari terakhir sesi latihan pasukan di Wisma FAM, Kelana Jaya, sebelum berangkat ke Laos, hari ini.
Mengenai pengguguran Razali, Rajagobal berkata: “Dia mulanya memberitahu tiada pengangkutan untuk datang sini selepas diberi cuti Hari Raya Haji (Jumaat lalu) tetapi sehingga hari ini (semalam), dia masih tidak muncul dan saya hairan.
“Saya tidak boleh bertolak ansur dengan soal disiplin seperti ini walaupun dia mulanya berpeluang cerah untuk dipilih,” katanya yang kecewa dengan sikap penyerang Perak itu yang turut membazirkan banyak peluang gol ketika menentang Maldives di Shah Alam.
Pemilihan semalam kata Rajagobal, turut menamakan bek tengah, Aidil Zafuan Radzak sebagai ketua pasukan di Laos yang juga bakal berdepan juara bertahan, Thailand di samping Vietnam dan Kemboja dalam Kumpulan A.
“Sejak mengenalinya dalam skuad Bawah 20 negara, saya mahu dia fokus dengan tugas itu kali ini malah saya mahu dia bertanggungjawab bukan sahaja kepada saya bahkan pasukan ini dan negara,” katanya.
Bagaimanapun jurulatih itu mengakui dia mengambil masa yang panjang termasuk mendapatkan pandangan pembantunya, Tan Cheng Hoe dan Faozi Mukhlas sebelum menamakan 20 pemain ke Sukan SEA.
Hanya enam pemain daripada skuad Korat 2007 yang kempunan pingat, dipilih semula Rajagobal ke Laos iaitu Aidil dan adik kembarnya, Zaquan Adha Radzak di samping Farizal, Amirulhadi Zainal, Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim
Kata Aidil, 22: “Keserasian pasukan kali ini lebih mantap berbanding skuad 2007 kerana 80 peratus pemainnya daripada skuad Bawah 20 dan sudah saling mengenali. Begitu juga dari segi semangat sepasukan apatah lagi sudah 20 tahun kita tidak menang emas Sukan SEA.
“Tentang pemilihan pemain, ia yang terbaik buat jurulatih dan negara. Kami pemain hanya perlu menjalankan tugas di tengah padang. Saya juga berazam menebus kekecewaan tidak beraksi dua perlawanan di Korat lalu (digantung kerana kad merah Kelayakan Piala Dunia),” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2009 09:48 AM | Show all posts
Sharbinee buat Adney gigit jari
Oleh Ahmad Khawari Isa
[email protected]


Syed Adney Syed Hussein (kiri). Gambar kecil, Sharbinee (kiri) dan Farizal.

SEMALAM mungkin ulangtahun ke-23 yang mahu segera dilupakan Syed Adney Syed Hussein. Semalam juga mungkin pintu skuad bola sepak negara tertutup buat Razali Umar Kandasamy selagi K Rajagobal berwatak selaku pengendali pasukan.

Kerana nama kedua-duanya tercicir daripada senarai akhir 20 pemain yang akan ke Laos, pagi ini, untuk memikul cabaran pada temasya Sukan Sea, bermula dengan aksi pertama menentang Timor Leste, Rabu ini.

Syed Adney ‘kecundang’ dalam persaingan dengan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee untuk tempat kedua di belakang Farizal Marlias selaku benteng terakhir pasukan.

Tetapi Razali disisihkan angkara tindakannya tidak pulang ke kem latihan, petang Jumaat lalu, selepas diberi cuti sehari buat menyambut Aidiladha.

“Saya sudah beri peluang kepada Syed dan Sharbinee sepanjang tempoh persiapan. Dan selepas meneliti persembahan kedua-duanya – dan berbincang dengan jurulatih penjaga gol – keputusan dibuat bahawa ketika ini, Sharbinee adalah calon lebih baik.

“Saya harap Syed dapat menerima keputusan ini secara profesional dan meningkatkan lagi persembahan dalam liga supaya dapat kembali bersama skuad negara,” kata Rajagobal.

Namun jurulatih itu langsung tidak sukar untuk mengetepikan Razali, biarpun mengakui betapa penyerang Perak itu ada ‘peluang baik’ untuk turut tersenarai ke Vientiane jika tidak kerana tindakannya itu.

“Saya tidak boleh tolak ansur dalam hal disiplin. Semua pemain melapor diri pada jam 7.30 malam, Jumaat lalu, tetapi dia tidak datang. Apabila penolong saya hubungi dia, dia katakan ada masalah pengangkutan.

“Dia janji akan datang esoknya, tetapi tidak datang juga. Kerana itu, saya tidak teragak-agak menggugurkannya. Isu disiplin amat penting buat saya dan ini juga satu peringatan kepada pemain lain. Jika mereka tidak berdisiplin di Laos nanti, mereka juga akan dihantar pulang,” katanya.

Turut tersisih ialah Farderin Kadir dan penjaring utama skuad Harimau Muda, Ahmad Syakir Ali. Aidil Zafuan Abdul Radzak pula dipilih selaku kapten pasukan.

Senarai pemain skuad bawah 23 tahun:

Mohd Farizal Marlias, Mohd Sharbinee Allawee, Sabre Mat Abu, Mahalli Jasuli, Mohd Asraruddin Omar, Nasriq Baharom, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Azmi Muslim, Mazlizam Mohamad, Muslim Ahmad, Safiq Rahim, Amar Rohidan, K Gurusamy, S Kunanlan, Amirulhadi Zainal, Baddrol Bakhtiar, Zaquan Adha Abdul Radzak, Norshahrul Idlan Talaha, Ahmad Fakri Saarani, Abdul Manaf Mamat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 09:53 AM | Show all posts
memang patut digugur pun..bukannya baguih pun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2009 09:57 AM | Show all posts
tak bagus ke mamat ni. tp aku tgk fizikal dia matap lah.cukup tinggi utk jd seorang penjaga gol yg bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 10:14 AM | Show all posts
dia ni abg sharifah sofea kan???
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 10:57 AM | Show all posts
dia ni abg sharifah sofea kan???
wawaKKK Post at 30-11-2009 10:14


adik dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2009 01:13 PM | Show all posts
dia ni abg sharifah sofea kan???
wawaKKK Post at 30-11-2009 10:14



yeke wak!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 11:14 PM | Show all posts
lemau je aku tengok lineup tim nih.takde s.kunalan,shahurain, takde wan zack haikal,syakir saari tu pon takde.ape neh...khyril muhymeen takde
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2009 10:16 PM | Show all posts
masa tgh hari td nampak syed adney kat maxis center sunway pyramid...ada sorang awek dgn dia...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 11:03 AM | Show all posts
syed adney ni hampeh ler bagusla xpilih dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2009 12:23 PM | Show all posts
10# cak!

hampeh ke.. tp aku tgk fizikal dia memang sesuai utk posisi penjaga gol ni pasal dia tinggi. kebanyakan penjaga gol kat malaysia ni pendek2 lh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 06:03 PM | Show all posts
10# cak!  

hampeh ke.. tp aku tgk fizikal dia memang sesuai utk posisi penjaga gol ni pasal dia tinggi. kebanyakan penjaga gol kat malaysia ni pendek2 lh..
along3746 Post at 4-12-2009 12:23


ko mesti xtgk game mesia dia jd keeper..mcm xreti jg gol je..:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 07:58 PM | Show all posts
setuju dgn cak..mmg fizikal dia menampakkan dia sesuai jd keeper...tp reaction dia lembab...tgkla masa dia jd keeper mesia or myteam...byk bola mudah dia x dpt tangkap or tepis....

camnelah bila dia jd keeper kelantan liga super thn depan...hope makin improve la sbb syg lah kan sbb fizikal dah ada....x ramai keeper yg tinggi kat mesia nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.068897 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list