CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2817|Reply: 1

'Tiada batuk darah lagi'

[Copy link]
Post time 28-11-2009 11:42 PM | Show all posts |Read mode
'Tiada batuk darah lagi'Oleh Sakini Mohd Said
[email protected]

Rap
BERITA penyanyi popular, Faizal Tahir dimasukkanke Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada Rabu, 18 November laluakibat jangkitan kuman pada paru-parunya mengejutkan peminat industrihiburan tempatan.
Apatah lagi, ketika itu hanya tinggal beberapa hari lagi bagiFaizal, 31, membuat persiapan untuk beraksi di pentas separuh akhirMuzik-Muzik ke-24 yang berlangsung Jumaat di Sri Pentas 2, Plaza AlamSentral, Shah Alam.

Mempertaruhkan lagu berjudul Bencintaciptaan Audi Mok dan lirik ditulisnya sendiri, Faizal terpaksa akurapabila tahap kesihatannya tidak membenarkan dia beraksi di separuhaksi Muzik-Muzik ke-24 dan digantikan dengan Shila One In A Million 2(OIAM2).

Sekadar menonton program itu di hospital, perasaankecewa kerana tidak dapat beraksi terubat selepas Bencinta berjayamemasuki senarai 14 lagu yang terpilih ke Anugerah Juara Lagu ke-24(AJL24).

Faizal yang keluar dari hospital pada Sabtu, 21November gagal dihubungi untuk mengetahui keadaan semasa. Namun,selepas beberapa kali mencuba menerusi Pengurus Label Monkey Bone,Edris Adrian, akhirnya petang Selasa 24 November lalu Faizal sudimeluangkan sedikit masa untuk ditemubual menerusi panggilan telefon.

Akantetapi, dia menolak untuk berjumpa kerana nasihat doktor yangmenyuruhnya supaya lebih banyak berehat dan kurang bercakapmemandangkan paru-parunya masih lemah.

Beritahu Faizal, diabersyukur kerana keadaan kesihatannya beransur pulih dan batuk darahyang dialaminya sebelum ini sudah tiada lagi.

Namun, rententandaripada itu, Faizal terpaksa bergantung kepada pengambilan ubat yangbanyak setiap hari termasuk antibiotik dan ubat penahan sakit.

"Keadaansaya ketika ini masih lemah terutama di bahagian paru-paru. Disebabkanitu, saya tidak dibenarkan oleh doktor untuk bercakap banyak, membuatkerja berat kerana itu boleh menyebabkan saya cepat mengah.Alhamdulillah, tidak perlu pembedahan kerana tiada kerosakan organdalaman.

"Sepanjang terlantar di hospital, pelbagai rawatantermasuk pemeriksaan darah perlu saya jalani. Mereka juga adamemasukkan kamera kecil ke dalam paru-paru saya untuk mengenal pastikesakitan dada dan batuk darah yang dialami. Selepas beberapa kalipemeriksaan, mereka mengesahkan yang paru-paru saya dijangkiti kuman.




"Syukur ia di tahap awal dan tiada lagi batuk darah cuma sayaperlu berjumpa doktor seminggu sekali untuk mengetahui tahap kesihatan.Kuman di paru-paru masih ada dan disebabkan itu saya perlu mengambilantibiotik untuk menghapuskannya secara berperingkat.



"Ketika ini, saya amat khuatir dengan keadaan pernafasan saya.Akibat jangkitan kuman di paru-paru, secara tidak langsung memberiimplikasi kepada cara saya bernafas. Risau juga kerana pernafasan yangbetul adalah kriteria penting bagi seseorang penyanyi.

"Disebabkanitu, doktor menyarankan saya menjalani rawatan fisioterapi khusus untukpernafasan yang bertujuan mengembalikan tenaga dan bernafas denganbetul. Tetapi, rawatan fisioterapi ini hanya akan diambil selepas semuakuman di paru-paru dapat dihapuskan.

"Saya pun tidak diberikepastian bila kuman itu akan dapat dihapuskan, tetapi saya bersyukurkerana keadaan kesihatan sudah semakin baik," katanya.

Menyentuh sama ada dia akan beraksi di pentas AJL24, beritahu Faizal semuanya bergantung kepada tahap kesihatannya.

Namun, jauh di sudut hati, dia amat berharap dapat beraksi pada malam penentuan itu.

"Sayabersyukur lagu Bencinta berjaya ke final AJL24 dan sejujurnya saya amatberharap dapat beraksi pada hari itu. Tetapi, yang penting saat iniadalah kesihatan selepas karier. Sekiranya kuman dapat dihapus sebelumberlangsung AJL24, belum tentu lagi saya akan beraksi kerana iamemerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

"Tiada persediaan dibuatkerana ketika ini saya banyak berehat untuk dapatkan kembali tenagayang hilang. Mungkin, saya yang akan 'perform' dan mungkin orang lain,semua bergantung pada keadaan. Cuma, saya harap peminat di luar sanadoakan saya semoga cepat sembuh," katanya.

Dalam pada itu,Faizal turut menyangkal pandangan sesetengah pihak yang mempertikaikemampuan Shila OIAM2 ketika mempersembahkan lagu Bencinta di separuhakhir Muzik-Muzik ke-24.

Ujarnya, mereka yang beranggapan sebegitu, tidak terbuka minda, malah kurang arif dalam menilai kemampuan seseorang penyanyi.

"Shilamempunyai cara tersendiri ketika menyampaikan lagu Bencinta dandisebabkan itu kami memilih dia. Bagi saya, dia sudah melakukan yangterbaik tanpa meniru gaya saya. "Begitu juga dengan saya ketikamenyanyikan lagu orang lain, perlu mengikut cara tersendiri dan tidakterpengaruh dengan gaya penyanyi asal. Lagipun, saya lihat Shilaseorang penyanyi berbakat besar yang mempunyai masa depan cerah dalamindustri ini," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2017 06:27 PM | Show all posts
The scholarship is the sole reason many students pay the fees to take the PSAT and SAT, because more colleges are interested in the ACT. There are fees for the PSAT and SAT. Yet the awards stay stagnant.
It's a money making scheme more than it's helpful to students.
Contact writemyessay24h service.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.330994 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list