CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45230|Reply: 258

Cinta di Akhir Garisan.. Ibarat Retak Menanti Belah...

 Close [Copy link]
Post time 8-10-2009 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Sekian lama aku menjadi silence reader dekat forum ni akhirnya aku terpaksa meluahkan masalah yang aku pikul hampir 3 tahun ni.. Ceritanya bermula sekitar Ramadhan 2007 yang lalu apabila Hubby yang aku sayangi menyatakan bahawa selain aku dia mempunyai org lain.. Masa tu tuhan aje yang tahu hancur luluh perasaan aku.. Masa tu aku baru jer 3-4 bulan mendirikan umah tangga.. Kami bernikah setelah hampir 8 tahun bercinta.. Sejak hari itu hidup aku tidak keruan dan hampir setiap hari kami bergaduh hinggakan Hubby tersasar dan melafazkan talak 1 keatas ku... Namun disebabkan sayang kami rujuk semula setelah hampir 2 bulan berpisah withaout pengetahuan sesapa termasuk family aku & Hubby.. Sejak bersama semula aku rasa ada kelainan & Hubby berubah menjadi sangat baik.. Tiada apa yang dapat aku ucapkan melainkan memanjatkan kesyukuran.. Namun  ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.. Rupanya dalam masa kami berpisah Hubby telah bertunang dengan perempuan yang pernah diceritakan pada aku sebelum ni.. Lagi sekali aku meroyan namum aku tak der bukti apa2 utk pertahankan Hak aku..

Hubby tidak mendaftarkan perihal rujuk kami di mahkamah syariah.. sebaliknya menggunakan surat akuan bercerai sebagai platform utk bernikah dengan betina tu.. Puas aku mendesak tp ibarat mencurah air di daun keladi jer.. Cuma satu jer yang dia cakap dia akan selesaikan semuanya bila tiba masa & saat nya.. Aku cuma mampu berdoa supaya dia tak jadi kawen.. Tapi doaku tidak dimakbulkan tuhan diaorg akhirnya bersatu di dlm satu majlis yang sangat gilang gemilang diraikan oleh ke 2-2 belah pihak.. Masa ni aku nekad utk terus hilang dari hidup dia.. Aku berjaya melarikan diri.. aku tukar no telephone supaya dia tak dpat nak contact aku lagi tapi semua tu hanyalah sementara jer.. Dia berjaya menjejaki aku , merayu , meratap & menangis supaya aku kembali kepada dia.. Dia berjanji akan menyelesaikan semuanya secepat mungkin & akhirnya kami sekali lagi ke mahkamah syariah utk menyelesaikan semuanya tapi still lagi di luar pengetahuan keluarga kecuali kakak dia ... Aku berjaya mendapatkan surat akaun ruju' dan kami kembali bersama di luar pengetahuan betina tu.. ( sambung nanti)..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2009 10:14 AM | Show all posts
tak sabar nak tau citer selanjutnya....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 10:22 AM | Show all posts
ada sambung plak dah
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 11:04 AM | Show all posts
ish..suspen dah ni..

tapi kan..hubby ko ni.. pelik ah..
dah tau nak rujuk..buat ape pulak bertunang ngan minah tu..?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 11:16 AM | Show all posts
sabar2 kita tunggu sambungan nyer. jangan speku lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2009 11:45 AM | Show all posts
Ada sambungnya coz kisah ni dah berlarutan smpai 3 thn.. Ni aku citer dr awal supaya senang nak sume nak paham...

Tu ler yang aku conpused & jadi bodoh dia dah ruju' ngan aku tp siap bertunang dan akhirnya kawen gak ngan betina tu sekitar End of May 2008.. Mulanya aku tak tau dia nk kawen tp setelah aku bongkar 1 demi satu akhirnya dia mengaku.. Masa tu aku dah pun ruju' dlm erti kata lain nasi dah jadi bubur.. So disinilah bermula la era derita & sengsara hidup aku...

Padamulanya kami sume duduk berasingan so mmg senang la laki aku nak adjust & memainkan peranan penipu dia tu.. mg ni alik umah aku mg depan alik umah lagi satu.. Tapi selang beberapa bulan si betina tu mintak tukar duduk sekali ngan hubby kt utara sana nun coz diorg sama-sama keje ala2 gomen aku ni keje swasta so aku decide walau apa pun jadi aku mesti ada pendapatan sendiri walau pun gaji aku tak banyak mcm diorg tuh.. aku pikir kalau apa2 jd pas ni aku tak la mati tak makan @ nyusahkan parent aku pulak kan....

Oleh kerana menunaikan janji dia pada aku. laki aku telah berterus terang dengan betina tu bahawa dia adalah isteri yang ke-2. Per lagi tercetus la perang dunia ke 10. Tp time tu aku dah tak rasa apa dah bg aku lantak la apa nak jadi aku kena kuatkan semangat.. Laki aku time tu mmg nampak sayang kt aku .. walau apa pun wekend dia ttp akan dtg jumpa aku.. Famili dia dah tak mau amik port dah diorg suruh laki aku settle kan sendiri... Aku pun tak tau kisah Famili laki aku lepas diorg dah tau aku dah ruju' semula ngan laki aku..

Memang time tu diorg dah gadoh beso la... siap nak bercerai la konon tapi tak pun last2 aku gak mkn hati..Laki aku pulak nampak la perubahan nya dr liat nak semayang rajin la sikit.. mgkin da tak tahan dgn tekanan & tak der tempat nak mengadu la tuh kan.. Teruns terang aku ckp dr segi duit mmg laki aku tak mampu.. selama ni aku hidup dgn duit aku & dia pun tumpang hidup ngan duit aku gak ( Bodoh gak aku rasa coz bg dia pinjam duit tp tak ganti ) kadang2 ada la dia bg aku 100-200 buat belanja tp end of month pinjam alik..serupa tak der kan.. Tp bukan itu yg nak aku citerkan..

Nak dijadikan citer .. Pompuan tu pun pegnen & selang beberapa bulan aku lak pregnant tapi sebelum aku pregnant ada kisah duka nak aku share kan kt sini. Di awal perkahwinan laki aku cakap dia tak mo ada baby lg coz nak hidup ber 2 dulu kononnya.. dia tetapkan setahun untuk ada anak dgn aku.. Masa tu tuhan je yg tau sedihnya hati aku bila dia ckp mcm tu.. Dah aku malas nak gaduh lagi pun benda2 mcm ni bukan boleh tetiba je kalau nak dapat kan.. so aku bersabar tp yang aku pelik dengan betina tu tak der la pulak dia tetapkan setahun ker apa nak ada anak tup2 boleh jer.. Tu dah buat aku jadi marah dah tu.. Disebabkan aku jenis lembut hati aku diamkan ajer. kalau aku cakap dia pulak naik meroyan balik mcm aku yang salah... skang aku dah 8 bulan pregnant almost cek up ker apa ker sume aku pg sendirik.. Bagi aku ini anak aku biar aku yang uruskan sume tp bila dah sarat2 mcm ni aku nak juga dia ada. aku pun dah rasa tak larat sesangat dah ni.... Tp bg dia kalau ada masa ada lah klu tak tak der la aku boleh dgn dia.. Tu pun dia tak leh paham apa aku rasa.. Aku nyaris kena sawan babi sebab terlalu pressure.. bg laki aku dia jauh so kalau apa aku kena selesaikan sendiri sebelum dia dtg.. Boleh ker mcm ni???

letih aku type ni nanti aku sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2009 12:26 PM | Show all posts
apa yg ko nak dlm idup ko skang??
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 12:41 PM | Show all posts
mana sambungannye.....?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2009 12:46 PM | Show all posts
ok aku sambung alik..

Setiap kali laki aku dtg jumpa aku betina tu start meroyan la.. padahal dah sah dlm semniggu 5 hari laki aku ngan dia dah tu wekeng pun tak semua wekend laki aku dengan aku.. Bila laki aku dtg alik jumpa aku dia mula la sms mcm2.. dia ckp laki aku asik menangkan aku.. biar dia kan dia anak beranak... Macam sial je .. Dah mcm aku pulak yang amik laki dia.. Tu jenis spesis tak bersyukur.. sepanjang aku kawen aku tak merasa lagi hidup sebumbung dgn laki aku mcm dia.. boleh duduk sekali alasan laki aku bg diorg keje sama.. ok Fine abis aku ni siapa??? Siap betina tu panggil aku lak PENIPU padalah yang menipu tu saper??? Laki dia jugak.. eh lupe nak ckp pompuan tu dah selmat beranak so anak dia dah 3-4 bulan kot skang ni.. Ntah la aku malas nak amik tau menyakitkan hati jer...

kalau korang nak tau masuk ni dah 2 kali aku raya sorang.. Thn lepas laki aku ckp famili dia tak tau tp tahun ni dia terpaksa coz ada baby.. Aku diam kan ajer.. mmg aku nagis tp tak der saper tau.. Raya ke 2 dua kul 4 pagi baru la laki aku dtg pas tu terus alik kg aku.. Yang sebenrnya parent aku pun tak tau aku dah bermadu.. Bukan aku tak mo bg tau tp memandang kesihatan diorg tak menginzinkan aku terpaksa berahsia.. kang tetiba aku bg tau kang mau lak bapak aku mati terkezutt coz laki aku ni punyerlah baik depan diorg.. Sume benda dia buat pendek kata mmg tak nampak la cacat- cela laki aku nih....

Ntah la skang ni aku rasa down sgt.. 2 hari lepas aku jatuh tangga mujur la tak der apa sangat.. aku bg tau laki aku .. aku mengadu la yang aku sakit. tp dia senyap jer dia kata time tu dia dah tertido coz dia tak sihat.. Aku nak percaya pun buang karen ajer.. Tiba2 dia jadik tensen coz dia kata dia jauh pas tu aku pulak mcm2...  ingat aku ni suka2 buang diri kat tangga tu.. Boleh dia kata kalau aku nak mintak fasakh ckp jer dia  kata dia dah tak larat nak layan kerenah aku ngan pompuan tu.. dia kata nak hidup sorang senang.. Padahal yang bawak sume masalah ni dialah orgnya.. Kt sini aku duduk sewa bilik jer..  sakit pening aku sorang jer la kadang2 ada la adik aku dtg.. Tp diorg kat sana siap dok apartment , ada guard bagai.. sume kemudahan ada.. Bila aku cakap ngan laki aku dia kata tu sume dia share ngan pompuan tu.. Abis tu ngan aku tak boleh lak nak share sewa umah sebiji yang selesa utk aku ngan baby nanti..

Tu tak masuk hal2 lain.. boleh la pulak betina tu cakap time nak balik jumpa aku ada jer duit tp duduk sana tak der duit plak.. Padahal duit tol + minyak laki aku balik sini selama ni aku gak yang bg.. Aku rasa aku dah tak tahan tapi aku tak tau nak buat apa lagi dah.. Tak kan aku nak mintak fasakh skang nak pg keje pun aku dah tak larat.. Nanti kesian pulak anak aku jadi anak yatim walau pun bapaknya masih hidup... Macam2 berselirat dalam otak aku ni... tu yang nyaris nak kena sawan babi tuh.. Laki aku pun dah mcm org tak betui sebab pressure yang dia cari lah tu kan...

nanti aku sambung lg....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 12:48 PM | Show all posts
siannya...senasib ngan kakak saya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 01:53 PM | Show all posts
kesiannyeee....napa masih bertahan lagi??...u da ade anak ke??..

hmm...org laki ni..dier tau org pempuan ni kalo marah mcmane pun biler di pujuk cair gak...tu psl dier xserik2 buat perangai...:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 02:06 PM | Show all posts
lelaki jenis macam nie yang tidak patut berpoligami sebab dia tak pandai bertegas dan jauh sekali untuk berlaku adil.. find someone that close tu macam mak ke atau adik share your problem.. sebaiknya biarla ahli keluarga awak tau pasal ni sekurang-kurangnya dorang boleh bantu terutama sekali bila ada baby nanti.. pssst.. kalau madu awak call awak reject call jer bukannya susah pun biar dia tambah meroyan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 02:21 PM | Show all posts
ya Allah, trauma aku..

xnak kawin :kant:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2009 02:35 PM | Show all posts
Bukan sengaja aku tak nak kasi tau family.. Tapi  sebelum ni aku pernah dijatuhkan talak..  Bila ruju' alik parent aku lah org paling hepi.. Ni tambah2 pulak aku nak dapat baby lagilah diorg suka.. Aku skang ni pun mmg tahap dah tak larat sgt  ni.. Pg alik keje naik kenderaan train.. Letihnya tuhan jer yang tau.. Tp aku bukan nak bersungut sekurang2 nanti aku ada anak yang boleh buat duka lara aku ni luput sekejap.. niway tq ek kakayau atas advised tu.. Memang skang ni aku hadapi sume ni  sorang tak de tempat nak luah sebab tu la aku masuk forum ni.. Pengalaman bercerai 2 bulan tu bukan mudah aku lalui.. perit sesangat rasanya...

Sebenarnya apa yang aku nak dalam hidup aku  buat masa ni ialah perhatian dari laki aku.. Pas tu keadilan & hak aku sebagai isteri.. lagi satu paling penting hak kasih sayang untuk bakal anak aku.. serta keperluan basic hidup yang lain.. Kalau dia tak mampu beli umah utk aku share la sewa umah yang selesa utk aku dgn anak tu jer.. koarang rasa berat ke permintaan aku ni??? susah sgt ker sampai laki aku cakap dia tak mampu sebab aku tak sabar.. Harus ker aku sabar lagi bila dah jadi mcm ni?? balik-balik aku yg mkn hati.. Bila dah deliver nanti aku pikir saper lak yang nak jaga anak aku time aku keje.. Nak antar jauh2  aku tak der kete nak tinggal kt kg aku tak sanggup berpisah ngan  baby aku.. Aku takut dia tak sayangkan aku nanti... sume sekarang ni serba salah.. Aku tertekan.. Mmg la laki aku ada jenguk aku tp apalah sangat dtg hr sabtu hari ahd dah balik.. nak ajak kesana kemari beli brg pun tak sempat ditambah pulak ngan kedudukan ekonomi yang tak stabil skang nih..

lagi satu aku malu ngan famili aku sebab laki aku buat aku mcm ni.. sume kengkawan aku ingat aku hepi ngan laki aku sebab sebelum kawin 7-8 tahun kita org couple.. since dari study lagi.. Ntah la aku tak tau kenapa tetiba lelaki sebaik dia boleh berubah disebabkan pompuan lain.. Masa susah dia dengan aku.. bila dah senang sikit, dah keje boleh dia buat aku mcm ni... Sebenarnya aku sendirik tak tau apa yang patut aku wat skang...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 02:42 PM | Show all posts
buat apa la nak malu dengan famili sendiri.. selalunya family yang mampu menerima awak seada-adanya.. percayalah mungkin situasi kita berbeza tapi kita ni sebagai perempuan dengan siapa kita kawen atau sejauh mana kita pergi bila ada masalah selalunya family yang dengan tangan terbuka cuba membantu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 02:49 PM | Show all posts
kalau rasa nak cerai... kena kuatkan diri... jgn asek nak meleleh je ngan laki...

kalau nak stay... sila tuntut hak... kalau yg sana leh share sewa apartment... ko pun kena share sewa umah yg selesa tuk ko n baby...umah yg ade 1 bilik pun da ok utk sementara neh... kelengkapan baby make sure 100% hb yg tanggung yer...

kalau hb kata ko menyusahkan dia... harap maklum... dia da tak perlukan ko lam idup dia... toksah nak terhegeh2 nak merayu bagai... siyes aku benci jantan cenggini... buntingkan anak org je yg reti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2009 03:01 PM | Show all posts
huhu...betul tu..
nape nk malu ngan famili sendiri,percayalah kalau ko cerita dgn famili atau mentua sekurang2 mereka tahu apa yg terjadi. pasti tekananan yg ko alami akan reda sedikit..ni ko telan sorang2..ergghh..takut ko meroyan nanti..ada baiknya ko cerita dr A-Z.seburuk2 @ sejahat mana..insyallah famili akan terima kenyataan ini.
kesian kan diri ko dahulu,kalau asik fikirkan apa org sekeliling kata,,suka duka ko yg lalu sensorang. maaflah lah aku ckp..somi ko zalim buat ko cam ni.x bertegas & tidak adil dlm menangani masalh poligami. sbb ko isteri pertama..seolah2 ko yg menumpang kasih.kalau semua urusan dibuat sendiri..aduh baik x yah bersomi begini ..mkn hati ulam jantung..sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 03:09 PM | Show all posts
kadang2 kan... kupikir... suami2 yg hanya taw buntingkan bini tapi tak reti nak sediakan keperluan asas n jaga sakit pening bini ni setarap je ngan hewan yg cuma reti buntingkan hewan lain...makan... tido... pastu ulang balik rutin yg sama...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 03:53 PM | Show all posts
cian......byk2 bersabar ye cecibo
misti ada jln penyelesaiannya nanti
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 04:03 PM | Show all posts
sedih aku baca kisah ni. tp nasihat aku... berterus terangla.. berbincang dgn suami. by hook or by crook dia kene adil. dia yg gatal nk kawin dua kan. klau dia kata tak mampu nk sara ko and anak... n kata ko nyusahkan dia. sudahla. watpe ko abiskan masa ko meratap pasal dia. takde pekdah. memang pedih... tp better than ko merana mcm ni. takyahla pk taknak cerai sbb kesiankan anak tak dpt kasih sayang bapak dia nanti. ko kene pk jugak.. klau ko tak cerai... ko sendiri dah makan ati. ko sanggup nk heret anak ko skali makan ati mcm ko? better cerai bebetul... and anak ko faham awal2... so dia mmg takkan expect lelebih dari bapak dia tu. takdela kecewa sangat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.081379 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list