CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12485|Reply: 36

Siti = Biduanita Negara?

[Copy link]
Post time 18-9-2009 12:54 PM | Show all posts |Read mode


KL, 18 SEPTEMBER 2009:  Sebelum ini, Murai Batu pernah mengetengahkan mengenai pencapaian penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin, tentang kehebatannya memonopoli banyak anugerah.

Tak kiralah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Anugerah Industri Muzik (AIM) mahu pun Anugerah Planet Muzik (APM), semuanya banyak yang Siti dah sapu sampaikan orang lain pun susah nak atasi rekod kejayaannya.

Terbaru tentang Siti, Murai Batu dapat tahu saluran berita yang semakin popular, Astro Awani melalui program Gala TV telah menerbitkan slot khas yang menonjolkan perjalanan kejayaan Siti dalam bidang seni.

Difahamkan, slot itu dibuat untuk tayangan pada 1 Syawal ini pada jam 3.30 petang. Menerusi slot itu, ia bakal mengutarakan isu adakah Siti sudah patut digelar Biduanita Negara atau gelaran itu masih terlalu awal?

Bersandarkan isu tersebut, pendapat suara orang-orang dalam industri hiburan telah diperoleh seperti Pat Taufik, Aubrey Suwito dan Dato' Suhaimi Md Zain (Pak Ngah). Ia turut mendapat respon daripada rakan artis seperti Faizal Tahir, Datin Seri Tiara Jacquelina, Rostam Sinar FM (Pak Tam) dan kakak ipar Siti sendiri iaitu Rozi.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda bersetuju atau tidak dengan gelaran itu? Setakat ini kita sudah ada Biduanita Negara iaitu Allahyarham Puan Sri Saloma, Allahyarham Datin Rafeah Buang dan Datuk Sharifah Aini.

Kalau ada sedar, ketika ini juga Siti telah mendapat satu 'saluran khas' di Astro yang menyajikan lagu-lagu popular nyanyian Siti serta rakaman beberapa konsertnya. Itu juga khabarnya telah menimbulkan isu di kalangan pihak tertentu yang merasakan Siti dilayan seperti anak emas.


MURAI BATU: Kenapa belum ada konsert tribute di Istana Budaya untuk mengenang kehebatan lagu-lagu Datin Rafeah Buang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2009 01:03 PM | Show all posts
Datin Seri Hajjah [Dato'] Siti Nurhaliza deserve to get it...
Beliau layak utk dilayan spt ANAK EMAS...
Setanding ngan Tan Sri SM Salim, Anita Sarawak [The Next Dato' - coming soon], Datuk Yusni Hamid, Datuk Shake, Datuk Sheila Majid & bbrp DIVA t'sohor lg...

"Itu juga khabarnya telah menimbulkan isu di kalangan pihak tertentu yang merasakan Siti dilayan seperti anak emas" - Murai.com

Knape nk menafikn k'hebatan beliau & itu rezeki beliau...
Beliau sgt sabar utk harungi dunia seni nie...
So, she get what have she done...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 01:10 PM | Show all posts
sangat patut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2009 01:17 PM | Show all posts
nama siti nurhaliza sudah terlampau kukuh dipersada seni sehingga xde sape yg boleh menafikannya..

siti deserves what she got now..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 01:18 PM | Show all posts
setuju2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 01:22 PM | Show all posts
mmg layak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2009 01:58 PM | Show all posts
Memang dah layak...

Siti - Artis termuda dapat gelaran Dato'
(Hanya beberapa tahun lepak Tok' Pah dpt....geram bermula)

Siti - Biduanita NEgara
(Kak Pah antra masih hidup....pun Siti nak dapat nie...masa muda lagik....makin meroyan la tokpah)

Aku rasa Siti akan jadi Artis Termuda memegang gelaran Tan Seri
Artis termuda mendapat pengiktirafan Anugerah Wirama kat AIM...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 02:08 PM | Show all posts
Memang dah layak...

Siti - Artis termuda dapat gelaran Dato'
(Hanya beberapa tahun lepak Tok' Pah dpt....geram bermula)

Siti - Biduanita NEgara
(Kak Pah antra masih hidup....pun Siti nak dapat nie...masa muda lagik....makin meroyan la tokpah)

Aku rasa Siti akan jadi Artis Termuda memegang gelaran Tan Seri
Artis termuda mendapat pengiktirafan Anugerah Wirama kat AIM...

ColbyRaikkonen Post at 18-9-2009 13:58


aku sokong ngan ko...
statement ko panasss gile...
Berasap la ponggong gedabak c Sepah tue... kui kui kui....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2009 03:19 PM | Show all posts
aku sokong ngan ko...
statement ko panasss gile...
Berasap la ponggong gedabak c Sepah tue... kui kui kui....
ezal Post at 18-9-2009 14:08


x takut ke nanti kena saman....mampuih naik turun court
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2009 03:23 PM | Show all posts
pikir saman dia jek?

saman kita?hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 03:27 PM | Show all posts
harus la layak. patutnye gelaran ni dah diberi beberapa tahun yg lalu! motif baru skrg nak beri?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 04:01 PM | Show all posts
3 tahun akan datang....

Kita bagi pulak pengiktirafan....Lagenda Seni malaysia!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 05:26 PM | Show all posts
Bab kata 3daratiga yg study kt US yg slalu upload youtube TokTi tu..

"Di kalangan orang industry disini(US) menyedari siapa Siti Nurhaliza. Ada satu istilah yang orang sini guna untuk rujuk pada artis asia yang tertentu iaitu "the untouchables"; antara nya Kitaro, Asha Boshle, AR Rahman dan dah tentunya kini Siti Nurhaliza. Bermakna mereka ini amat dihormati di tempatnya, dengan musiknya tersendiri, dan itu amat dipandang tinggi di sini.

Cayalah DCT termasuk gak, ni msti psl konsert RAH...tp dorg x tau SATU lg hebat

p/s: 3daratiga ni saper? de msk porum ni x?...hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2009 06:08 PM | Show all posts
aku rase kalo 3daratiga tuh masuk cari,mesti nick nye pun 3daratiga gak kot..hehe..

papepun ct the untouchables!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 06:44 PM | Show all posts
wartawan pon ade gelar siti biduanita muda negara...of coursela die layak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 07:20 PM | Show all posts
giler la
curlassst tok ti...ak arap tok ti diingati smpi bile2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2009 09:17 PM | Show all posts
terlebih layak la...
bukan rasa lagi dah tapi memang kompom dari aku!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 10:57 PM | Show all posts
dari statement aku di FB


>> berbalas petanyaan dari MURAI.Com.My... TAK KESAHLAH DATO SITI NURHALIZA LAYAK KE TIDAK UNTUK DIGELAR BIDUANITA NEGARA!, KERANA BELIAU SEMEMANGNYA SUDAH MENCAPAI POSISI YANG SUDAH SEMEMANGNYA ARTIS LAIN SUSAH NAK KECAPI SEPERTI BELIAU!... all the best dato siti nurhaliza.... u are my truly penghibur kesayangan semua!...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 11:24 PM | Show all posts
apa ciri2 biduanita sebelum ni ek cm Pn Sri saloma, Rafeah Buang n bla2 x sure sapa lg?? mesti kna suara sedap, femes, lawa, kaya, di hormati,...apa lg ek??..semo ni kn Tok Ti dh ada, malah lbey dr cukup pn..cma usia jer msh muda..tp tu bkn alasan la, cm sukan pn Dato' Nicole David sudah diiktiraf lagenda kn wlupn msh agak baru n muda bbnding atlet lain..So di sini masa n usia bkn halangan utk diiktiraf jika krateria yg dicari dh ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2009 11:24 PM | Show all posts
aku sokong ko khy!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.440457 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list