View: 3167|Reply: 9
|
Kita tak sepatutnya bertemu, kan?
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by homer_simpson at 14-9-2009 01:35
Kita tak sepatutnya bertemu, kan? Semuanya secara kebetulan. Kalau saya tak ceritakan tentang awak dekat kawan saya, tentu semua ni tak kan berlaku, kan?
Mula-mula kita kenal, hanya melalui e-mail. Semua atas jasa rakan baik kita, kan? Kalau nak harapkan diri sendiri memang tak mungkin berlaku.Secara kebetulan kawan baik awak jugak kawan kepada kawan baik saya. Maka macam dikatakan tadi, semua secara kebetulan. Mula-mula kita dingin, tak tahu nak mulakan. Awak dengan cara awak, saya dengan cara saya. Lagipun saya segan nak kacau awak. Ya lah, awak budak baik, saya budak jahat. Mesti susah kan? Tapi saya nak jugak kawan dengan awak. Dengan pertolongan kawan kita, saya dapat e-mail awak. Mula-mula saya cuba selalu "failed". Puas saya cuba, langsung tak dapat jugak. Saya mengadu kat kawan saya, rupa-rupa saya tak letak ".my". Malunya saya.
Bila saya dapat e-mail awak, mesti saya gembira sangat-sangat. Kalau boleh 24 jam saya nak duduk depan komputer. Masa tu "handphone" belum senang nak dapat. E-mail je yang ada. Nak telefon awak segan. Maklumlah, awak baik, saya jahat. Ada satu masa, awak tak balas e-mail saya. Saya tunggu. Dan tunggu. Dan tunggu lagi. Saya ingat awak dah lupakan saya. Tup-tup awak hantar e-mail. Dan saya suka sangat baca e-mail tu sebab awak cakap nak kenal lagi rapat. Saya sengih sorang-sorang depan komputer. Saya simpan e-mail awak baik-baik. Bila"online", mesti saya baca.
Lepas tu sekolah pun mula. Walaupun satu sekolah, kita tetap payah nak jumpa kan? Lagipun awak budak asrama, mesti sentiasa sibuk. Tiba-tiba awak beli "handphone". Kita pun dah berhenti e-mail. Main SMS lak. Seronokkan, tiap hujung minggu kita dapat SMS. SMS je lah, nak "call" tak berani. Saya kan pemalu. Tapi memang tak puas. Sebab awak budak asrama, jadi masa sekolah tak dapat la nak SMS. Terpaksa tunggu hujung minggu. Bosan sangat.
Tiba-tiba awak cakap awak nak keluar asrama. Saya tak tahu nak cakap apa masa tu. Dalam hati Tuhan je yang tahu. Lepas awak keluar asrama, kita bukan main ligat lagikan SMS. Satu hari, saya beranikan diri, saya telefon awak. Mula-mula memang malu kan. Tapi malu pun habis jugak kredit saya 10 ringgit. Kelakar kan. Tapi tak kesah lah kredit habis pun, asal dapat dengar suara awak.
Awak ingat? Hari raya saya jumpa awak. Saya malu sangat nak cakap dengan awak. Awak cantik hari tu, baju kurung biru muda. Tak tahu nak gambarkan perasaan saya bila tengok awak. Rasa macam bercahaya. Hehe.Tapi saya tak dapat nak bukak mulut untuk cakap awak cantik. Maaf, saya buat awak bosan. 1 jam kita tak cakap apa-apa kan. Kawan-kawan kita je yang cakap. Lepas tu awak pun balik. Dekat rumah baru saya SMS awak cakap "sorry". Kelakar kan, tapi tu lah saya, pemalu sangat-sangat...
Seronok kan masa-masa tu? Tapi, langit tak selalunya cerah... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by homer_simpson at 17-9-2009 00:55
Awak, ingat lagi tak drama "Kiamat Sudah Dekat"? Mesti awak dah lupakan? Tapi saya masih ingat lagi. Tak kan saya lupa. Drama tu masa bulan puasa kan, saya suka sangat tengok. Kenapa? Sebab betul-betul macam cerita kita. Saya selalu kaitkan cerita tu dengan hidup kita. Kononnya saya Fendy, awak pulak Sara. Ye lah, dalam tu Sara baik, Fendy pulak liar. Macam lah kita kan. Tapi Sara dan Fendy kahwin jugak kan. Kita? Jauh panggang dari api. Tapi saya seronok sangat. Masa tu kita tak rapat lagi kan. Baru mula nak kenal.
Banyakkan kenangan kita. Walaupun kita sempat kenal sekejap je, tapi macam-macam yang dah kita lalui. Kita suka main "miscall" kan. Kadang-kadang sampai berbelas kali. Saya ingat lagi pertama kali awak hantar SMS jiwang dekat saya. Sengih sorang-sorang tau baca. Terus save! Suka sangat-sangat. Masa tu saya mula yakin, saya tak bertepuk sebelah tangan. Tapi saya simpan dulu perasaan saya. Saya takut awak tak senada dengan saya.
Awak mesti dah lupa kan, masa hari jadi saya dulu, awak SMS saya tepat pukul 12. Awak cakap awak nak jadi yang pertama. Saya suka sangat-sangat. Walaupun masa tu bukan cuti, tapi awak sanggup tidur lewat, semata-mata untuk gembirakan saya. Dan saya sangat gembira. Takada hadiah yang saya harap selain tu...
Satu lagi yang saya tak boleh lupa, masa sekolah dulu. Setiap pagi mesti saya datang awal sekolah. Kenapa? Sebab awak datang sekolah awal sangat. Jadi untuk nampak muka awak, saya terpaksa datang awal... Kawan-kawan saya pun pelik kenapa saya datang awal. Tapi tak kisah lah apa yang diorang nak cakap. Asal saya dapat tengok awak. Awak comel, macam kuih pau. Hehe...
Masa tingkatan 5, saya belajar pasal Puteri Li Po. Sejak dari tu saya selalu panggil awak Li Po kan. Awak macam Cina, jadi sesuai lah Li Po tu dengan awak. Awak "blur". Tak faham apa tu Li Po. Tapi saya senyum je. Biar awak tau sendiri. Dan awak pun ada tulis 1 ayat pada saya kan.Dalam bahasa hindustan. Puas saya tanya orang tau, akhirnya tau jugak. Dan maksudnya memang best. Lebih-lebih lagi awak yang hantar.
Pernah satu masa tu, ada iklan yang modelnya betul-betul macam muka awak. Saya suka sangat tengok. Saya cari dalam internet, dan gambar tu saya save dalam handphone. Sangat comel. Macam awak la...
Bila saya ingat balik semua yang kita lalui, tak sangka langsung akhirnya kita macam ni. Tu lah kan, bila kita dah bertemu, mesti kita akan berpisah jugak kan?
(bersambung) |
|
|
|
|
|
|
|
menarik............ |
|
|
|
|
|
|
|
Hari raya tu memang menakjubkan, betul tak? Dalam satu hari, semua yang kita ada selama setahun, hilang macam tu je kan? Hari raya yang mana saya dah buat satu kesilapan paling besar dalam hidup saya. Saya gopoh. Saya tak sabar. Saya beritahu awak saya sukakan awak. Awak terkejut. Awak cakap yang awak belum sedia lagi. Saya sedih, tapi tak mengapalah, saya tahu saya tak layak...
Sejak dari tu kita memang dah tak macam dulu kan. Semua rasa tak kena. SMS pun dah kurang. Awak ingat lagi Friendster? Saya selalu rasa istimewa bila buka Friendster. Kenapa? Sebab saya lah satunya lelaki yang ada dalam Top Friends awak. Tapi lepas peristiwa hari raya tu, awak dah buang nama saya kan? Mula-mula saya tanya awak, saya ingat lagi apa yang awak bagitahu saya...
"Walaupun awak tak ada dalam Top Friends saya, awak tetap kawan saya yang paling rapat dalam hati saya....."
Saya tak tahu macam mana perasaan saya hari tu. Gembira kerana saya paling rapat dengan awak? Atau sedih sebab itu sahaja yang saya dapat...
Satu hari, kita gaduh kan. Entah apa sebab nya, akhirnya awak pun bagi tahu saya sesuatu. Awak mengaku yang awak pun suka kan saya. Tapi semua dah terlambatkan? Tak lagi macam dulu. Saya rasa macam dipermainkan. Ya lah, masa saya sukakan awak, awak tolak. Sekarang bila saya dah boleh terima awak sebagai hanya kawan saya, awak mengaku yang awak sukakan saya. Kelakar kan?
Sekarang memang kita dah macam tak pernah kenal kan? SMS pun dah tak ada lagi. Kita pun dah bawa diri masing-masing. Awak di sana, saya pulak di sini. Cita-cita awak nak jadi doktor kan, saya harap awak berjaya...
Hidup bersama awak memang dah mengukir satu tanda dalam hati saya. Tak pernah saya rasa macam ni. Rasa rindu pada sesuatu yang saya tak mungkin akan dapat... Saya memang betul-betul terkesan. Saya jadi tak tentu arah bila ingat kan awak.
Saban malam, saya berdoa pada Tuhan agar dihilangkan cinta saya pada awak. Tapi semakin kuat saya menyebut, "Hilangkan dia dari hatiku", semakin ingat saya pada awak...
Sampai sekarang saya tetap tak boleh buang awak dari hidup saya. Banyak yang saya belajar dari pengalaman saya ni. Hidup ni memang macam Rollercoaster kan, mula-mula kita naik, dan naik, dan naik, sampai ke puncak. Kemudian kita jatuh, dan jatuh, terus jatuh, dan tersungkur...
Pelik kan, baru tahun lepas kita macam belangkas. Tapi hari ini kita dah macam dua manusia yang tak pernah bertemu.
Kalau awak baca apa yang saya tulis ni, mesti awak tanya kenapa kan? Kenapa nak ungkit balik kisah lama, betul tak?
Saya tulis bukanlah suka-suka. Tapi saya nak berkongsi dengan orang lain pengajaran yang berharga dalam hidup. Kebahagiaan yang datang dengan tiba-tiba, mungkin juga akan hilang dengan tiba-tiba. Kan? Kita lah buktinya.
Manusia tak mungkin dapat mengatur nasib hidupnya. Kita boleh merancang apa yang kita mahu, tapi tak semestinya yang kita rancang itu akan jadi...
Saya harap awak akan bahagia dengan apa yang awak ada sekarang. Walaupun awak tak ada dekat dengan saya, tapi saya sentiasa ada awak di hati saya.
Awak lah yang pertama ajar saya apa itu rindu. Awak lah yang pertama ajar saya apa itu sedih. Awak lah yang ajar saya apa itu persahabatan. Awak lah yang pertama ajar saya apa itu perpisahan...
Terima kasih, atas segalanya....
TAMAT LAH SUDAH SEBUAH CERITA TIPU. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. SEKIAN. |
|
|
|
|
|
|
|
no , it is a make - up story , really..., u sure?
tapi napa bait bait akhir tu like really you know touching
well....in relationship landaskan semua lillahi taala ....so apa apun redha...yesss....it takes so much but redha...ikhlas ... |
|
|
|
|
|
|
|
kelakonya... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|