|
Pacific Airlift Rally 2009
Co-hosted by the U.S. and Royal Malaysian Air Forces.
Rally events include an international seminar, a tabletop exercise focusing on humanitarian assistance and disaster relief coordination between the multiple countries, and field training exercises relating to the tabletop exercise scenario.
Tabletop exercise participants include Australia, Bangladesh, Brunei, Cambodia, Canada, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Nepal, New Zealand, Papua New Guinea, the Philippines, Singapore, South Korea, Sri Lanka, Thailand, Tonga, the United States and Vietnam.
Field training exercise participants include three C-130 Hercules from the 374th Airlift Wing at Yokota Air Base, Japan, an An32- from the Bangladesh Air Force, and one C-130 each from the RMAF, Royal Australian Air Force, Republic of Singapore Air Force and Royal New Zealand Air Force.
Pacific Airlift Rally enhances military airlift interoperability and builds partnerships between nations in the Pacific region, with a focus on humanitarian assistance and disaster relief operations.
Latihan Udara Pacific Airlift Rally 2009
Subang 17 Ogos – Latihan Udara, Pacific Airlift Rally 2009, anjuran bersama oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Udara Diraja Malaysia sedang dilaksanakan bermula pada 17 Ogos hingga 21 Ogos 2009 di Pangkalan Udara Subang, Shah Alam Selangor, Malaysia.
Pacific Airlift Rally merupakan latihan bersama pengangkutan udara melibatkan Negara-negara rantau pasifik yang dilaksanakan 2 tahun sekali. Latihan ini merangkumi seminar antarabangsa menggunakan konsep Command Post Exercise (CPX) dan Field Training Exercise (FTX) di mana di dalam CPX segala perancangan bagi melaksanakan operasi udara yang memfokuskan kepada bantuan kemanusiaan akan dirangka secara terperinci. Setelah segala perancangan operasi berjaya dirangka berdasarkan keperluan bantuan kemanusiaan semasa, para peserta eksesais yang terlibat seterusnya akan melaksanakan eksesais sebenar atau Field Training Exercise (FTX) di mana dalam pelaksanaan FTX, operasi bantuan kemanusiaan akan diimplementasi secara praktikal berpandukan senario serta perancangan yang telah dilakukan. Pada pelaksanaan Field Training Exercise, keupayaan, keberkesanan dan kerjasama para peserta latihan dapat dinilai dalam melaksanakan operasi bantuan kemanusiaan yang telah dirancang.
Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Rodzali bin Daud TUDM berkata. Eksesais ini menjadi satu platform terbaik bagi meningkatkan keupayaan dan kerjasama di dalam pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia terutamanya dalam pengendalian operasi bantuan kemanusiaan kepada pihak yang memerlukan.
“Selain meningkatkan kerjasama dan keupayaan operasi, latihan seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara semua peserta dari negara-negara rantau Pasifik yang terlibat. Ianya juga memberi ruang kepada peserta berkongsi idea serta pengalaman berkaitan operasi bantuan kemanusiaan yang telah dilakukan kepada mangsa bencana alam sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pacific Airlift Rally 2009 disini semalam.
Sebanyak 21 Negara telah terlibat dalam latihan pada kali ini. Angkatan Udara selain dari TUDM dan Tentera Udara Amerika yang terlibat adalah terdiri dari Australia, Bangladesh, Brunei, Kemboja, Kanada, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Mongolia, Nepal, New Zealand, Papua New Guinea, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Sri Lanka, Thailand, Tonga, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Seramai 365 pegawai dan anggota dari semua Negara peserta telah terlibat dan sebanyak 7 buah pesawat pengangkut jenis C130H dan An-32 daripada beberapa angkatan udara telah digunakan bagi menjayakan latihan pada kali ini. |
|