View: 6413|Reply: 70
|
NAP ~ berita gembira ~ nak percaya ke tak ni
[Copy link]
|
|
Harga kenderaan dijangka turunOleh M Hifzuddin Ikhsan
[email protected]KUCHING: Pembaharuan di dalam Dasar Automotif Nasional (NAP), yang dijangka akan diumumkan kerajaan dalam tempoh terdekat, akan membolehkan penduduk di negara ini menikmati harga kenderaan yang lebih rendah antara 10 dan 15 peratus berbanding ketika ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata ketika ini dasar berkenaan masih pada peringkat perbincangan dengan Perdana Menteri dijangka mengumumkan dasar diperbaharui berkenaan dalam masa terdekat.
Katanya, walaupun harga kenderaan dijangka akan lebih murah, kerajaan tetap akan meneruskan usaha melindungi pengeluar kenderaan tempatan termasuk pekerja dan pengusaha yang terbabit dalam sektor hiliran-nya.
"Selaras dengan perlaksanaan Zon Perdagangan Bebas (FTA) yang akan dilaksana tahun depan, NAP perlu diperbaharui bagi membolehkan pengeluar kereta tempatan terus menikmati faedah dan bagi menjamin ia dapat terus bersaing dalam pasaran terbuka.
"Kerajaan telah banyak membuat pelaburan di dalam syarikat pengeluar kenderaan dan semestinya kita mahu melindungi wang yang telah dilaburkan. Saya merasakan dasar baru ini akan memberi faedah sama rata kepada semua pihak," katanya pada sidang media selepas menghadiri Seminar Pelaburan dan Dialog Perdagangan 2009 di sini, semalam.
Dengan FTA dilaksanakan sepenuhnya bermula Januari 2009, hampir 20,000 produk tempatan berdepan persaingan terbuka dengan barang import dan ia jelas menimbulkan kebimbangan di kalangan usahawan tempatan.
Mustapa berkata, terdapat 100,000 pekerja industri automotif negara dengan 22,000 daripadanya dari Proton serta Perodua dan NAP tidak akan menyebabkan mereka berhadapan masalah serius.
"Apa yang penting NAP akan memberi kelebihan kepada pembeli yang dijangka menikmati harga lebih rendah selepas kerajaan sedia mengkaji kadar cukai dan tarif semasa yang dikenakan ketika ini.
"Pada masa sama pengeluar, pekerja dan pengusaha yang terbabit dalam sektor automotif tempatan perlu dilindungi bagi memastikan ia tidak terjejas akibat dari dasar kerajaan," katanya.
Mengulas mengenai caj kargo yang dikenakan ke atas semua barang dagangan yang dibawa masuk ke Sarawak, Mustapa berkata, kajian lebih lanjut perlu dibuat berikutan selepas setahun ia dilaksanakan tidak ada tanda harga barangan di sini dapat diselaraskan dengan di Semenanjung. |
|
|
|
|
|
|
|
Harga kenderaan dijangka turunOleh M Hifzuddin Ikhsan
[email protected]: Pembaharuan di dalam Dasar Automotif Nasional (NAP), yang dijangka akan diumumkan kerajaan dalam tempoh terdekat ...
zzcbr Post at 19-8-2009 07:30
berita baik nie....abg zek...
wa....sokong 150 persen....
diskaun 10 dan 15 peratus
cayalah..... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh lah den beli starex......
destinasi permulaan : bukit merah ......... yahuuuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
jgn lps ditolak.....lps tu di campur tax lain plak.....harga sama jerk....keh keh keh |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke nih macam tak caya jer |
|
|
|
|
|
|
|
rugilah.. baru lepas beli keta |
|
|
|
|
|
|
|
takmo percaya.. trick jer tu..
macam dulu, cukai dikurangkan, tapi duti eksais naik.. aper.. ingat kita orang nie bodo sangat ker?? |
|
|
|
|
|
|
|
takmo percaya.. trick jer tu..
macam dulu, cukai dikurangkan, tapi duti eksais naik.. aper.. ingat kita orang nie bodo sangat ker??
Fast-N-Furious Post at 19-8-2009 08:31
rakyat dah serik dah kena tifoooooooooooo........... |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat dah serik dah kena tifoooooooooooo...........
t@t Post at 19-8-2009 08:33
mangkuk hayun punyer trick.. nak tiffu pong hagak-hagak lar.. ingat rakyat marhain nie semuanya study tahap tadika jer kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
mangkuk hayun punyer trick.. nak tiffu pong hagak-hagak lar.. ingat rakyat marhain nie semuanya study tahap tadika jer kot..
Fast-N-Furious Post at 19-8-2009 08:36
so setiap 5 tahun wa trick derang balik atas kertas undi....wakakkakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Berita baik bagi yg belum memiliki keta.....Berita tak baik bagi yg dah memiliki keta.....Secondhand value akan jatuh merudum wooo.... |
|
|
|
|
|
|
|
dgn pengumuman ini, aku nak buat pengumuman yg aku akan trade in LC135 aku utk duit donpayment beli keter audi A4 |
|
|
|
|
|
|
|
aku plak nak trade in flip-flap aku utk beli civic FD..... |
|
|
|
|
|
|
|
10# t@t
Kalau betul maka merudum la bisnes used car.
Bisnes used car kat Malaysia ni dimonopoli Cina,
dan jgn main2 woo..kuasa duit tokey2 keta nh kuat
Sapa dh beli keta dan loan pun lama maka rugi gak.
Tapi aku rasa harga keta susah nak turun....
Pengeluar kereta pun sudah biasa dgn kuasa beli kereta rakyat Malaysia yg luarbiasa...
Rasanya kat Malaysia je dlm dunia nh yg mana harga keta mcm Honda Accord boleh lebih mahal dr apartment medium cost.
Dan kat Malaysia je la rasanya yg ada loan beli kereta sampai 10 tahun...
Klu cukai turun 10% pun, mungkin harga keta turun sikit je...2-3% agaknya
Pengeluar kereta akan amik kesempatan kaut untung..
tu pun silap2 bagi offer free extra spec atau eksesori je... |
|
|
|
|
|
|
|
harga turun utk local car jer ke?. continental car cemana? |
|
|
|
|
|
|
|
aku plak nak trade in flip-flap aku utk beli civic FD.....
QAX Post at 19-8-2009 09:03
haku nak trade in flip flap haku utk beli anis.. |
|
|
|
|
|
|
|
harga keta turun..interest loan mesti naik... tgk ler.... |
|
|
|
|
|
|
|
hadui....trick semata....tingat kes yuran sekolah yg konon2nye dimansuhkan...smua parents yg ada ramai anak & kurang berkemampuan menarik nafas lega...tp tetiba timbul mcm2 cas lain lg yg mane last2 jd sama & lg byk dari yuran itu sndiri..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|