CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4109|Reply: 15

jaguh matematik

[Copy link]
Post time 16-8-2009 07:37 PM | Show all posts |Read mode
Jaguh MatematikOleh Mohd Azis Ngah

Mohd Suhaimi Ramly, Ketua Jurulatih Olimpiad Matematik Antarabangsa Malaysia.


Mohd Suhaimi dipilih antara juri termuda pertandingan dunia

TIDAK ramai yang tahu, bidang Matematik juga sebenarnya ada seni kreatif tersendiri. Bukan setakat bermain dengan nombor tetapi juga membabitkan pemikiran kreatif dan kritis bagi membolehkan seseorang itu layak digelar pakar Matematik.

Ini bermakna, pelajar sekolah khasnya digalakkan sentiasa berfikir bagi mencari jalan penyelesaian sendiri bagi setiap permasalahan dan bukan setakat menerima dan mengamalkan kaedah tertentu dalam buku pelajaran atau diajar guru.


Mohd Suhaimi Ramly, 27, yang kini bergelar Ketua Jurulatih Olimpiad Matematik Antarabangsa (IMO) Malaysia adalah antara genius Matematik yang terpilih sebagai juri termuda untuk menghakimi pengiraan markah pertandingan IMO peringkat dunia.

Anak muda itu mengakui, pertandingan IMO itu bukannya suatu yang mudah kerana ia membabitkan pelajar terpilih di seluruh dunia, namun di situlah terletaknya keseronokan menyahut cabaran sebagai peserta dan kini beliau bertindak selaku jurulatih.

Sehubungan itu, setiap kali tiba musim pertandingan IMO peringkat dunia membabitkan 108 negara, ketika itulah pasukan IMO Malaysia sibuk mencari bakat baru dan melatih mereka supaya berfikiran kreatif.

Mohd Suhaimi turut berkongsi ilmu dengan menulis buku.



"Ramai yang tersalah anggap. Tidak semestinya pelajar yang cemerlang dalam Matematik dan sering mendapat markah A layak menyertai IMO.

"Matematik sebenarnya memerlukan pelajar sentiasa ligat berfikir mencari jalan penyelesaian bagi setiap soalan atau permasalahan. Mereka perlu kritis dan kreatif. Sebab itulah pada sesi latihan, hubungan mereka dengan pengajar umpama jurulatih dan pemain.

"Hubungan ini berbeza jika dibandingkan antara guru dengan murid kerana jurulatih akan mendedahkan taktik dan pemain akan melaksanakan dengan pelbagai cara. Sudah semestinya mereka perlu berfikir dan idea sentiasa berkembang," katanya.

Mohd Suhaimi sendiri pernah muncul antara pelajar terbaik pernah dilahirkan bagi pertandingan IMO, termasuk meraih anugerah juara Olimpiad Matematik Kebangsaan pada 1998 dan 2000.

Berdasarkan kejayaan itu, Suhaimi terpilih mewakili negara selama empat tahun berturut-turut bagi IMO peringkat Asia Pasifik dan peringkat dunia di Romania, Korea dan Amerika Syarikat bermula 1999 hingga 2001.

Namun, sejak pertandingan Olimpiad Matematik peringkat kebangsaan diperkenalkan mulai 1970-an, sering kedengaran rungutan pelajar dan guru mengenai masalah mereka tidak biasa dengan kaedah, soalan dan cara penyelesaiannya.

Menyedari masalah itu, Suhaimi mengambil pendekatan bijak untuk berkongsi pengalamannya melalui penulisan buku khas mengenai asas Matematik bagi pertandingan Olimpiad bertujuan memudahkan guru dan pelajar membuat rujukan.

"Buku itu mengandungi empat siri dan ia sebenarnya membabitkan nota lama yang disimpan sejak peringkat sekolah hingga sekarang. Ia terbukti banyak membantu dan pada masa sama saya sering mendapat input baru daripada pelajar yang banyak menampilkan idea bernas," katanya.

Menyingkap sejarah pembabitan awalnya dalam bidang Matematik Olimpiad, anak jati Kuala Lumpur ini mengakui ia menyedari bakatnya selepas terpilih mewakili Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk pertandingan peringkat kebangsaan dengan muncul naib juara.

Tanpa sebarang latihan, beliau terkejut dengan keputusan itu seterusnya ditawarkan berlatih bersama Prof Abu Osman (Universiti Kebangsaan Malaysia) untuk mewakili negara. Kini beliau menjadi ketua jurulatih menggantikan gurunya dan sudah 10 tahun mengetuai kontinjen Malaysia.

Sekalipun ahli keluarga langsung tidak terbabit dalam bidang itu, beliau mengakui dorongan kuat keluarga yang banyak memberi kemudahan mendapatkan buku dan internet banyak membantunya belajar untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Selain menerbitkan buku panduan khas untuk Olimpiad Matematik, beliau juga banyak memberikan ceramah kepada pelajar dan guru serta terbabit dalam pertandingan peringkat MRSM dan Matrikulasi.

Profil

Mohd Suhaimi Ramly

Tarikh lahir: 29 Disember 1982

Ayah: Ramly Mustafha, 58

Ibu: Zainab Abd Ghani, 59

Adik beradik:


Nurfariza, 31, (doktor)

Nurul Aini, 29, (pegawai kerajaan)

Pendidikan:

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak, Selangor (1995-1997)

Maktab Rendah Sains Mara, Jasin Melaka (1998-1999)

Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik), Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat (2001-2005)

Kerjaya:

Pengarah Urusan Ardent Eduicational Consultants Sdn Bhd

Pengarah Eksekutif Aidan Corporation Sdn Bhd

Kepakaran:

Matematik: Algebra, Kombinatoriks, Teori Nombor, Geometri, Analisis Fungsian

Latihan Olimpiad Matematik kepada guru dan pelajar

Ketua Jurulatih Malaysia ke IMO 2007 - kini


Info

Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa


Hampir 600 pelajar terbaik dunia terpilih

Ujian peperiksaan dua hari

Enam soalan dalam masa sembilan jam

Markah berdasarkan kaedah pemikiran kreatif pelajar menjawab soalan

108 negara bertanding.

100 juri profesional seluruh dunia

Peserta mesti berusia bawah 20 tahun dan belum memasuki universiti.




bagus tul suhami nih...... tahniah!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2009 07:53 PM | Show all posts
waaaaahhhh......ader jugak org malaysia yg genius maths nie sumer...
selalu tgk dlm tv omputeh je yg gempak2....kat mesia pun ader...
congrats......!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 08:19 PM | Show all posts
hehehe  MRSM  yer ..cayalah
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 08:53 PM | Show all posts
aku memang tak paham la kalau ada org teror math ni..memang aku tak paham dan aku jealous sangat..he is so brilliant and genius..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 08:53 PM | Show all posts
waduuhhhhh,.. addmath..
kena study lebey ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 09:09 PM | Show all posts
aku memang tak paham la kalau ada org teror math ni..memang aku tak paham dan aku jealous sangat..he is so brilliant and genius..
Pygmalion Post at 16-8-2009 20:53

kan? they see or being given the gift ? rezeki untuk melihat sesuatu  yg konkrit [ teringat someone bila tulis this word, bless him ]
thru  a very abstract analytical operation [ solving maths equation] like shroedingers  equation yg pie , psy semua tu

kan kan ..............tapi tu lah apa pun Allah is brilliant ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2009 02:17 PM | Show all posts
Adoi, mcm mne nak pandai math mcm mamat ni..?? Aku Modern Math selalu nya A1 @ A2... Tpi +Math Fail je keje aku...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 10:02 AM | Show all posts
study pon kat MIT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2009 09:13 AM | Show all posts
yang penting kene ada minat ... saya pun ada degree math,  sampai sekarang masih minat dgn math, walaupun malas nk amik master atau phd.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2009 10:54 PM | Show all posts
tahniah...............
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 12:37 PM | Show all posts
Jaguh MatematikOleh Mohd Azis Ngah
http://www.bharian.com.my/Sunday/Personaliti/20090816095412/mainpix1.jpg
Mohd Suhaimi Ramly, Ketua Jurulatih Olimpiad Matematik Antarabangsa Malaysia.


Mohd  ...
amazed Post at 16-8-2009 19:37

PKPians ni...tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 06:11 PM | Show all posts
Yeah,he's brilliant but see what makes him to that..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2009 08:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 25-8-2009 08:09

tak sangka mamat ni senior sekolah menengah ak

anyway.....mmg susah org melayu nk masuk MIT, bukan senang
ak pn try masuk u bagus kat US tp susah nk dpt....
syukur gak dpt OSU

setakat julung2 melayu y dpt masuk MIT hanya mamat ni la...yg lain suma cina m'sia
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 09:46 PM | Show all posts
wow..graduate dari MIT..patutnya beliau ni jadik lecturer musti best..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 05:15 PM | Show all posts
MIT ni beb...cite2 aku nk masuk MIT..huhuhu..respek2..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 11:06 PM | Show all posts
dulu2 kita ada MIT gak apa...Mara Institute of Technology
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.151788 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list