View: 4093|Reply: 3
|
Minta Pendapat - Sambung Study & Future Career
[Copy link]
|
|
Di sini saya berharap nasihat dan pandangan warga board ni.
Baru2 ni hubby ada beritahu, kalau dia dinaikkan pangkat, dia nak saya sambung study. Benda ni pun ada kami diskas sebelum kawen tapi diskas tak serius. Dan sebab peluang dia pun cerah kat company, promotion tu Insya Allah, dia akan dapat. Jadi sekarang dia suruh saya fikir dengan serius apa kos yang saya nak ambil, di mana, part time or full time.
Situasi saya:
- Pernah ambil Dip Civil Eng. tapi saya kerja bidang ni dua tahun je sebab saya tahu limit saya. Saya tak boleh bawa.
- Saya pernah ambil STPM as calon bebas. Keputusan tak delah baik sangat sebab saya cuma study 6 bulan je utk cover belajar selama dua tahun.
(Keputusan: Pengajian AM (A), B.Melayu (B), Pengajian Perniagaan (D))
- Saya minat bidang penulisan & sastera.
(Bidang apa yang sesuai untuk sambung belajar?)
- Sekarang saya kerja sebagai translator aka penulis di comic publishing. Kerja ni seronok, kerja paling lama saya tahan lepas berhenti dari engineering field. Tapi saya tak nampak future untuk terus kerja di company ni. Maksudnya, takkan sampai umur 40 pun nak buat kerja ni.
(Kalau bidang yang sesuai, macam mana pulak dengan potential career bidang tu? Saya fikir, nak jadi lecturer sebab saya minat mengajar. Tapi bukan mengajar kat sekolah (sebab saya too emotional nak handle kanak2 atau remaja)
- Saya pun tak boleh bayangkan duduk rumah as suri rumah walaupun hubby mampu tanggung. Sebab saya akan rasa bosan dan kurang motivasi.
(Jadi mesti buat sesuatu jugak)
- Sekarang saya preggy anak first. Kami pun baru kawen bulan 3 hari tu. Jadi kalau tiada masalah & hubby dapat promotion tu, saya boleh sambung study next year.
(Patut ke ambil part time or full time?)
- Kalau dapat promotion, hubby mungkin transfer branch area Selangor. Tapi mungkin jauh skit sebab branch yang dihantar ialah hospital kerajaan.
(Jadi tempat belajar mana yang paling sesuai? Pilihan utama mestilah IPTA.)
- Sebab kami pun baru jugak kawen. Nak jugak beli rumah dan upgrade hidup jadi lebih baik. Jadi, katakan tiada IPTA yang sesuai, berapa anggaran untuk kos yang sesuai di IPTS?
Saya alu-alukan pendapat semua. Thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Hai sakura_san,
saya sebenarnya tak berapa arif, tapi sebab saya sedang sambung belajar, saya cuba share sesikit apa yg saya tau.
pemilihan bidang pada saya amat penting, tambah lagi since you mentioned nak jadi pensyarah kan? sebab sekarang ni kebanyakan IPTA amik yang ada PhD je kalau nak jadi pensyarah. Kalau uni yang baru, leh apply guna Masters, tu pon kalau ada kekosongan. Tu sebab saya kata kena tengok bidang apa yg kita minat..sebab nak sambung sampai PhD ni memerlukan kekuatan minda yang tinggi.
Tapi minta maaf ye sakura, saya tatau nak suggest bidang apa sebab saya bukan background social science. Cuba tengok2 bidang apa yang diminati.
Bab full time or part time tu bergantung sebab biasanya kalau sambung coursework part time, lambat lah grad sebab amik unit sikit-sikit. Tu yang saya faham..If theres anything sakura leh pm saya and we can chat kat ym..
good luck |
|
|
|
|
|
|
|
either part time or full time, yg penting amik master + phd terus dalam bidang yg u suka...
jgn buat separuh jalan, jgn sambung belajar hanya sbb hubby terus.minat kena ada...tu syarat wajib. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by darus_77 at 1-7-2009 22:22
sambunglah kat OUM, di ikitiraf by JPA, murah dan fleksibel, lepas ambik degree terus sambung master, dpt jadi part time tutor kat ipta/s. Wife saya tahun lepas tamat belaja kat oum, terus dpt kenaikan pangkat at her department.
www.oum.edu.my |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|