View: 3278|Reply: 6
|
CERITA PENDEK: Bosan..Mengamuk di rumah
[Copy link]
|
|
'Argghhhh!!!' Akubadir mengeluh kebosanan di ruang tamu rumah sewaannya. Penganggur lepasan tadika itu semakin berasa tertekan. Hidup sebatang kara ditengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan rintangan dan pancaroba..
Akubadir memandang ke seluruh penjuru rumahnya. Meja, kerusi, pinggan, mangkuk, radio, televisyen..Jiwanya terus tertekan.
'Aku bosan. Aku rasa penuh laknat binti celakamalapetaka!!!' Dia menangis dan meraung sepuas-puas hatinya.
Sesudah dia bertenang, Akubadir membuka laci meja ruang tamunya dan mengeluarkan sebilah kapak. Dia memasang televisyen dan radio.
Akubadir duduk di kerusi malas sambil menonton televisyen. Sedang dia menonton, tiba-tiba rancangan kesukaannya itu diganggu oleh siaran iklan Maxis. Dengan tidak semena-mena, nafsu amarah Akubadir menggelojak. Dia bingkas bangun dan dengan perasaan penuh syahdu mengapak televisyennya..Serpihan kaca televisyen bertaburan...
..'Kurang ajar Maxis. Buat iklan sukahati mak bapak dia aje' dia mengomel sendirian.
Radio pula memainkan lagu Britney Spears ketika itu. Akubadir kembali menyinga. 'Aku benci!!! Aku benci lagu perempuan jalang itu!!!!! HUARGGHHHH!'
Pecah radio jenama Toshiba itu menjadi mangsa korban Akubadir..
Tidak puas hati dengan memecahkan radio, matanya yang kian membuntang meliar mencari benda-benda yang boleh dia kapakkan. Kerusi meja hancur berkecai. Langsir koyak. Akubadir menggeletar kemarahan dan mendengus-dengus seperti kerbau jantan naik minyak.
Beberapa detik kemudian, Akubadir bertenang dan kembali menangis teresak-esak. 'HUWAAAAAAA...Aku bosan, aku kesepian..HUWAAAAA'
Dia menangis semahu-mahunya. Dan lagi. Dan lagi. Bilakah kesudahan kebosanan hidup Akubadir? Ataupun kapak usang itu hanyalah satu-satunya pengubat kebosanannya?
TAMAT |
|
|
|
|
|
|
|
wow ni tahap saiko ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
aduh mmg psycho citer nih..harus nnt die mengapak manusia plak pasni.. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn kapak diri sendirik udah lahh.. |
|
|
|
|
|
|
|
kehidupan orang malas memang membosankan ! |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita ni betul-betul macam siot...
Entah mana datang kapak dalam laci tu pun aku tak tau... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|