CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2655|Reply: 6

Pengguna dinasihat elak beli 4 produk tradisional

[Copy link]
Post time 10-6-2009 06:12 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini meminta orang ramai mengelak daripada membeli atau mengguna empat produk tradisional yang mengandungi bahan-bahan yang tidak dibenarkan seperti Sibutramine, Aminotadalafil, Diphenhydramine dan Paracetamol.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi kementerian itu, Eisah Abdul Rahman, berkata produk itu ialah "Bodybeaus", "Jinglida", "Eng Leong Cordyceps , Chuanbei Plus Cough Pill 3.5gm" dan "Loong Choo Brand Reh Bih Ho Herbal Tea".

"pendaftaran produk tersebut sudah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuaratnya yang ke-216 kerana dikesan mengandungi bahan-bahan yang tidak dibenarkan dalam ubat-ubat tradisional," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Eisah berkata, keempat-empat produk itu sudah melalui penilaian untuk memastikan produk berkenaan selamat, berkesan dan berkualiti.

Bagaimanapun, katanya, ubat yang mengandungi bahan itu kecuali Paracetamol boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi.


Beliau berkata, penggunaan ubat yang mengandungi Sibutramine tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan kesan kardiovaskular yang lain manakala penggunaan Tadalafil (atau analognya) boleh menyebabkan tekanan darah rendah dan kesan kardiovaskular lain.

"pembekalan Diphenhydramine tanpa kawalan boleh menyebabkan pengguna mengalami kesan teruk seperti penurunan tekanan darah, kesan kardiovaskular yang lain, mengantuk, letih, gangguan koordinasi, keliru dan gangguan pada penglihatan.

"paracetamol boleh digunakan untuk rawatan kendiri, tetapi tanpa penyataan bahan itu di dalam produk tradisional pada pengambilan dos yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati," katanya.

PBKD tidak dapat menjamin keselamatan penggunaan produk berkenaan yang terdapat di pasaran sekarang dan mereka yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaannya, katanya.

Menurutnya lagi, Kementerian Kesihatan menasihatkan penjual, pemilikan untuk penjualan dan pengedaran produk ini adalah melanggar Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Eisah berkata, jika disabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. - Bernama




http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090610152243/Article/index_html



[ Last edited by  t@t at 10-6-2009 18:14 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2009 08:54 PM | Show all posts
bodybeaus tu macam pernah ku tengok iklannyer kat forum ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 12:10 AM | Show all posts
noted...thanx...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 12:54 PM | Show all posts
aku pnah dengar kalo produk from china ade side efek jangka panjang....
betul ker tidak walluhua'lam...sbb x penah polak aku makan ubat2 cam nih
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 01:14 PM | Show all posts
baik ko muntahkan balik
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 03:12 PM | Show all posts
nasibla x de amik sume tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2009 03:10 PM | Show all posts
kalu benda2 tu tak elok, mcm mana diorang leh dpt lesen jual?? Lagi2 product import.. patutnya kena ada lesen dulu kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.522319 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list