CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12063|Reply: 81

RMAF a sitting duck?

[Copy link]
Post time 10-5-2009 02:58 AM | Show all posts |Read mode
Sunday, March 29, 2009
TANPA AWACS, TUDM AKAN GUGUR SEPERTI KELKATU


Gambar di atas merupakan contoh pesawat AEW&C terbaru Singapura

  • Saya menulis analisis ini memandangkan terlalu ramai kawan yang bertanya kepada saya mengenai AEW&C (Airbore Early Warning Control) atau lebih popular di kalangan mulut rakyat Malaysia secara ringkasnya, AWACS.
  • Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM) sebenarnya telah meletakkan kepentingan AEW&C sebagai keutamaan selama beberapa dekad malah pada tahun 80an, TUDM hampir membeli pesawat AWACS Sentry dari Amerika Syarikat.
  • Pembelian itu bagaimana pun terbatal (sebab-sebab dibatalkan tidak diketahui) sebaliknya beberapa wartawan dari media tempatan telah dipanggil oleh Bukit Aman selepas mereka membocorkan hasrat TUDM itu.
  • Saya tidak jelas mengapa pembelian ini menjadi isu sensitif kerana ketika itu saya masih bersekolah rendah tetapi seorang penganalisis pertahanan yang saya kenal (kini bekerja dengan Asia Defence Journal) menjelaskan, beliau merupakan seorang wartawan yang telah disoal siasat.
  • Beliau kemudian dibebaskan tetapi semasa kejadian itu, beliau tidak menyentuh apa-apa pun dokumen yang berkaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri sebaliknya mendakwa, kenyataan pembelian pesawat itu telah dimasukkan ke dalam "Press Kit" para wartawan yang hadir untuk satu majlis di Kementerian Pertahanan ketika itu.
  • Untuk kawan-kawan saya dan pembaca yang masih belum mengenal pesawat AEW&C, secara fizikal, ia merupakan sebuah pesawat yang mungkin menggunakan enjin kipas (turboprops) atau enjin jet.
  • Singapura misalnya mempunyai pesawat AEW&C jenis Hawkeye yang mempunyai kubah radar yang agak besar di atasnya.
  • Republik itu telah membeli empat pesawat AEW&C dari jenis Gulfstream G-550-AEW untuk menggantikan empat pesawat Hawkeye sedia ada.
  • Indonesia turut mempunyai kemampuan AEW&C dan telah memesan tiga Boeing 737-2x9 Surveiller.
  • Thailand pula bakal menerima pesawat Saab 340 yang dilengkapkan dengan sistem Erieye Radar, PS-890 tidak lama lagi.
  • Malaysia?? tertangguh dengan alasan ketiadaan bajet...atau pun kerajaan mungkin bimbang untuk berbelanja lebih dan dituduh membazirkan wang rakyat memandangkan masih terlalu ramai orang Malaysia yang malas membaca untuk mencari apa makna pesawat AEW&C dan kepentingannya kepada keselamatan rakyat serta pesawat TUDM.
  • Atau pun mungkin kerana kerajaan beranggapan, kepentingan rakyat seperti membina rumah kos rendah, mengawal kenaikan harga tepung dan beras lebih utama kerana ini memastikan mereka mendapat lebih sedikit undi untuk pilihanraya yang akan datang.
  • Sedangkan Singapura, walaupun ramai rakyat terjun bunuh diri dari flet-flet HDB mereka akibat kegawatan ekonomi, pembelian untuk petahanan tetap diutamakan kerana kekuatan tentera adalah tunggak kepada bangsa Singapura serta insuran kepada republik itu.
  • BAGAIMANA AEW&C BERFUNGSI Saya tidak mahir dengan sistem peperangan elektronik, jadi saya jelaskan apa yang saya faham sahaja, sebagai contoh, pesawat Hawkeye Singapura mempu mengesan jet pejuang TUDM yang berlepas dari Kuantan kerana radar (aktif dan pasif) mereka mempunyai kuasa liputan sejauh 400 ke 500 kilometer.
  • Jarak ini lebih jauh dari capaian mana-mana peluru berpandu Surface to Air Missile (SAM) (Dalam bahasa Melayu-misil permukaan ke udara untuk tembak kapal terbang). Sebagai contoh misil SAM Malaysia yang terbaru dan tercanggih iaitu Jernas mempunyai jarak capaian di bawah lebih kurang 30 kilometer sahaja.
  • Hawkeye Singapura juga mempunyai kebolehan untuk mengawasi pergerakkan lebih kurang 200 pesawat (Jumlah pesawat Malaysia adalah kurang dari itu) dengan jejakan aktif dan pasif.
  • Jika menggunakan mod pasif, juruterbang TUDM sudah pasti tidak mengetahui bahawa diri mereka sudah pun dikesan.
  • Dalam senario peperangan di antara kedua-dua negera ini, Singapura sudah pasti lebih dahulu menjalankan operasi SEAD (Suspression of Enemy Air Defence) untuk memusnahkan sistem radar permukaan TUDM yang terletak di Butterworth, Bukit Jugra, Subang dan Genting Highland.
  • Pemusnahan sistem radar sangat kritikal untuk memastikan Singapura menguasai ruang udara.
  • Tanpa radar, juruterbang TUDM akan terbang dalam keadaan buta kerana pusat kawalan tidak dapat memberi vektor pesawat musuh.
  • Juruterbang TUDM ketika ini hanya bergantung semata-mata pada radar kecil pesawat mereka dan terbuka untuk menerima serangan misil musuh dari mana-mana arah kerana radar pesawat terletak di depan muncung dan boleh menerima kedatangan pesawat musuh dari arahdepan sahaja.
  • Sedangkan pesawat pejuang musuh sudah pun menerima arahan dari pesawat Hawkeye bahawa pesawat TUDM sedang terbang pada aras? dengan kelajuan? arah pergerakkan dan sebagainya, mereka ketika ini boleh menyusun strategi dan membuat serangan dari mana-mana arah.
  • Saya memberi satu contoh sebenar iaitu ketika peperangan di Bekaa Valley pada tahun 1982 di antara Syria dan Israel.
  • Israel ketika ini menggunakan pesawat Hawkeye (Sama dengan Singapura) dan memacu pesawat pejuang F-15, F-16 (Pun sama dengan Singapura) dan disokong oleh pesawat lama seperti F-4 Phantom.
  • Hawkeye Israel ketika ini sudah hampir memenangi pertempuran kerana dengan mudahnya sudah dapat menandakan pesawat-pesawat Syria yang sedang berlepas dan mengecam penerbangan mereka.
  • Untuk menewaskan pesawat MIG Syria yang sedang terbang dalam keadaan "buta", operator radar Hawkeye Israel memberi arahan kepada juruterbang F-16 Israel untuk menyerang pesawat MIG Syria dari tepi.
  • Juruterbang MIG Syria tidak dapat berbuat apa-apa dan mati di dalam pesawat kerana sistem penerima amaran ancaman pesawat mereka hanya terletak di hadapan dan di ekor pesawat sahaja dan ini bermakna kedatangan peluru berpandu F-16 Israel dari tepi telah gagal dikesan.
  • Pesawat Hawkeye Israel juga dilengkapkan dengan sistem peperangan elektronik yang baik sehingga berjaya menganggu sistem telekomunikasi dan radar Syria sehingga pesawat-pesawat Syria terpaksa terbang secara buta (tanpa bantuan radar darat yang lebih luas liputannya).
  • Operasi selama satu hari ini berjaya memusnahkan 29 pesawat Syria, tanpa kehilangan sebuah pun dari milik Israel.

Moral kisah ini, tak payah lah nak bangga sangat dengan Sukhoi tu kalau kita masih tidak ada AEW&C, jadi lepas ini kalau Malaysia nak beli AEW&C tolonglah jangan jadikan isu politik lagi yaaaaaa.

Saya yakin kalau pengumuman AEW&C dibuat, mesti DAP akan bangkang dulu dan disokong oleh rakyat Malaysia yang lain, pasal DAP ini adalah parti serpihan PAP dari Singapura, licik sungguh jarum mereka untuk melemahkan benteng pertahanan bangsa Malaysia dari segi jangka panjang.


UNTUK TAMBAHAN MAKLUMAT MENGENAI AWACS DALAM BAHASA MELAYU, SAUDARA PEMBACA BOLEH MERUJUK KE LAMAN TEKNOLOGI PERTAHANAN ASIA DI http://asiandeftech.blogspot.com ... gintai-peluang.html YANG DITULIS OLEH SAUDARA MT MOHAMAD YASSIN

http://militaryofmalaysia.blogspot.com/2009/03/tanpa-awacs-tudm-akan-gugur-seperti.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2009 08:11 AM | Show all posts
So apa komen hang...terutama mengenai para terakhr tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 08:47 AM | Show all posts

Reply #1 Acong's post

Setahu aku radar syria dibutakan oleh pesawat jenis lain yang membawa alat penyerakan. Hawkeye tak ada alat penyerakan.

Mana bukti pesawat hawkeye israel ada sistem peperangan elektronik ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 08:52 AM | Show all posts
Malaysia ada strategi perangnya sendiri. Kita tak perlu tiru sesiapa. Kalau negara lain tak pandai berperang dan hanya tahu berbelanja besar membeli peralatan yang mahal takkan kita pun nak ikut jadi bodoh macam mereka juga ? Tambahan pula zaman AEWC akan berakhir dalam masa beberapa tahun saja lagi  dengan kemunculan PAK-FA, F22 dan F-35.
Buat masa ini Malaysia sudah punya kelebihan ke atas semua jirannya dalam bentuk jangkauan peluru berpandu R-27 yang tak dapat ditandingi oleh sebarang peluru berpandu negara jiran.  Fleksibiliti yang dimiliki jet pejuang Malaysia untuk memilih sama ada melancarkan R-27 degan penderia radar, penderia infra merah atau penderia pasif menambahkan lagi kesukaran pesawat musuh untuk terlepas dari buruan sukhoi dan mig TUDM
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 09:11 AM | Show all posts
bebudak PLKN baru pegang repal setelah dapat izin ibubapa...itu pun DAP dah mengamuk sakan!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 11:13 AM | Show all posts

Reply #4 BotakChinPeng's post

Lu pasti ke TUDM ada R-27ET?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2009 12:45 PM | Show all posts
RMAF dah survive sejak 1970s tanpa AWACS/AEWC ..so far ok je dgn MADGE radar coverage sedia ada dpt jejak mana2 pesawat bogies yg menceroboh tmasuk yg RSAF punya, semua dh merasa kena jentik dgn RMAF punya interceptor..takdelah sampai sitting duck punya situation ..tapi wa setuju lebih baik ada AEWC daripada tak ada..

[ Last edited by  areguard at 10-5-2009 12:49 ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 01:07 PM | Show all posts
Nak cakap lebih-lebih nanti orang salah interpretasi plak.

Tapi camni la...kalau kerajaan ada duit aku harap beli la aset ni. Singapore dah ada lama dah siap ganti baru lagi, Thailand dalam 3-4 tahun lagi sampai la diorang punya. By the time kita baru terkial-kial nak tempah pastu belajar teknologi AEW&C. Nak harap SU-30 kita buat interim for this role for how long??? Sok lusa kalau dah terover usage SU ni sampai "GUGUR MACAM KELKATU" marah kat kerajaan plak pasal apa tak beli. Tapi bila nak beli NGO's & YB Ipoh Timur bising cakap takde keperluan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2009 01:09 PM | Show all posts
Kalau ATM diberi pilihan beli MPSS Atau  AEWC dgn dana yg setakat ada, agak2 korang yg mana patut dibeli dulu??
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 01:22 PM | Show all posts
Dua-dua sekali tak boleh ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 01:27 PM | Show all posts

Reply #10 Canaletto's post

Kang tak cukup duit pulak nak beli balik konsesi highway PLUS..RM5 bilion tu bang
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 02:52 PM | Show all posts

Reply #8 Canaletto's post

AWACS kena beli. Yg anti perolehan tu terus-terang je aku cakap memang ejen Sg. Impian diorang nakkan TUDM jadi sebahagian dari RSAF. Itu sebab selama ni dok bising tentang perolehan senjata baru.

Bagi aku senang je, sapa2 bising menentang pembelian, masukkan saja ke Kamunting atau hapuskan saja. Diorang ni xde bezanya dgn penjual maklumat kpd Sg yg ditangkap oleh Risik 5 atau tenaga HUMINT Sg yg ceritanya dihapuskan oleh 91 RKPT atau GGK. :@


[ Last edited by  jazim at 10-5-2009 14:53 ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 02:59 PM | Show all posts

Reply #12 jazim's post

cuba ko cerita cara detail sikit pasal agen sg tuh kat thread baru, baru le kitorang paham lebih sikit noo...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 03:15 PM | Show all posts
AEW&C is a MUST but it do not mean everyting...
if not mistake Iraq also hv 1 b4 it ran to Iran...Iraq also suffer on US & others country electronic warfare causing it airforce like sitting duck
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 03:22 PM | Show all posts

Reply #1 Acong's post

DAP do tat hv their points..
ofcz i also not agree wit them by limiting our military expansion

i hope new goverment hv to move toward a clear and clean military expenses & improve our local military development, specially air defence sector
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by areguard at 10-5-2009 05:45
RMAF dah survive sejak 1970s tanpa AWACS/AEWC ..so far ok je dgn MADGE radar coverage sedia ada dpt jejak mana2 pesawat bogies yg menceroboh tmasuk yg RSAF punya, semua dh merasa kena jentik dgn  ...


dah penah kena jentik ke??? cuba ulas skit....mcm best je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2009 07:35 PM | Show all posts

Reply #1 Acong's post

wa nak kasik komen sket.  

Saya menulis analisis ini memandangkan terlalu ramai kawan yang bertanya kepada saya mengenai AEW&C (Airbore Early Warning Control) atau lebih popular di kalangan mulut rakyat Malaysia secara ringkasnya, AWACS.
AWACS sebenarnya merujuk kpd pesawat E-3 Sentry. ini kerja editor surat khabar la yg pepandai generalised kan semua AEW&C jadi AWACS.:@

   
Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM) sebenarnya telah meletakkan kepentingan AEW&C sebagai keutamaan selama beberapa dekad malah pada tahun 80an, TUDM hampir membeli pesawat AWACS Sentry dari Amerika Syarikat.
    Pembelian itu bagaimana pun terbatal (sebab-sebab dibatalkan tidak diketahui) sebaliknya beberapa wartawan dari media tempatan telah dipanggil oleh Bukit Aman selepas mereka membocorkan hasrat TUDM itu.
Saya tidak jelas mengapa pembelian ini menjadi isu sensitif kerana ketika itu saya masih bersekolah rendah tetapi seorang penganalisis pertahanan yang saya kenal (kini bekerja dengan Asia Defence Journal) menjelaskan, beliau merupakan seorang wartawan yang telah disoal siasat.
Beliau kemudian dibebaskan tetapi semasa kejadian itu, beliau tidak menyentuh apa-apa pun dokumen yang berkaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri sebaliknya mendakwa, kenyataan pembelian pesawat itu telah dimasukkan ke dalam "ress Kit" para wartawan yang hadir untuk satu majlis di Kementerian Pertahanan ketika itu.
salah. pembelian ini tidak diteruskan sebab kos selenggara dan kos operasi yg cukup tinggi. lagipon kita kekurangan kepakaran untuk operasikan pesawat AEW&C. pesawat kita paling canggih masa tu pon cuma F-5E. kena panggil ke bukit aman sebab bocorkan hasrat? tipulah. sebelum media tempatan siarkan citer tuh, niat kita mau beli AEW&C dah pon dicanang kat media pertahanan luar negara mcm Janes. lagipon, mau beli sistem senjata daripada Amerika kena mintak izin drp kongres US dan itu bukanlah satu rahsia lagi. sapa la wartawan ADJ tuh yea?

Indonesia turut mempunyai kemampuan AEW&C dan telah memesan tiga Boeing 737-2x9 Surveiller.
salah. itu 737 bukan pesawat AEW&C tapi MPA laaa...

BAGAIMANA AEW&C BERFUNGSI Saya tidak mahir dengan sistem peperangan elektronik, jadi saya jelaskan apa yang saya faham sahaja, sebagai contoh, pesawat Hawkeye Singapura mempu mengesan jet pejuang TUDM yang berlepas dari Kuantan kerana radar (aktif dan pasif) mereka mempunyai kuasa liputan sejauh 400 ke 500 kilometer.
wa rasa jangkauan radar Hawkeye hanyalah sekitar 300km.

Jarak ini lebih jauh dari capaian mana-mana peluru berpandu Surface to Air Missile (SAM) (Dalam bahasa Melayu-misil permukaan ke udara untuk tembak kapal terbang). Sebagai contoh misil SAM Malaysia yang terbaru dan tercanggih iaitu Jernas mempunyai jarak capaian di bawah lebih kurang 30 kilometer sahaja.
sekalipon kalo kita ada long range SAM, tak guna gak sebab pesawat AEW&C sentiasa beroperasi dlm kawasan udara yg selamat sahaja. range Jernas adalah sekitar 7km sahaja.

Hawkeye Singapura juga mempunyai kebolehan untuk mengawasi pergerakkan lebih kurang 200 pesawat (Jumlah pesawat Malaysia adalah kurang dari itu) dengan jejakan aktif dan pasif.
    Jika menggunakan mod pasif, juruterbang TUDM sudah pasti tidak mengetahui bahawa diri mereka sudah pun dikesan.
    Dalam senario peperangan di antara kedua-dua negera ini, Singapura sudah pasti lebih dahulu menjalankan operasi SEAD (Suspression of Enemy Air Defence) untuk memusnahkan sistem radar permukaan TUDM yang terletak di Butterworth, Bukit Jugra, Subang dan Genting Highland.
hey, whats new?

Pemusnahan sistem radar sangat kritikal untuk memastikan Singapura menguasai ruang udara.
Tanpa radar, juruterbang TUDM akan terbang dalam keadaan buta kerana pusat kawalan tidak dapat memberi vektor pesawat musuh.
buta? tidak semestinya.

Juruterbang TUDM ketika ini hanya bergantung semata-mata pada radar kecil pesawat mereka dan terbuka untuk menerima serangan misil musuh dari mana-mana arah kerana radar pesawat terletak di depan muncung dan boleh menerima kedatangan pesawat musuh dari arahdepan sahaja.
hmmm... radar "kecik" Hawk 200 tu pon boleh kesan sasaran sehingga 72km. kalo Cik Su radar, apatah lagi... tak leh kesan ancaman drp belakang? itulah gunanya pasang RWR dgn MAW.

Sedangkan pesawat pejuang musuh sudah pun menerima arahan dari pesawat Hawkeye bahawa pesawat TUDM sedang terbang pada aras? dengan kelajuan? arah pergerakkan dan sebagainya, mereka ketika ini boleh menyusun strategi dan membuat serangan dari mana-mana arah.
itu la gunanya gap filler radar.

Untuk menewaskan pesawat MIG Syria yang sedang terbang dalam keadaan "buta", operator radar Hawkeye Israel memberi arahan kepada juruterbang F-16 Israel untuk menyerang pesawat MIG Syria dari tepi.
sebenarnya pesawat MiG tuh tak buta. cuma taktik yg depa gunakan tak betul. GCI tightly controlled interception mmg hasilnya mati katak.  
   
Juruterbang MIG Syria tidak dapat berbuat apa-apa dan mati di dalam pesawat kerana sistem penerima amaran ancaman pesawat mereka hanya terletak di hadapan dan di ekor pesawat sahaja dan ini bermakna kedatangan peluru berpandu F-16 Israel dari tepi telah gagal dikesan.
    * Pesawat Hawkeye Israel juga dilengkapkan dengan sistem peperangan elektronik yang baik sehingga berjaya menganggu sistem telekomunikasi dan radar Syria sehingga pesawat-pesawat Syria terpaksa terbang secara buta (tanpa bantuan radar darat yang lebih luas liputannya).
    * Operasi selama satu hari ini berjaya memusnahkan 29 pesawat Syria, tanpa kehilangan sebuah pun dari milik Israel.
fuiyooo... dasatnya. camner nak serang kat tgh2 pesawat tuh aaa???? kajian yg singkat dan cukup mudah dgn kesimpulan yang salah.


Moral kisah ini, tak payah lah nak bangga sangat dengan Sukhoi tu kalau kita masih tidak ada AEW&C, jadi lepas ini kalau Malaysia nak beli AEW&C tolonglah jangan jadikan isu politik lagi yaaaaaa.
tak kira. wa nak bangga gak dgn pembelian Cik Su.  mau beli pesawat AEW&C? buat masa nih, tak payah laaa... tambah dulu pesawat pejuang dgn transport tu dulu kasik bebanyak.

[ Last edited by  tin at 10-5-2009 19:38 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2009 07:40 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 10-5-2009 08:11
So apa komen hang...terutama mengenai para terakhr tu?

blh lebih jelas sket tak?


malas laa nak main serkap jarang........ sini bukan CI........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2009 07:41 PM | Show all posts
Originally posted by BotakChinPeng at 10-5-2009 08:47
Setahu aku radar syria dibutakan oleh pesawat jenis lain yang membawa alat penyerakan. Hawkeye tak ada alat penyerakan.

Mana bukti pesawat hawkeye israel ada sistem peperangan elektronik ?
aku takde kepakaran nak jawab....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2009 07:42 PM | Show all posts
Originally posted by bayo at 10-5-2009 09:11
bebudak PLKN baru pegang repal setelah dapat izin ibubapa...itu pun DAP dah mengamuk sakan!

atas alasan pe diorg mengamuk?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.142361 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list