In a rural Malaysian oil palm estate, Betik returns home.
Betik looks to turn his life around and build a future back home with his mother after the death of his father a few years ago. Betik抯 absence from the funeral is seen by his mother as a silent betrayal.
To regain his rhythm living back home, he takes on a day job shooting karaoke videos. At night, he tries to help his mother at the family抯 karaoke bar downstairs; a karaoke where the local Indian estate workers, their families, and the Malay Muslim villagers next door gather and sing. Each song resonates for someone in the villages. And it is here that Betik meets a girl who seduces him with a future that he had come back for.
A job, a love and a family. His return home comes together quickly.
But nobody is as na飗e as they seem. Everybody wants something. In the innocence of a small village in the estate, subtle manipulations and deceptions seep through.The songs continue to be sung, unwavering.
The home has changed. The palm trees have grown in endless symmetry. The landscape rusts and nostalgia turns.
---------------------------------------------------------------
Filem berbahasa melayu 1 jam 15 minit. Aku dapat bayangkan citer ni mesti bukan citer2 biasa sprti aliran mainstream. Ala2 'Beautiful Washing Machine', tak pun 'Min' (Ho Yu Hang) atau ala2 'Flower In The Pocket'...
Well, Ajami nama u ada judul filem dalam katgori sama... ahahahha... Israel plak tu cissss.
[ Last edited by takeshi_anwar at 27-4-2009 15:55 ]
Filem KARAOKE: Estetikatik Kehijauan Kelapa Sawit18 Oct 2009 10:34PMOleh Faisal Mustaffa
SELEPASmenonton filem Karaoke, aku terduduk apabila pengusaha rela melihathutan diratakan, orang kampong ditipu – untuk kepentingan sendiri.Konon untuk pembangunan negara.
Betik yang lahir di sebuahkampung yang dahulunya kaya dengan alam semulajadi, hutan dengankayu-kayan flora dan fauna - sesat di kampung sendiri apabilakampungnya dipenuhi dengan pokok kelapa sawit.
Selepas tamatdiplomanya, Betik pulang ke kampung halamannya, sebuah estet kelapasawit di pinggir Malaysia setelah merantau di kota besar Kuala Lumpur.Sungguhpun kampungnya kini dikelilingi ‘kehijauan’ pokok kelapa sawit,kehijauan itu tidak mendatangkan apa-apa maknya kerana hilangnya nilaiestetika. Patut pun poster filem ini (untuk keluaran antarabangsa)menonjolkan gambar pokok kelapa sawit yang terbalik.
Mungkinkita yang menonton filem ini tidak menyedari kerana pengarah meluangkanbanyak masanya dengan memaparkan ‘kehijauan’ ladang kelapa sawit.
SemangatBetik untuk meningkatkan taraf hidup keluarganya dengan pulang kekampong juga akhirnya tidak dihargai oleh orang kampung (peneroka)termasuk ibunya sendiri yang mereka sendiri merasakan (tanpa disedari)akan ‘kehilangan’ alam semulajadi.
Ibu Betik tidak mahu lagitinggal di kampung. Dia sanggup jual pusat karaoke yang diusahakan oleharwah suaminya untuk mencari kehidupan baru. Bak (bapa sauara Betik)juga berpindah ke Ipoh dan sanggup menjadi pengawal keselamatan yangpadanya lebih mulia dan lebih jujur daripada hidup dalam ‘kehijauan’yang tiada sifat alam semulajadi.
Anisah, seorang gadis kampong juga sanggup menjadi pasangan Bak dan juga akan tinggalkan ‘ladang’ hipokrit.
Penswastaan Ladang Kelapa Sawit
Orangramai sudah tentu akan pertikaikan mengenai kelapa sawit sebagaipendapatan Negara. Tetapi, adakah umum menyedari bahawa kebanyakandaripada ladang-ladang kelapa sawit telah pun diswastakan? Hasil kelapasawit disalurkan kepada syarikat swasta. Pekerja-pekerja lading hanyamendapat upah yang dibayar sesuka hati – kerana kita tidak mempunyaiAkta Gaji Minima.
Penanaman secara tidak terancang juga seringmerogol alam sekitar. Kasihan melihat pengembala kambing merayu kepadapemain bola supaya memberikan kambing-kambingnya sedikit masa lagiuntuk kambingnya meragut di padang – kerana tidak ada tempat lagi untukkambing-kambing itu meragut. Air menjadi kotor hasil dari pemprosesanmelampau. Tanah terhakis. Air bah. Mesin-mesin mencemarkan bunyi.Monyet berkeliaran sehingga mati tiada habitat, babi hutan terpaksasodok halaman orang kampong! Ini semua akibat daripada kerakusanmanusia itu sendiri.
Kekecewaan
Filem ini jugamenceritakan mengenai kekecewaan; seorang ibu dan seorang anak atasfactor generasi. Betik yang berhasrat untuk membina semula kehidupanbaru bersama ibunya selepas bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalutidak kesampaian ibunya masih tidak dapat memaafkan Betik kerana tidakdapat hadir di pengebumian bapanya. Kepulangan Betik juga tidak dilihatdisambut ibunya.
Ibu Betik yang akhirnya membuat keputusan untukmenjual pusat karaoke peninggalan arwah suaminya kerana pusat tersebutsemakin kurang menjadi tumpuan bukan kerana tempat tersebut tetapipemain dvd karaoke mudah dibeli dengan pelbagai skim yang membolehkanisi rumah memiliki pemain dvd dan tidak ke pusat karaokenya. Pusatkaraokenya sebelum ini menjadi tumpuan pekerja estet berbangsa India,keluarga mereka dan penduduk kampung berbangsa Melayu untuk berkumpuldan berhibur. Setiap lagu memberi makna kepada penduduk kampungtersebut.
Hipokrasi yang tidak disangka-sangka ialah apabilaperedaran masa mengubah segala-galanya, persekitarannya yang berubah,kesucian kampung di estet itu dicabul, pokok kelapa sawit ditanammerata-rata namun lagu sama terus didendangkan.
KARAOKE, diaraholeh Chris Chong yang pernah memenangi pelbagai anugerah antarabangsadan ditulis oleh Shanon Shah. Ia dilakonkan oleh Zahiril Adzim, MislinaMustaffa, Mohammad Hariry, Amerul Affendi and Nadiya Nissa.
Filemini pernah diberi penganugerahan untuk ditayangkan di Festival FilemCannes Ogos lalu dan kemudian memenangi anugerah di Festival FilemCalgary di Kanada.
KARAOKE akan mula ditayangkan di pawagam bermula 26 Novermber 2009.
* Foto oleh Danny Lim Semangat Betik untuk meningkatkan taraf hidup keluarganya
Cerita dia best tak macam indie/art movie yang selalunya ada
Aku dah tengok dan aku suka cerita ni
Mislina dan Zahiril memang superb kebabom
Lagu dalam filem ni pun best
Menangi dua (2) pas bagi menyaksikan filem KARAOKE yang akan ditayangkan mulai 26 November ini di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur. Pemenang yang menghantar jawapan paling tepatdan slogan paling kreatif berpeluang untuk memenangi dua (2) pas menyaksikan filem tersebut.
Sila hantar jawapan dan slogan anda ke alamat email [email protected]. Pemenang akan dinilai berdasarkan jawapan paling tepat, slogan paling kreatif dan tarikh dan masa email dihantar (siapa cepat dia dapat).