View: 1984|Reply: 18
|
Faizal Tahir janji baiki 'disiplin'
[Copy link]
|
|
Faizal Tahir janji baiki 'disiplin'
Oleh WAHIDA ASRANI
SEJAK kebelakangan ini, Faizal Tahir nampaknya sering dikaitkan dengan masalah disiplin.
Belum pun habis isu dirinya tiba lewat sejam ketika sidang media Minggu Setiausaha yang menggandingkannya dengan dan diva tersohor tanahair, Anita Sarawak tidak lama dulu, Faizal dikatakan turut tiba lewat pada satu sesi fotografi yang membabitkan beberapa artis lain pula selepas itu.
Gara-gara kes itu, Faizal dilabelkan sebagai artis tidak berdisiplin. Akui penyanyi yang popular menerusi lagu Sampai Syurga danMahakarya Cinta ini, perkara sedemikian ternyata memberi tamparan hebat buat dirinya.
Duabintang hebat ini kelihatan ceria menjawab soalan media tentang isu kelewatan Faizal di sidang media Minggu Setiausaha tidak lama dulu
Apa yang berlaku, tuturnya, adalah disebabkan salah faham. Namun,dalam nada tenang, kata Faizal, dia tidak mahu memperbesar-besarkan isu tersebut walaupun sedar imejnya pasti terjejas.
Malah, pada satu majlis yang lain, Faizal pernah menyuarakan hasratnya untuk meminta maaf pada Anita Sarawak gara-gara tiba lewat sejam di sidang media Minggu Setiausaha di PNB Darby Park itu,sedangkan Anita yang mesra disapa Kak Nita sampai tepat pada masanya.
Faizal telah membuat penjelasan sebenar tentang kelewatan tersebut yang sememangnya berpunca daripada salah faham dengan pihak penganjur tentang penetapan masa itu.
Dan dia sendiri berjanji untuk meminta maaf pada penghibur tersohor itu jika ada kesempatan bertemu dengannya di mana-mana majlis.
Namun, kata Faizal, dia tidak mampu menghalang jika ramai yang beranggapan dia mempunyai masalah disiplin. Bagi bapa kepada tiga cahaya mata ini, dia akan mengkaji kelemahan diri sendiri agar tidak dilanda masalah yang sama lagi kelak.
Faizal berjaya memberikan persembahan yang cukup menghiburkan menerusi lima buah lagu - foto THE STAR oleh RICKY LAI
"Memang perkara ini tidak sedap didengar. Seperti yang pernah saya katakan tentang isu sidang media di PNB itu, sebenarnya saya hanya lewat beberapa minit saja.
"Tak sangka pula saya telah lewat sejam. Saya sendiri ada bukti tentang masa sebenar yang diberitahu kepada saya untuk hadir di sana.Tetapi saya rasa tak perlulah saya besar-besarkan hal ini.
"Walau apapun, saya akan perbetulkan pengurusan masa saya, apatah lagi komitmen saya memang banyak...bukan saja sebagai penyanyi, tetapi untuk menguruskan keluarga juga.
"Saya minta maaf pada semua yang terasa. Saya berjanji akan cuba mengubah kelemahan diri. Setiap teguran itu saya terima dengan hati terbuka.
"Apa yang saya lalui selama dua tahun setengah ini memang cukup mencabar. Tapi, saya kena kuat dari segi mental," kata Faizal yang ditemui pada sidang media sejurus berakhirnya persembahan Minggu Setiausaha bersama Anita Sarawak dan Faizal sendiri di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, semalam.
Status suami dan bapa yang dipegangnya tidak pernah menjadi penghalang buat peminat-peminat wanita Faizal untuk 'mendekati' penyanyi ini yang juga bijak mencuri hati peminatnya
Faizal turut 'mengotakan' janjinya meminta maaf pada Kak Nita yang turut sama berada di sidang media itu.
Sambil bersalaman dan mencium tangan Kak Nita, Faizal berkata:
"Saya minta maaf dengan apa yang berlaku". Namun, Kak Nita dalam nada ceria menjawab:
"Saya tidak pernah marah. Tidak mengapalah. Perkara ini sudahberakhir," katanya yang turut menghadiahkan sejambak bunga kepadaFaizal.
Bangga berkongsi pentas dengan Kak Nita
Minggu Setiausaha yang berlangsung semalam ternyata menyaksikan kombinasi yang hebat antara Kak Nita dan Faizal Tahir.
Meskipun tidak menggandingkan mereka bersama untuk berduet sebuah lagu, kedua-dua penyanyi itu nyata berjaya menggamatkan suasana dengancara tersendiri.
Tutur Faizal, walaupun dia hanya menjadi 'opening act' pada persembahan itu, peluang berkongsi pentas dengan diva hebat itu merupakan satu pengalaman menarik buatnya.
"Bagi seorang yang masih mentah dalam bidang seni, saya memang rasa bangga dapat 'perform' bersama-sama dengannya. Walaupun hari ini saya tidak begitu sihat, tetapi saya telah cuba sedaya-upaya membawakan lima buah lagu," kata Faizal.
Penyanyi ini telah menyampaikan lagu Cuba, Mahakarya Cinta, You Make It Real, Gemuruh dan Sampai Syurga.
Kemunculan Faizal di pentas menerima respon yang cukup hebat.Melihat penyanyi berusia 30 tahun ini dikerumuni peminat-peminat wanita untuk bergambar ketika turun dari pentas mengingatkan khalayak kepada penyanyi popular, Anuar Zain yang sememangnya sering menjadi 'buruan'peminat-peminat wanitanya setiap kali membuat persembahan.
Ternyata Faizal kini juga berada di 'liga' sama seperti Anuar yang turut menjadi kegilaan ramai wanita.
Sambil tersenyum, Faizal berkata, dia melihat senario seperti ini sebagai satu penghargaan buat dirinya.
"Sejujurnya, pada umur seperti ini apatah lagi sudah berkeluarga, saya hanya lebih mementingkan tentang tahap persembahan saya.
"Bila dikerumuni untuk bergambar dan sebagainya, saya rasa itu bukan masalah besar kerana ia sekaligus bagus untuk meningkatkan tahap keyakinan diri saya, tetapi tidak lah bermaksud saya boleh besar diri.
"Saya sebenarnya lebih suka jika mereka yang meminati saya itu disebabkan hasil kerja dan persembahan saya," kata Faizal.
[ Last edited by Syd at 8-4-2009 11:30 ] |
|
|
|
|
|
|
|
salah faham je..
wartawan je lebih2... |
|
|
|
|
|
|
|
eloklah tu .... sedar kesilapan & berjanji akan perbaiki
tulisan wartawan ada pro & ada kontra
dr sudut pro ... dapat menyedarkan artis & membuatkan artis baiki disiplin diri
dari sudut kontrra ... sedikit banyak mencalarkan imej artis
tapi kalau kita berubah ke arah yg lbh baik.......... peminat boleh terima kita
PERCAYALAH
itulah realiti masyarakat mesia
asalkan anda berbakat, anda akan terus diminati
mcm aku ... wpun byk kata2 buruk org pada pejal
wpun ada masa kata2 aku dibangkang oleh pejal
dgn alasan aku tak open minded .....
tak mcm sesetengah peminat yang sokong tanpa mengkritik
tapi aku tetap hargai & meminati bakat besarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3 santubung\ catat
betul tu ...
menyedari kelebihan dan kekuranga penyanyi yg diminati ler fan yg sebenar .. |
|
|
|
|
|
|
|
fans faizal pun tak backup dia keterlaluan, kalau benda tu salah dia, tetap salah
kecuali kutukan dan menghina atas perkara yang ntah apa-apa, bagi jugak sedas dua
bila ada repot yang tak elok bagus untuk dia fikir, kan dah biasa terima tekanan yang tak pernah artis lain terima
aku belajar dari kesilapan dulu, minat seseorang biar berpada, akhirnya dah meluat nak backup...artis tu, kutuk pun dalam hati je |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 washere2\ catat
ayat akhir tu, kena aku sebijik |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cikgu_murni at 9-4-2009 11:02
ayat akhir tu, kena aku sebijik
aku pun kena sebijik
dulu pernah backup nak rak
pastu nyesal ... nak kutuk lebih karang jilat ludah sendirik
sekali terkena aku takkan buat lagi
kecuali lee jun ki sbb aku confirm 100% dia tak pernah sakit hati fans, press, atau berlagak divo wpun dah menang berpuluh2 award. sbb tu ticket untuk Fanmeeting habis terjual dlm masa 2 minit saja sbb fans seluruh Asia semua sayang giller kat dia. patutnya artis mesia kena tiru mcm dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #11 santubung\ catat
jadi, santubung tak jadi ke Fanmeeting lee jun ki kat korea ler?
curious plak aku nak tau ttg LJK ni, best sgt ker??
ader masa aku google cari ttg dia ni ...
paling2 artis korea yg aku tau hero n heroin winter sonata jer |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cikgu_murni at 9-4-2009 12:46
jadi, santubung tak jadi ke Fanmeeting lee jun ki kat korea ler?
curious plak aku nak tau ttg LJK ni, best sgt ker??
ader masa aku google cari ttg dia ni ...
paling2 artis korea yg aku tau he ...
insyaAllah jadi....
gempak giller fanmeeting tu sbb fans dari Asia (Thai, Mesia, Singapore, China, Jepun, Taiwan, Arab, Indon, Vietnam) diberi keutamaan kat depan stage. fans korea kat belakang2
ko nih. winter sonata tu zaman tuk kaduk. hero & heroin pun dah tua
citer terbaru LJK. "Iljimae" akan disiarkan kat 8tv, mulai 10 April, 8.30 pm setiap isnin - jumaat. citer ni yg dia dapat Best Aktor & Top Excellent Acting baru2 ni. citer lama tapi dimodenkan sikit, ala2 robin hood
>>> sorry la teroff topik keke |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 santubung\ catat
off topic jap
Wah sporting n bestnyer fan korea 'Guest first' ala-ala ladies first
i c ingatkan tiket sold out n ngko tak dpt. Semoga aku tak lupa nengok series ni
"Iljimae" akan disiarkan kat 8tv, mulai 10 April, 8.30 pm setiap isnin - jumaat |
|
|
|
|
|
|
|
off topic jgk..
kem salam kat lee dong wook jgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 cikgu_murni's post
ooooo dapat
kawan aku kat Cina yg tolong booking
harganya mahal giiller RM680 - RM880
lebih 10 ribu org akan attend .... untung dekat RM8 juta - RM10 juta sekali Fanmeeting |
|
|
|
|
|
|
|
tred nie dah sampai korea ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|