View: 4637|Reply: 30
|
'kembar' mawi ke yang dimaksudkan?
[Copy link]
|
|
Dengarnya... Tak payah jadi 'kembar siam' kekasih
Oleh Normah Becok
MEREKA berdua boleh dikategorikan sebagai pasangan bahagia. Mana tidaknya, sejak kebelakangan ini mereka kerap kelihatan bersama hatta di dalam majlis apa apa pun. Cik Normah pun tumpang gembira juga melihat betapa romantiknya pasangan merpati dua sejoli ini.
Tapi bukanlah kebahagiaan mereka berdua yang hendak Cik Normah cerita di sini sebab kisah cinta mereka berdua satu negara sudah tahu. Yang Cik Normah nak khabarkan ialah, si wanita ini pula semakin over dengan perangainya yang tak sudah-sudah hendak tumpang populariti si buah hati.
Kalau si jejaka ditemu bual media, ada saja caranya untuk menempel sekali dan menyampuk perbualan walaupun tak perlu sebenarnya. Satu hari, menurut cerita sumber Cik Normah yang berada di lokasi kejadian, adalah sekumpulan media yang ingin menemu bual mamat seorang ini dan seperti biasa, pasangannya itu juga ada menemaninya.
Apabila mendapat tahu yang wartawan ingin bertemu kekasih hati, dia pun apa lagi tergedik-gediklah nak turut serta dalam sesi itu. Tapi belum sempat dia nak tumpang sekali, wartawan yang hadir sudah awal-awal memberitahu yang dia tak diperlukan di situ.
Iyalah, nak buat apa menyemak kat situ, bukannya boleh membantu apa-apa pun. Kalau sekadar nak ulang balik apa yang dicakapkan si jejaka atau ‘pose’ cantik kat tepi itu, baik tak payah. Orang tengok pun rimas. Kepada si wanita ini, harap Cik Normah janganlah selalu sangat nak jadi ‘kembar siam’ pasangannya dan asyik nak berkepit tak sudah-sudah, meluat orang tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
kredit to BH
berita semalam nih <dah basi >
tapi semalam tak sempat .. sibuk kununnnn
siapakah mamat dalam artikel ni?
aku assume mawi
dan kembar taksiam tu adalah kikin |
|
|
|
|
|
|
|
dengan anggapan yang dimaksudkan adalah mawi n kikin
maka
aku nak ucapkan tahniah kepada wartawan yang terlibat
kerana melakukan perkara yang tepat
patutnya lama dulu lagi
apapun terima kasih wartawan
lain kali buat lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 chekshu's post
sila sila timbulkan keraguan yg
mamat = bukan mawi
perbincangan yg sihat digalakkan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niy at 26-3-2009 08:48
sila sila timbulkan keraguan yg
mamat = bukan mawi
perbincangan yg sihat digalakkan
niy...kalo x silap semalam dah ade yg bukak thread ni....... |
|
|
|
|
|
|
|
Opsss...sorry....saya ingat niy bukak thread kat board gossip...rupenye kat umah mawi...
Sorry banget ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 niy's post
hahahaha
nak speku sapa
kembar siam masa kat akademi
dah senyap jer
kalo tak.. leh gak aku speku kan dia kan????
wakakakakka |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 cloudnine_mm's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 cloudnine_mm's post
mana pernah aku buka benang kat tempat lain
kat sini jer berani
|
|
|
|
|
|
|
|
Salah siapa ye?...mawi yang kawin dgn kikin @ kikin yg kawin dgn mawi....Kita lihatlah perkembangannya kerana mawi kata dia percaya pada rezeki.... |
|
|
|
|
|
|
|
Katalah ape pun tapi kalau rezeki masih berpihak pd mawi, org kata apepun kalau dah hak dia maka dialah yang punya... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aikee04 at 26-3-2009 09:43
Katalah ape pun tapi kalau rezeki masih berpihak pd mawi, org kata apepun kalau dah hak dia maka dialah yang punya...
yang ini memang tak boleh nak bangkang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 sRbA's post
salah mawi lah jugak kan ? |
|
|
|
|
|
|
|
BH 26 mac 08
Dengarnya... Bosan sikap 'Raja SMS' Oleh Normah Becok
Mawi wajar lebih berhati-hati jika mahu terus kekal bertahta di hati peminat.
|
SEJAK akhir-akhir ini, ada beberapa cerita kurang enak yang Cik Normah dengar mengenai penyanyi lelaki nombor satu negara, siapa lagi kalau bukan Asmawi Ani.
Pertama sekali Cik Normah nak minta maaf kepada peminat Mawi, janganlah sensitif sangat dengan teguran Cik Normah kepada penyanyi yang sedang berbahagia dengan wanita bernama Ekin. Cik Normah tegur bukan kerana bencikan Mawi, sebaliknya Cik Normah sayang dan tidak mahu Mawi hanyut dengan populariti yang boleh memamah dirinya.
Baru-baru ini seorang teman mengadu kepada Cik Normah mengenai sikap Raja SMS ini. Katanya, Mawi diundang untuk membuat persembahan pada Konsert Belia Malaysia Cintakan Kedamaian. Dalam kontrak sudah tertera Mawi perlu menyanyi dan membaca puisi bersama isteri tersayang.
Pada hari dijanjikan, Mawi menepati janjinya untuk datang ke konsert berkenaan ditemani isteri tercinta yang turut sama diundang membaca puisi mengenai kedamaian. Tapi apa yang membuatkan penganjur kecewa dengan sikapnya apabila diminta mendendangkan sebuah lagu, Mawi berkeras tidak mahu menyanyi dengan alasan tiada dalam kontrak yang ditandatangani.
Puas juga penganjur memujuk berkali-kali dengan cara baik tetapi Mawi tetap enggan. Dia hanya mahu baca puisi dengan Ekin saja. Teman Cik Normah pun tak tahu kenapa Mawi bersikap begitu. Agaknya dia tidak boleh menyanyi kot kalau Ekin tidak ada di sisinya. Kalau tahu macam tu, bawa saja Ekin naik pentas menemani dia menyanyi atau jadi penari latar.
Atau kalau susah-susah sangat, lepas ni kita minta Maestro buat album duet Mawi dan isteri kesayangannya itu. Iyalah, industri hiburan kita ni pun sudah ketandusan penyanyi duet sejak tempat itu dikosongkan pasangan duet Ajai dan Nurul.
Yang membuatkan teman Cik Normah panas, kalau iya pun tak mahu menyanyi, tolaklah secara elok. Ini tidak, sudahlah dia tidak banyak cakap, siap buat muka tak kuasa dengan teman Cik Normah.
Cik Normah bukannya apa, risau juga nanti populariti Mawi merudum, macam mana pula? Lagi pun Cik Normah ada juga dengar cerita tahun ini tiada penganjur yang mahu memanggil Mawi untuk jayakan Minggu Setiausaha. Tak tahu pula Cik Normah apa sebabnya, cuma nasihat Cik Normah kepada Mawi, berhati-hatilah kerana dunia ini ibarat roda ada masanya kita di atas dan tidak mustahil satu hari nanti kita akan berada di bawah. Jadi berhati-hatilah...! |
|
|
|
|
|
|
|
aku tepek jugak artikel yg ni
tiap hari citer negatif keluar pasal mawi di BH
tanda tandalah tu kan? mawi kalah utk ABPBH |
|
|
|
|
|
|
| |
|