CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2228|Reply: 19

Siti giat dengan aktiviti seni, tangguh dulu soal anak

[Copy link]
Post time 25-3-2009 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Siti giat dengan aktiviti seni, tangguh dulu soal anak         
                      Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ


        
Siti genap 14 tahun pada 1 April ini. -foto The Star oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ


MASUK tarikh 1 April ini, genaplah 14 tahun penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 30, dalam industri senihiburan tanah air.

Tarikh itu juga bersempena dengan pelancaran album pertamanya, Siti Nurhaliza pada 1 April 1996 yang memuatkan lagu popular Jerat Percintaan.

Menurut penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini, mulai 1 April juga dia akan kembali sibuk dengan aktiviti seni dan promosi album yang tertangguh demi menghormati pemergian bapa tersayang, Tarudin Ismail ke Rahmatullah pada 15 Februari lalu akibat serangan jantung.

        
Siti kembali aktif dalam aktiviti seni yang tertangguh sebelum ini mulai 1 April ini.
foto The Star oleh ONG SOON HIN


Difahamkan, antara program yang melibatkan Siti adalah undangan persembahan sempena Keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra di Kelantan, Anugerah Kajai, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 dan program televisyen Jangan Tidur Lagi di TV3.

揇alam bulan April ini saya agak sibuk dengan pelbagai aktiviti seni.

揟ambahan pula, bulan depan juga merupakan ulang tahun saya dalam industri ini. Saya merancang untuk menyambut ulang tahun tersebut dengan peminat.

揇alam masa yang sama, saya sedang dalam perancangan membuat konsert amal secara solo di Istana Budaya yang dijangka akan dilakukan pada bulan Jun nanti,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2009 10:34 AM | Show all posts
syd
apasal comel sangat syd?
comell nye siti ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2009 10:54 AM | Show all posts
ko geram tgk pipi dia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 11:27 AM | Show all posts
comelnya siti...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 12:26 PM | Show all posts
takpelah ct.. soal anak tu tawakkal sajelah setelah berusaha.. toksah difikirkan sgt ye..

wah gitu.. mcm aku dah beranak pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 12:29 PM | Show all posts
byknye event ct april ni,... amacam zoom in yg tertangguh tu ek.. takde terus ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2009 05:22 PM | Show all posts
X suker serkup kepala yg siti pakai tuhh

Mujur rupa ct tetap molekk
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 05:23 PM | Show all posts
Originally posted by eddysheddy at 25-3-2009 12:29
byknye event ct april ni,... amacam zoom in yg tertangguh tu ek.. takde terus ker?

Aaah kann??

Harap2 RTM adakan balik zoom in bersama siti..
Harus vass daki puncak angkasapuri tuhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2009 07:10 PM | Show all posts
bestnye...konsert apela ct nk bt tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 07:07 AM | Show all posts
tak pe lah siti, weolz doakan agar cpt2 dikurniakan zuriat
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 06:12 PM | Show all posts
byk tul aktiviti Siti...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 06:24 PM | Show all posts
ct xyah pk sgt sal ank 2.. wat xtau je.. mesti ada rezeki la nnt.. bykkan berusaha ye..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 02:00 PM | Show all posts
semalam siti buat persembahan sempena hari keputeraan Sultan Kelantan... lawa sungguh siti nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 02:17 PM | Show all posts
Originally posted by beemok at 2-4-2009 14:00
semalam siti buat persembahan sempena hari keputeraan Sultan Kelantan... lawa sungguh siti nih

Tepeklah gambar kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 02:22 PM | Show all posts
minta maaf. saya duk jauh dari pentas.... tak dapat nak ambik... siti nyanyi lebih kurang 8 lagu....lawa macam anak raja
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 02:26 PM | Show all posts
minta maaf. saya duk jauh dari pentas.... tak dapat nak ambik... siti nyanyi lebih kurang 8 lagu....lawa macam anak raja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2009 02:34 PM | Show all posts

Balas #16 beemok\ catat

Its ok..

Lagu apa siti perform kat sana..?

Ni show sempena hari keputraan sultan kelantan kan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 02:47 PM | Show all posts

Reply #16 beemok's post

lagu dr LT ke? ade rakam & bubuh dlm you tube
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 10:07 PM | Show all posts
setiap kali bulan April.. mesti aktiviti siti padat eh...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 02:42 PM | Show all posts
ya aih?

rezeki jgn ditolak maaa....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.372229 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list