View: 3855|Reply: 25
|
Jangan lah salah sangka pulak kat akak
[Copy link]
|
|
Akak bukan LHDN, Akak bukan buat account rujuk topic akak disini http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=406632
Akak mohon maaf kiranya seolah memaksa pulak. Akak pun lupa yang benda declare nie tak patut buat secara open di forum. Akak sebenarnya suka berniaga, dengan kerja akak nie akak rasa akak nak berhenti kerja nak jaga anak-anak akak yang agak memberangsangkan jumlahnya. Sebab apa, akak nak tumpu pada anak-anak. Walaubagaimanapun suami akak gaji pun biasa, maklumlah makan gaji. Akak secara tak sengaja berbual-bual dengan rakan akak dan beritahu niat akak ni. Disebab rata-rata disini akak baca kaya-raya akak teruja nak cuba. Tapi rakan kerja akak telah menasihati akak dengan pelbagai hujah dan bangkangannya. Antara subjek yang rakan akak suruh fikir.
1. Malaysia dalam ekonomi yang meleset.
2. Merbahaya buka niaga terutama perniagaan baru.
3. Kerja akak kalau berhenti pasti susah dapat kerja lagi sebab akak kategori wanita yang ramai anak lainla dulu masih kiut.
4. Ramai graduan lagi baik dari akak tapi takde kerja.
Rakan akak betul-betul bangkang. akak masih yakin akak boleh berjaya terutama setelah mendapat ilmu disini.Permulaan dulu akak memang teringin nak pergi china. rakan akak kata nak berniaga ni kene ade bakat, kena ada kedai. dipendekkan cerita, dia mohon diadakan survey disini dan tengok macammana, maknanya apa jawapan disini akan menentukan akak patut tak berhenti kerja. itu jer.
akak bukan suruh papar dilaman web ni , agenda akak atas tu je. Apapun akak tak kisah dan akak akan teruskan jugak niat akak untuk berniaga cuma akak pilih secara parttime sahaja. survey diatas adalah dibatalkan. |
|
|
|
|
|
|
|
kaya raya.... dak juga kak.... ada yang bungkus pun....
dalam ni ada yang rugi ratusan ringgit dan tanggung hutang.....
tapi kalau kena gaya, meniaga bole untung.... |
|
|
|
|
|
|
|
ERRRR...X ABIH-ABIH LAGI KER |
|
|
|
|
|
|
|
akak dah lama nak meniaga, kecik-kecik dulu pun akak dah mimpi nak meniaga. Sebenarnya akak pun dah bosan buat keje makan gaji ni. tapi akak tak pernah meniaga. akak pun tak tau nak cakap macam-mana, akak perlu petunjuk yang jelas. sebelum niaga rakan akak suruh buat survey. macam interviu masa diploma dulu. nak tahu berapa orang melayu, cina, india, buat bancian. jadi akak nak tahu lah dalam 100 tu berapa yang berjaya. oleh kerana tak tahu macammana nak dinilai atau definisi berjaya itu, rakan akak mencadangkan bahawa kejayaan diukur dari keuntungan perniagaan. jika peniaga tu ada aset 100,000 keatas macam syikin dalam masa 1 tahun. kira berjaya la tu. kalau akak tak letak limit, dalam 100 tahun memang ramai la berjaya walau kumpul Rm10 sebulan kalau 100 tahun tentu dah 100,000. itu makan gaji pun boleh dapat.
ntah la... lemah pulak semangat akak ni... |
|
|
|
|
|
|
|
dear akak peniaga 2009...macam kat shamsul ghau2 dalam Raja Lawak aritu "EDULIKAN apa orang kata"
kalo akak minat nak niaga,teruskan ajer usaha dan cita2 akak tu walaupun cuma menjual sebotol budu or sebungkus kismis...yang penting halal. |
|
|
|
|
|
|
|
peniaga 2009 suka banci2 ya |
|
|
|
|
|
|
|
kalau niat akak nak berniaga sbb dah bosan dgn kerja, saya rasa akak kena pikir 100 kali dulu..kalau akak mmg betul2 nak berniaga dan bukannya ada sbb2 lain, saya rasa akak patut teruskan niat tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
lebih baik berniaga kerana minat... tp... terpulang |
|
|
|
|
|
|
|
Akak...apa yang penting ..kerjasama..
akak niaga je kak...berniaga lah kak...saya sokong akak... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam ni lah akak (sebab akak buat saya rasa muda).. Something old, something new, something to borrow...
Kalau di tanye org tak pernah brniaga mesti dia tak galakkan, tapi kalau di tanye org yg dah pernah berniaga walaupun tak kaya, dia pasti support akak..
Cuma nak senang, bukan senang, dan tak susah kalau nak susah. |
|
|
|
|
|
|
|
ada beberapa situasi yang akan berlaku jika akak berhenti kerja untuk niaga.
1. Income tolong suami dari keje makan gaji dah tak ade, hope meniaga boleh bagi pendapatan sama.
2. If niaga lingkup, kedai tutup, keje susah nak dapat balik, laki akak akan lebih terbeban, anak-anak tak cukup makan.
3. Keje makan gaji dah tahu gaji tetap banyak tu, meniaga sentiasa risau takut bulan tu tak cukup
ada beberapa situasi pula kalau akak tak meniaga just makan gaji
1. Hidup akak tak berubah, kais pagi makan pagi
2. Kos makin bertambah
3. Nak kerjaya lebih tinggi kelayakan tiada.
4. Kata orang niaga, tak cuba tak tahu, nak cuba kene mula dari sekarang.
Kekurangan akak dalam niaga
1. Pengalaman tiada
2. Belum ada kedai
3. Modal cukup ke?
4. Barang masih belum tahu tempat sesuai nak beli
5. Siapa nak pimpin akak dalam mengharungi niaga ni supaya tak lingkup
6. Strategi masih awang-awangan
Layakkah akak berniaga dan dapatkah akak diubah menjadi peniaga yang berbakat?
Kata rakan akak, akak ni tiada bakat, geram betul :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dia ni berlakon... zerocredit kot ?? hahahahahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #11 peniaga2009\ catat
nak selit sikit... aaaa rupanya nak bertanya.. ingatkan nak provoke
1. Pengalaman tiada (akan diperolehi dari setiap langkah perjalanan akak nanti)
2. Belum ada kedai (kena ada kedai ke baru boleh berniaga??)
3. Modal cukup ke? (itu hanya alasan..mulakan dengan apa yang ada...)
4. Barang masih belum tahu tempat sesuai nak beli (cari.. dan gali...)
5. Siapa nak pimpin akak dalam mengharungi niaga ni supaya tak lingkup (berkawanlah dengan usahawan, hanya usahawan yang memahami jiwa usahawan mereka akan memberi semangat insyallah.. )
6. Strategi masih awang-awangan (banyakkan membaca dan timba ilmu dari org lain..)
7. Layakkah akak berniaga dan dapatkah akak diubah menjadi peniaga yang berbakat?
(sebenarnya..bakat tidak datang dengan sendiri atau diwarisi dari keturunan.. Jika benar bakat niaga diwarisi, maka cuba kaji latar belakang kebanyakan taikun2 besar. Mereka sebenarnya tidak mempunyai pengalaman berniaga dan berasal dari keluarga petani yang miskin.Dorongan yang menggerakkan kita supaya melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan)
[ Last edited by elle_gogo at 17-3-2009 09:49 ] |
|
|
|
|
|
|
|
ada beberapa situasi pula kalau akak tak meniaga just makan gaji
1. Hidup akak tak berubah, kais pagi makan pagi - untuk berubah kena berani kak...kalau warga asing boleh hidup mewah dinegara kita..kenapa tidak kita??
2. Kos makin bertambah - jadi apa tunggu lagi...
3. Nak kerjaya lebih tinggi kelayakan tiada. - nak berjaya bukan hanya sekadar kelayakan...org berkerjaya tinggi pun ada masalah juga..
4. Kata orang niaga, tak cuba tak tahu, nak cuba kene mula dari sekarang. - betul sesangat..!! apa kata cuba dulu..jgn sesekali putus asa...
Kekurangan akak dalam niaga
1. Pengalaman tiada - mula2 mmg takda pengalaman....tanya pada sesiapapun...tanyalah pada penjual nasi lemak..
2. Belum ada kedai - meniaga di pasar pun bole cari pengalaman...tak salah...malah dapat jimatkan kos!
3. Modal cukup ke? - kalau ada duit rm100 pun bole start meniaga...!!
4. Barang masih belum tahu tempat sesuai nak beli - apa maksud akak??? tak brapa nak faham..
5. Siapa nak pimpin akak dalam mengharungi niaga ni supaya tak lingkup - diri sendiri kak...jgn harapkan org lain..ilmu di mana2...berkawanlah dgn org yg ada pengalaman...
6. Strategi masih awang-awangan - mulalah atur strategi..akak pasti boleh!!
Layakkah akak berniaga dan dapatkah akak diubah menjadi peniaga yang berbakat? - boleh!! sapa kata tak boleh??
Kata rakan akak, akak ni tiada bakat, geram betul - jgn berkawan dgn dia..berkawan dgn org yang memberi inspirasi pada kita..dan berkawan dgn org yang kita ingin contohi kejayaannya!!
[ Last edited by adelin at 17-3-2009 09:35 ] |
|
|
|
|
|
|
|
mcm ni aje kak...........tepuk dada tanya iman.....kalau sanggup mesti sanggup untuk:-
(a) Usaha sehabis baik
(b) Banyakkan doa kepada Allah. Senjata utama yang dimiliki oleh orang Islam
(c) Tawakkal kepada Allah
http://iglootots.blogspot.com |
|
|
|
|
|
|
|
sy ni tak byk pengalaman,baru 5 tahun meniaga nak nasihat lebih2 pun tak reti..
cuma sy nampak tak perlu lah akak serabutkan kepala dengan 'cakap kawan akak tu',dan tak perlu ada rasa resah gelisah pasal nak proceed buat bisnes atau tak
dulu masa mula2 nak berniaga sy pun byk benda jugak nak pikiaq dlm kepala,byk sgt was2 nya
sy cadangkan akak buat 3 perkara ni (sy tak tinggi ilmu agama nak nasihat lebih2 tak pandai,jadi sy cuma menyampaikan apa yg disampaikan pada sy time sy 'serabut kepala otak' dulu)
1) solat isthikharah byk2 - resultnya akak akan dapat jawapan yg pasti kpd semua soalan2 akak di atas tadi.Jawapan yg pasti & tepat,sebab hanya DIA yg mengetahui apa yg terbaik utk hamab2-Nya
2)solat tahajjud byk2 - Segala kesulitan & masalah didunia ni akan dimudahkan.Benda yg kita rasa impossible nak buat sebelum ni pun jadi possible
3)solat dhuha - tak kira lah akak dah decide nak niaga atau nak makan gaji,rezeki tu akan sentiasa ada,tak putus.
dan semestinya 'aset' paling utama solat 5 waktu...
kalau kita jaga 'aset' kat atas ni baik2,semua aset2 dunia ni Allah tolong jagakan
Good luck utk akak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 peniaga2009's post
5. Siapa nak pimpin akak dalam mengharungi niaga ni supaya tak lingkup
Sepatutnya tak ada persoalan 'siapa' di sini kak,sebab kita sendiri dah tau Allah saja yg dapat membantu.
Satu kesilapan kita ialah kita bila susah mengharap kan ada 'orang' yg akan tolong,kita akan cari kat manalah 'org' yg sanggup tolong kita nih...
kat sini kita dah buat silap besar,kita mengharapkan pertolongan orang lain/manusia,bila susah first thing kita ingat nak cari org utk tolong.
sepatutnya bila tgh susah & memerlukan pertolonga terus jer solat hajat,minta tolong dari Allah,kalau the first thing dlm kepala otak ni hanya Allah yg kita ingat utk minta tolong,nsyaAllah pertolongan tu dtg dgn cepat.
Sy bercakap ni dari pengalaman kak,time2 jahil dulu bila bisness susah kalut pikiaq kat sapalah aku nak minta tolong ni...
padahal mudah jer,pi amik wudhuk,solat hajat 2 rakaat,doa bersungguh2,InsyaAllah pertolongan akan dtg |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tanya saya adakah harus melompat terjun jadi peniaga pada ketika ini, jawapan saya ialah:
- beri aku lihat dahulu apa kamu mau niaga, apa kemahiran kamu dan di mana tempat untuk berniaga.
Di bawah office aku ini ada banyak kedai. kesian semua tak laku. Aku suka naik turun sambil survey, dan aku lihat ramai yang dah tak boleh bayar sewa. Tunggu masa nak tutup. Yang ada orang hanya restoran nasi campur dan kedai topup prepaid. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu sikap kita yang suka perlekehkan peniaga... Suka bagi soalan provokasi... "Boleh kaya ke berniaga ni?" "Kalau kaya apa buktinya?"
Haa.. persoalan2 spt inilah yg banyak melemahkan jiwa kita (esp bagi orang yang suka sangat dengar cakap orang yg bersikap negatif)
Berniaga... bergantung kepada niat... kalau nak kaya, u akan jadi kaya.. kalau nak suka2, u akan suka2.... kalau nak tolong orang, u akan boleh tolong orang...
Percaya satu jer... ajal maut rezeki di tangan Tuhan... nak kaya mintak kat Dia... Dia akan bagi petunjuk dan perluaskan jalan
Ikut petua, jangan dok pandang orang di atas (tu yang manjang dok tanya orang kat sini sapa yg dah kaya juta2 lemon).. sebab anda akan rasa diri tiada apa2... kita kena pandang orang yg dibawah.. supaya kita akan lebih bersyukur dengan apa yg Tuhan berikan
Nak berniaga... jangan takut pasal modal pasal kedai pasal persaingan pasal kaya pasal miskin pasal untung pasal rugi.. kalau takut.. toksah meniaga... keje la makan gaji jer
Tu sekadar pandangan saya yg cetek la... coz saya pernah berada dalam situasi tersebut... takde modal, takde kedai... tapi provokasi orang lain tak melemahkan semangat saya... ejekan kawan2 dan sedara mara tak melemahkan saya.. sebab saya banyak kawan2 yg baik budi kat sini... mrk byk bg semangat
Saya bukak bisnes tak pakai duit... saya pakai air liur... tak percaya tak per... tapi saya lom kaya lagi sbb masa saya mula2 setup bisnes ni, niat saya bukan nak kaya... niat saya nak tolong sedara mara jer... tapi dengan adanya kedai baru ni, saya nak pasang niat utk kaya la pulak.. start 2010 saya nak pasang niat utk jadi kaya macam jutawan ke bilionwan ke
demikian adanya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|