CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7839|Reply: 72

Hati-hati Guna Facebook, MySpace etc..

[Copy link]
Post time 12-3-2009 10:46 AM | Show all posts |Read mode
artikel ini dipetik dari paper hari ni.. rasanya menarik untuk dikongsikan dan baik untuk peringatan bersama..

----------------------------------------------------------
RAMAI yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Friendster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya.

Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya.

Tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai tempat memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ia percuma dan itulah yang saya ingin kongsikan.

Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu percuma, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing.

Laman web sosial yang sedang meletup sekarang ialah Facebook.

Sebenarnya, ada sebahagian dark side yang tidak diketahui oleh jutaan pengguna Internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu teori konspirasi yang telah pun menjadi fakta benar.

Jika ada antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.

Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data yang kita berikan itu telah pun disimpan oleh pihak perisikan antarabangsa?

Mereka boleh mengakses semua butiran mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir diri tanpa perlu bertanya kepada orang lain. Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai daripada kita terutamanya rakyat Malaysia sudah memberikan 100 peratus informasi dan butiran diri mereka dengan tepat.

Dalam keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah percuma dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Bagi pengguna kebanyakan, mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak itu tetapi bagi mereka yang mempunyai title sebagai professional seperti doktor, peguam, profesor, saintis dan lain-lain, mereka inilah yang dicari-cari.

Pernahkah kita atau mereka fikirkan mengenai risiko yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?

- Semua data mengenai aktiviti dimasukkan.

- Semua data mengenai kejayaan diri dimasukkan.

- Alamat, bandar, nombor telefon, kelab, pekerjaan, rekod pendidikan, minat, aktiviti harian, habis diberikan begitu sahaja.

Data-data ini akan disimpan oleh pihak perisikan sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa depan.

Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

Bagi saya, bersosial di laman web tidaklah salah, tetapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya.

Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda percuma sebegini.

MAN MAD
Kuala Lumpur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2009 10:55 AM | Show all posts
Pic aku pon dah digunakan oleh malaun lain, hangin tul.. sebab tu lah aku dah x main fs2 nih.. muka aku cam shrek ni pon ada gak ati nak nyamar jadi aku, mesti mukenya lebih huduh dari shrek kan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 10:58 AM | Show all posts
aku pun ade frenster ni semua,tapi tak pernah bagi sepenuhnya maklumat tentang aku
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 11:01 AM | Show all posts

Reply #3 gelugugu's post

Baguslah sebelum terkene.. macam aku dulu hanya add member2 dan kenalan je, sebab buat private.. tapi x sangka plak ada yang leh ceroboh masuk fs aku walaupun dah letak private kan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 11:15 AM | Show all posts
waa....takutnye. gambar aku memang banyak aku letak dalam frenster...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 11:24 AM | Show all posts

Reply #5 dragon_tears's post

apo laie....kasik tebas sumer gambo2 tu dragon...kang x pasal2....gambo ko org photoshop pehtukasik tepek kat internet......
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-3-2009 11:43 AM | Show all posts

Reply #4 princebrunei's post

tu ar..letak private pn tak guna sbb org len still boleh hack. cuba korg gugel..step by step dia ajar..siap ada software utk hack lg..(kot la..aku bkn terer istilah IT ni.. ).

tp siyes..kwn aku penah try dah..dapat..sebbek bek pic2 org tu bukan 18*** nye pic..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2009 11:45 AM | Show all posts

Reply #5 dragon_tears's post

kann..kena lancarkan projek pembersihan frenster..

aku pn ada frenster gak..tp taleh bukak kat opis. balik umah kang delete abis2an..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2009 11:46 AM | Show all posts

Reply #6 medangmru's post

er..maceh mod 4 d pinat..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 11:47 AM | Show all posts

Balas #8 rhys88\ catat

tu ar...........takut gambar disalahgunakan nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 11:48 AM | Show all posts

Reply #7 rhys88's post

Betul, kat youtube pon dia ajar camner nak hack myspace ngan fs nih.. hangin plak kan, suke2 je masuk fs orang lain.. :@ tapi kan kalau sendiri letak pic 18sx tu sapa suh, kalau nak buat koleksi pon sendiri simpan sudah la, x yah nak share2 ngan orang.. x kisah panjang / besar mana balak korang tu, nak bangga mende nye.. sendiri tau dah la, ni nak gak bagi kat semua orang tengok..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 12:08 PM | Show all posts

Reply #11 princebrunei's post

mungkin rasabangga sbb dpt tunjuk body derang yang menarik , solid dan seksi tu kot PB....tp bila gambo tu dah diedit ngan photoshop....dan tersebar kat internet...tahu plak malu dan marah....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 03:16 PM | Show all posts
hehehe..

aku x pernah letak pape yg btol kat myspace..

gambar letak pon x nampak muke sgt..

hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 03:24 PM | Show all posts
kat frenster banyak pic iqa letak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 03:26 PM | Show all posts

Reply #14 raiqah's post

Ye ke iqa, harus skodeng nih..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 03:35 PM | Show all posts
bagi mel lu pb..wa nak skodeng luk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2009 03:38 PM | Show all posts
wa tak pena letak details wa... seme merapu ngeh, ngeh, ngeh....
misteri maaa....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 03:46 PM | Show all posts
hak2..aku rase buat semak databasae perisikan tu aje kalo nk simpan data korang2 or kita2 ni yg takde ape pun kat mata dunia..dah la bukan tokoh politik ake ape ke..takde nye dia simpan data korang tu...jgn riso...tak penting..bnyk lagi bnde penting dia nk simpan...hak2
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 03:49 PM | Show all posts
wa tergolong artis ape??
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 03:50 PM | Show all posts

Reply #16 raiqah's post

FS aku dah lama x aktif..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.863737 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list