View: 1940|Reply: 4
|
Produk Raptiva digantung
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA 4 Mac – Kementerian Kesihatan menggantung serta-merta pendaftaran produk Raptiva (efalizumab) berikutan laporan bahawa ubat tersebut mendatangkan kesan sampingan buruk terhadap penggunanya.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A. Rahman berkata, Syarikat Merck Sdn. Bhd. yang merupakan pemegang berdaftar Raptiva di negara ini telah diarah memberhentikan pengimportan, penjualan dan pengedaran produk tersebut berkuat kuasa serta-merta.
Sehubungan itu, katanya, pesakit baru tidak dibenarkan mendapat rawatan menggunakan produk berkenaan.
Bagaimanapun jelasnya, pesakit yang sedang menerima rawatan dengan produk berkenaan dinasihatkan tidak memberhentikan penggunaannya serta-merta sebaliknya diminta menghubungi pengamal perubatan masing-masing terlebih dahulu bagi mendapatkan rawatan alternatif paling sesuai.
“Agensi Perubatan Eropah (Emea) dan beberapa agensi luar negara telah mengambil tindakan kawalan terhadap produk Raptiva.
“Emea telah mencadangkan tindakan kawalan diambil atas isu keselamatan memandangkan risiko produk ini telah melebihi manfaatnya.
“Kesan serius dilaporkan antara September 2008 dan Januari 2009 termasuk tiga kes di mana pesakit telah disahkan mengalami kesan Progressive Multifocal Leukoencephalopathy (PML) setelah mengambil Raptiva lebih daripada tiga tahun dan dua daripadanya menyebabkan kematian,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini.
Di Malaysia, Raptiva adalah produk berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dengan dua nombor pendaftaran, iaitu MAL20051391A (dikilangkan oleh Genetech Inc., USA) dan MAL20061613AS (dikilangkan oleh Laboratories Serono SA, Switzerland).
Ia digunakan untuk merawat pesakit dewasa yang menghidap penyakit plaque psorlasis pada tahap sederhana dan kronik.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nik2121 at 5-3-2009 09:43
gapo dio Raptiva ni?
dari mr Wiki
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|