Faizal Tahir dan Anita Sarawak akan menjayakan Minggu Setiausaha PNB Darby Park pada 7 April ini
SEORANG merupakan diva tersohor dan seorang lagi adalah penyanyi yang cukup menyerlah bakatnya pada masa kini - gandingan mantap dua bintang hebat ini pastinya akan menghangatkan Minggu Setiausaha anjuran PNB Darby Park yang akan berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara pada 7 April ini.
Anita Sarawak dan Faizal tahir akan menghiburkan kira-kira 1,000 tetamu dengan persembahan bertenaga mereka dengan diiringi barisan pemuzik di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Acis.
Selain persembahan hebat dua bintang ini, tetamu yang hadir pada Minggu Setiausaha itu juga akan turut membawa pulang cenderamata menarik dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang cukup hebat.
Hadiah utama cabutan bertuah itu ialah merupakan set bilik tidur bernilai RM18,000 tajaan Empire Classic Furniture. Turut menjadi penaja ialah Rafflesia, Jovian Mandagie, Silvana Ultimate dan Emma Lisz.
Bertemakan warna perak dan hitam, tetamu yang tampil dengan pakaian yang menarik akan berpeluang dinobatkan 'Pakaian Terbaik'.
Harga untuk menyaksikan Minggu Setiausaha bersama Anita Sarawak dan Faizal Tahir adalah RM450++ dan RM280++ seorang. Tempahan boleh dibuat di talian 03-74903333/579/696/443. |