1. fikirlah ~ pembukaan lagu ini terus mengingatkan aku kepada muzik ala band Coldplay kerana ketukan pianonya.. juga entah kenapa bila aku hayati liriknya seolah-olah rasa isi hati Aizat selepas penangan kontroversi dalam AF5 dulu? memang layan betul dengar lagu ni sambil memandu kereta dengan laju! hahaha..
2. hanya kau yang mampu ~ inilah lagu yang paling best dan sudah tentu akan jadi evergreen untuk jangkawaktu yang panjang! muzik rock orkestra berkoir untuk lagu ini memang blend sangat dengan liriknya yang meronta-ronta dari suara Aizat yang lunak dan tidak kedengaran 'serak pecah' bila note paling tinggi pun. aku paling suka dengar rangkap selepas gitar solo dimana hanya ketukan piano sahaja yang sangat dramatik macam muzik runut sebuah kisah cinta klasik tapi moden! wow! wow! wow!
3. lagu kita ~ ini lagu dan lirik yang terasa sangat peribadi untuk seseorang yang amat dicintai. sekali lagi alunan muzik dan lenggok suara Aizat terasa begitu ikhlas dan menyayat hati. ia seumpama sebuah lagu yang dinyanyikan sambil memetik gitar semasa menidurkan orang kesayangan di sisi kamu! wahhh!
4. sahabat ~ lagu ini pula ialah alunan dan rasa rendah diri seorang sahabat yang pernah bergaduh untuk meminta ampun. ia macam lagu perdamaian setelah salah faham dimana liriknya membuktikan bahawa kamu perlu kembali bersahabat. mungkin.. mungkin selepas itu kamu akan bercinta dan dengar trek no. 3 'lagu kita' pula.. fuyooo!
5. selamat tinggal akhirnya ~ entah kenapa lagu ini aku dengar iramanya macam lagu nasyid kontemporari? eh! tapi sebenarnya lirik lagu ni pasal seorang wanita kesayangan yang telah ditinggalkan.. ala-ala lagu frust menonggeng katanyaaa! hahaha!.. nota: dengarkan falsetto Aizat bila sebutan 'wanitaaa'..
6. cintai diriku ~ lagu paling santai macam Aizat tengah jam session (jamming) dengan adik-beradik dia kat garaj rumah diaorang? hahaha.. rentaknya berubah-ubah seolah main belasah jer on the spot tapi sebenarnya terkawal dan sangat relex. lenggok suara Aizat juga bermain-main dengan berbagai level tinggi-rendah dan turun-naik. nota: selalunya aku dan anak-beranak semasa dalam kereta akan ikut menjerit "wooo!" bila liriknya "..akan kuubatkan segalaanyaaa! wooo!"
7. melodi cinta ~ wow! wow! wow! ini satu lagi lagu yang sangat menguji kemampuan vokal range Aizat dari serendah-rendah note ke setinggi-tinggi yang boleh dia nyanyikan. bahagian awal lagu ini memang menyerlahkan kawalan lenggok dan falsetto yang diiringi irama muzik orkestra. kemudiannya graf lagu ini perlahan-lahan menaik dan menaik seterusnya dilatari oleh koir yang sangat harmoni. bagi aku, inilah lagu yang ke-2 terbaik nyanyian Aizat selepas lagu 'hanya kau yang mampu'
8. hanya kau yang mampu (versi akustik) ~ dalam versi ini Aizat mengubah cara lontaran vokalnya untuk disesuaikan secara nyanyian unplugged. lagu ini masih sesuai didengar semasa melepak santai di beranda rumah sambil menikmati kopi panas semasa hujan gerimis! sangat menenangkan jiwa!
ajami: album ini walaupun dibikin dalam jangkawaktu yang singkat tetapi kualitinya sangat bagus! siapa kata album artis Malaysia tak hebat dan berbaloi dibeli? huh!
Originally posted by klubbkidd at 20-2-2009 06:46 AM
rajin ajami. sujudddddddd..
1. fikirlah ~ pembukaan lagu ini terus mengingatkan aku kepada muzik ala band Coldplay kerana ketukan pianonya.. juga entah kenapa bila aku hayati liriknya seolah-olah rasa isi hati Aizat selepas penangan kontroversi dalam AF5 dulu? memang layan betul dengar lagu ni sambil memandu kereta dengan laju! hahaha..