|
saya nak tanya sesiapa yg memakai implan sebagai perancang keluarga, adakah berat badan naik, saya dah pakai implan selama setahun, berat badan naik mendadak, sekarang kena diet, tak tahulah cam ne, naik tang perut n punggung, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 yana1003's post
CEO tak pakai..implan tu apa yer? yang plastic surgery tu ker? |
|
|
|
|
|
|
|
bagus gak topic ni, baru cadang nak guna implan nak tgk feedback dulu. member sy pakai implan mmg berat dia naik pastu time dia period pening2 kepala... Biras saya kata klu seseorg tu serasi ngan suntik perancang kuarga dia juga akan serasi ngan implan. |
|
|
|
|
|
|
|
tak tau..takde pengalaman lg.... |
|
|
|
|
|
|
|
lom tawen agie... takleh nak komen apa... rasanya kalo ko mukak kat bod PARENTING isu neh.. insya-allah ramai yg leh tolong |
|
|
|
|
|
|
|
klu pakai injection setiap 3 bln tu ok ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ziela81 at 17-2-2009 11:56 AM ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
klu pakai injection setiap 3 bln tu ok ke?
baru ni amik suntikan kat klinik putrajaya, suntik tu dah 2 bulan sekali, dulu 3 bln skali. tapi suntikan sy bengkak dan gatal, nurse kata depa tukar ubat lain, mmg ramai komplen bengkak |
|
|
|
|
|
|
|
breast implant tau le..
implan kat mane tu? |
|
|
|
|
|
|
|
ni suntikan cegah hamil.. |
|
|
|
|
|
|
|
owhhh...benda ni mcm perisik gune je..hati2..tah2 FBI leh pantau n leh mind control lak...sape tau..![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sosimple at 18-2-2009 05:46 PM ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
pasang kat lengan??... pastuh cemana dia cegah kehamilan tuh
ni LG quote dari internet........
Jika masyarakat dahulu menggunakan kaedah tradisional sepertimemakan air rebusan akar kayu atau jamu untuk mengelak hamil,kemunculan pil kontrasepsi dan kondom turut memberi ‘kelegaan’ bagipasangan yang ingin merancang keluarga. Dan kini dengan hadirnyapelbagai lagi jenis kontrasepsi yang selamat, berkesan, mudah digunakandan murah menjadikan perancangan keluarga bukan lagi perkara yang sukar.
Antara kaedah terkini yang semakin mendapat perhatian namun belum digunakan secara menyeluruh adalah implanon.
“Implanon adalah alat kontrasepsi berbentuk rod kecil yang dipasanghanya di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian tengah lengan atas.
Ia boleh menghalang kehamilan sehingga tiga tahun dan tidakmemerlukan sebarang tindakan harian,” kata Dr. Hamizah Mohd. Hassandari Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan PembangunanKeluarga Negara (LPPKN).
Menurutnya lagi, implanon adalah kaedah halangan yang sangatberkesan dengan kurang daripada satu peratus kegagalan dilaporkan.Kebanyakan kegagalan yang berlaku adalah disebabkan kedudukan implanonyang tidak tepat. Wanita yang memakai implanon akan subur semulaselepas tiga minggu alat tersebut dibuka malah implanon juga tidakmengganggu hubungan seks seperti sesetengah kontrasepsi.
Setiap rod implanon mengandungi etonogestrel. Ia bertindak melepaskan hormon progestin pada paras yang tetap sepanjang hayatnya.
“Implanon sesuai untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mereka,” jelasnya.
Kata Dr. Hamizah, implanon juga bertindak dengan cara memekatkanmukus serviks yang mana dengan sendirinya menghalang kemasukan spermake dalam tiub fallopian.
Dengan ini, gangguan berlaku di bahagian endometrium sekretori yangmana ia menjadi nipis dan tidak membenarkan ovulasi berlaku.
Mungkin kedengaran agak menakutkan apabila rod implanon perludimasukkan di bawah lapisan kulit menggunakan trokar, namun menurut Dr.Hamizah, kaedah ini paling sesuai memandangkan ia kekal sepanjangpemakaian dan tidak memerlukan penjagaan yang melecehkan.
“Kalau dengan cara pil misalnya wanita tersebut mungkin akan terlupa,” katanya.
Namun begitu pemakaian implanon juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti kesan pendarahan atau haid yang tidak dijangka.
Menjawab pertanyaan, Dr. Hamizah berkata, ada ketikanya berlakukesan pendarahan tidak dijangka ketika penggunaan atau selepas tigahingga empat bulan penggunaan.
Katanya, 50 peratus pemakai mungkin tidak mengalami haid ataumengalami sedikit sekali-sekala, 40 peratus mendapat pusingan haid yangnormal manakala 10 peratus mengalami pendarahan banyak dan membebankan.Jika perkara ini berlaku, doktor akan menasihatkan supaya implanonditanggalkan.
Implanon juga boleh menyebabkan komplikasi jangkitan setempatsebanyak satu peratus. Kesan-kesan yang biasa adalah berlaku lebam disekitar kawasan kemasukan. Ada juga komplikasi berlaku ketika implanoningin ditanggalkan terutama jika rod melebihi sebatang.
Masalah-masalah yang biasa dialami ketika menggunakan kontrasepsilain seperti pening kepala, jerawat dan pertambahan mungkin juga bolehberlaku kepada pemakai implanon.
Namun sehingga kini belum ada pengesahan sama ada implanon boleh mengubah risiko seseorang wanita terhadap kanser payu dara.
Siapa yang boleh menggunakan implanon?
Wanita yang mahukan kaedah yang mudah, berkesan, mudah dipasang danditanggal, mudah kembali untuk subur, kekal di tempat di mana iadipasang, tidak perlu melakukan sesuatu terhadap kontrasepsi yangdipakai, tidak memakai sebarang kontrasepsi lain dan alah kepadaestrogen sintetik.
Siapa yang tidak boleh menggunakan implanon?
Wanita yang mempunyai tumor thromboembolic disorder progestogendependent (sama ada sudah mengetahuinya atau disyaki), mempunyaisejarah lalu atau semasa penyakit hepatik yang teruk seperti fungsihati tidak kembali kepada normal, tumor hati benign atau malignant,carcinoma di dada, sedang hamil atau mengalami pendarahan vagina.
Fakta mengenai implanon:
l berbentuk rod sepanjang 4 sm x 2 mm, mengandungi 68 miligram gonane progestin etonogestrel.
l implanon boleh dikeluarkan pada bila-bila masa namun penggunaannya perlu dihadkan sehingga tiga tahun sahaja.
l mula sekali diperkenalkan di Indonesia pada 1998, kemudiandiluluskan penggunaannya di 30 negara lain dan kini telah dipakai olehlebih 2.5 juta wanita seluruh dunia.
Cara pemakaian:
Anestetik disuntik pada bahagian lengan atas dan kemudian alattrokar seperti jarum digunakan untuk memasukkan rod implanon di bawahlapisan kulit. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit. Hanyadoktor berpengalaman dibenarkan melakukan prosedur ini bagimengurangkan risiko kerosakan saraf atau diletakkan di tempat yangtidak betul yang akhirnya menyebabkan kehamilan yang tidak diingini.Hanya 3.6 peratus pemakai implanon pernah mengalami komplikasi setempattermasuk bengkak, kemerahan, hematoma dan kesakitan. |
|
|
|
|
|
|
|
implanon adalah kaedah halangan yang sangatberkesan dengan kurang daripada satu peratus kegagalan dilaporkan.Kebanyakan kegagalan yang berlaku adalah disebabkan kedudukan implanonyang tidak tepat. Wanita yang memakai implanon akan subur semulaselepas tiga minggu alat tersebut dibuka malah implanon juga tidakmengganggu hubungan seks seperti sesetengah kontrasepsi.
Setiap rod implanon mengandungi etonogestrel. Ia bertindak melepaskan hormon progestin pada paras yang tetap sepanjang hayatnya.
wah! mcm bagus jerk
thanks libra bg input ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 yana1003's post
kakak dea pakai ni..nampak dia cam ok jek..xde plak naik berat badan ke apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
berat badan saya naik, n selalu sakit kepala, kalau period lamalahhh hampir 2 minggui, tapi kuar sikit2 je,tu yg x best, doktor ada ckap dulu, semasa blum pasang implan, dia bg tau memang kita selalu akan sakit kepala, emosi tak menentu gak, x bleh salah sikitlaaa, mula lah naik angin, biasanya husbandlah jdi mangsa. mungkin ikut hormon juga agaknya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|