|
Mawi jadi Badang dalam filem muzikal 'Magica'
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
Pasangan bahagia, Mawi dan Ekin lali dengan gosip.Foto The Star Oleh:AZMAN GHANI.
KALAU sudah bergelar selebriti ada sahaja kisah yang sentiasa menjadi buruan pihak media.
Dari kisah percintaan, kemudian perkahwinan yang digelar 'Wedding ofthe Year' hinggalah ke kisah bulan madu semua cerita itu perlu dikongsioleh penyanyi bernama Asmawi Ani atau Mawi ini bersama peminatnya.
Terbaru, isteri kepada bintang popular ini, Nora’Shikin Rahmat(Ekin), 29 dikatakan menjadi punca pemberhentian pembantu peribadi Mawiyang dilantik oleh Maestro Talent, Wan atau nama sebenarnya Wan FirdausWan Ibrahim.
Apabila Wan diberhentikan kerja awal bulan Disember lalu, ada pihakyang mengaitkan pemecatan Wan dengan perkahwinan antara Mawi dan Ekin.
Ini memandangkan selepas berkahwin, Ekin telah mengambil alih tugasmenjadi pengurus Mawi. Lantaran itu, khidmat Wan sudah tidak diperlukanlagi.
Ada khabar lain mengatakan, Wan 'dibuang' oleh Mawi gara-gara untukmemberi ruang kepada isteri menguruskan segala aktiviti seninya.
Walaupun begitu, cerita orang tidak semestinya benar. Barangkaliterlalu banyak yang telah ditokok tambah, untuk menyedapkan penceritaan.
Mawi sendiri tidak terkejut ketika persoalan itu diajukan kepadanya.
Ekin sentiasa jadi peneman Mawi ke majlis-majlis tertentu.
Tegas Mawi, sepatutnya kes perlucutan jawatan Wan daripada khidmatsebagai pengurus artis di Maestro itu tidak ada kena-mengena samasekali dengan dirinya.
Bagi Raja SMS ini, dia menerima apa sahaja kritikan yang dilemparkan kepadanya namun jangan sampai mengaibkan.
"Saya tidak kisah apa orang nak kata, saya akan cuba diam saja kalauia tidak mengaibkan. Bagi saya asam garam dunia artis ini ada sahajayang nak lihat kejatuhan kita," kata Mawi yang ditemui selepas sidangmedia pelancaran Konsert Malam Sinar Maulidurasul 1430H semalam.
Baginya, sudah terang lagi bersuluh isteri tercinta tidak terlibatlangsung dalam masalah tersebut kerana pihak Maestro yang telah memecatWan.
"Ekin memang tidak tahu menahu langsung mengenai hal ini. Semuanyapihak Maesrto yang telah uruskan. Kami dapat tahu pun selepas Wandiberhentikan," ujar Mawi.
Difahamkan pihak Maestro memberhentikan Wan kerana dia melanggarperaturan dan etika sebagai pekerja di syarikat pengurusan tersebut.
Menurut Mawi, dia tidak mempunyai hak untuk 'membuang' ataumengambil sesiapa bekerja dengan Maestro kerana syarikat berkenaandikendalikan oleh pengurusan yang profesional.
Kata Mawi juga, memang betul selepas berkahwin Ekin menjaga danmenguruskan kerjayanya tetapi itu tidak bermakna dia tidak memerlukankhidmat pengurusan daripada pihak Maestro.
"Saya masih bawah pengurusan Maestro. Ekin pula merangkap pengurusperibadi saya. Selepas ketiadaan Wan di Maestro, Azman dan OthmanMahmood atau Liza yang menguruskan jadual dan aktiviti seni saya,"beritahu Mawi lagi.
Bagi Mawi pula, ujian yang diterima dari mereka bercinta sehinggaberkahwin sudah terlalu banyak, jadi dia berharap apa jua cabaran yangmelanda tidak akan mengoyahkan bahtera yang baru dibina bersama Ekin.
"Kami dah lalui macam-macam, tuduhan, fitnah. Alhamdulillah sayabersyukur sangat kami dapat lalui semua itu. Saya rasa lebih baik kamilalui semuanya sebelum kahwin, jadi kami dah ada pengalaman dan tahumacam mana nak atasinya," katanya.
Mawi kuat makan
Menutup kisah tersebut, si pelantun lagu Aduh Saliha ini sememangnya teruja bergelar suami sejak 20 Disember tahun lalu.
"Memang seronok kahwin, ada orang teman dan masak untuk kita, tapikena ingat tanggungjawab pun dah bertambah. Dalam masa yang samakehidupan pun lebih teratur,” kata Mawi.
Ekin yang sentiasa menemani Mawi ke mana sahaja setelah merekaberumah tangga mengakui Mawi seorang yang kuat makan namun dia tidakcerewet dalam soal tersebut.
"Dia memang kuat makan, yang bestnya, Mawi tak cerewet. Kami dua-duaorang Johor, suka makan asam pedas. Jadi saya selalu masak asam pedasikan, ayam tukar-tukar. Kadang-kadan itu ada juga masak ikan masakkicap. Tengok mood nak masak apa, selalunya tanya jugak kat Mawi dianak makan apa.
"Yang bestnya, Mawi pun pandai masak, Nasi Goreng Kampung dia memangsedap. Satu lagi Mawi ni kadang-kadang suka bangun pukul dua atau tigapagi masak jemput-jemput bilis. Dia suka sangat makan kuih tu,” kataEkin lebih gemar masak sendiri untuk suami tercinta.
Idam anak kembar
Mengakui masih lagi mengekalkan gelaran Cik Wiwi dan Cik Kikin,kedua pasangan romantis ini tidak menolak jika dikurniakan cahaya matadalam masa terdekat.
"Alhamdulillah saya terima saja. Lagi seronok kalau dapat babykembar seorang perempuan, seorang lelaki. Tapi saya tak kisah jantinaapa pun, janji baby sihat dan selamat dah cukup,” kata Mawi suka akankanak-kanak.
Sementara Ekin yang berada disebelah Mawi turut mengiyakan kenyataan tersebut.
"Memang Ekin pun teringin nak anak kembar. Mesti seronok. Kalauboleh Ekin nak nak rasa sendiri macam mana susah payah mak Ekin jagaEkin dengan Ain masa kami kecik-kecik dulu,” kata pelakon yang pernahmencipta nama melalui drama bersiri Kawan ini.
Ekin juga mengakui dia lebih selesa tinggal di rumah jika tiadaapa-apa urusan yang menggamitnya keluar, namun pada masa yang sama diaakur dengan kehendak Mawi yang mahu dia menjadi peneman kemajlis-majlis tertentu.
Bagi juara AF3 ini, tiada salahnya jika dia membawa isterinya kemajlis-majlis tertentu dan itu lebih baik kerana ia dapat mengundangfitnah.
"Saya kesian Ekin tinggal kat rumah, lagi pun dia tak buat apa katrumah. Dari dia kena tinggal sorang-sorang baik saya bawa dia ke manasaya pergi. Biarlah orang nak kata apa pun. Dia bini aku,” ujar Maawidalam nada bergurau.
Jelasnya, dia malas memikirkan soal remeh-temeh kerana karier senidan rumahtangga ada perkara lebih penting daripada memikirkancakap-cakap orang.
Jadi Badang dalam Magica
Kini bintang realiti AF ini sibuk dengan penggambaran filem muzikalterbaru terbitan KRU Studios Magica, filem ini turut menghimpunkanbeberapa nama besar dalam industri hiburan tanah air, antaranya adalahZiana Zain, Diana Danielle, Vanida Imran, Ogy Ahmad Daud serta ramailagi.
Biarpun pada mulanya dia enggan bercerita lanjut, Mawi akhirnya akur dengan permintaan pihak media.
"Saya bawa watak Badang dalam filem ini. Seronok la dapat berlakondan menyanyi dalam filem ini. Watak Badang ini merupakan watak keduautama dan saya disolek serta akan memakai kostum macam Badang.
"Watak yang saya bawak dalam filem ini serius dan kebanyakan babakyang dilakukan di kawasan hutan berdekatan dengan FRIM, Kepong. Dalamfilem ini saya ada nyanyikan 4-5 buah lagu.
"Pengalaman berlakon dalam filem ini betul-betul menarik tapimencabar kerana saya kena berlakon dan menyanyi dalam masa yang sama.Ada juga babak-babak monolog,” kata penyanyi yang sedang popular denganlagu Allah Habibi ini. |
|