CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2497|Reply: 9

Jadilah Diri Sendiri

[Copy link]
Post time 11-2-2009 08:20 PM | Show all posts |Read mode

BAKAT seni yang dimiliki Faizal turut menyemarakkan industri hiburan tempatan.

Pesanan Faizal Tahir, Suki, Ayu dan Shila kepada peserta One In A Million

BARANGKALI ramai pernah meragui kemampuan sebenar bintang yang dicungkil menerusi program realiti terutama apabila melihat populariti pantas yang dicipta namun akhirnya tenggelam lantaran tidak mampu membawa gelombang baru dalam industri hiburan.

Bagaimanapun, pandangan sempit itu kian terhakis apabila satu demi satu bintang yang dicungkil menerusi pertandingan itu bangun membuktikan kemampuan mereka.

Kemaraan mereka juga menyemarakkan industri muzik yang lesu apabila menebarkan pelbagai idea segar, sekali gus menyuntik harapan dengan membina platform baru yang mengesankan.

Antara contoh paling jelas ialah kebangkitan Faizal Tahir. Mengakhiri perjuangan dalam One In A Million (OIAM) musim pertama dengan meraih tempat kedua, namun hari ini namanya mara ke puncak dengan pelbagai pengiktirafan.

Merentas pelbagai cabaran, malah saat namanya mula mendaki populariti dia diuji dengan dugaan hebat namun semua pengalaman itu dibayar dengan pengiktirafan yang membanggakan.

Berkongsi pengalaman dengan tiga lagi bintang yang juga dicungkil menerusi OIAM iaitu Ayu, Suki dan Shila, sesi fotografi yang diatur khas oleh 8TV mengajak khalayak mendekati semula laluan awal mereka.

Kata Faizal, perkara asas yang akan membuat khalayak tertarik adalah keupayaan seseorang peserta menjadi penghibur apabila beraksi di pentas, bukan hanya penyanyi semata-mata.

Baginya ramai penyanyi di luar, namun untuk mencari mereka yang mempunyai karisma atau aura yang boleh memancing perhatian peminat adalah sesuatu yang sukar terutama dalam bidang seni suara.

揚eminat sentiasa dahagakan sesuatu yang berbeza dan itu yang perlu kita berikan. Di luar lebih ramai penyanyi yang mempunyai mutu suara jauh lebih baik berbanding saya, namun apa yang ingin peminat saksikan ialah keberanian.

揑tu yang saya cuba berikan dan hari ini, saya melihat semangat itu turut dibawa oleh kumpulan seperti Hujan, Meet Uncle Hussain dan Bunkface selain Aizat. Keberanian membawa mereka melangkah jauh dalam industri.

揚esan saya, peserta cuma perlu menjadi diri sendiri dan usaha mencuba terlalu keras untuk menarik perhatian khalayak. Itu penting untuk mendapat tempat di hati peminat,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2009 10:20 PM | Show all posts
揂tas sebab itu, saya mahu terus mendalami aspek penciptaan lagu kerana dalam produksi album kedua nanti saya mahu lebih terbabit dan fokus,
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 03:16 AM | Show all posts
nak baju superman FT tuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 07:12 AM | Show all posts

Balas #2 washere2\ catat

wait'n for next album  

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 02:13 PM | Show all posts
MCM BAPUK LA PEJAL NEH
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 03:23 PM | Show all posts

Balas #5 JAY-Z\ catat

macho mcm tu dikatanya bapuk:@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2009 10:18 AM | Show all posts

Reply #5 JAY-Z's post

bapuk ker?
tgk tgn ft tu keras jer, xde lah nak lentok ke ape..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 11:33 AM | Show all posts

Balas #7 sharina_shah\ catat

betui2 betui....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2009 02:12 PM | Show all posts

Reply #8 sayasukagame's post

cam upin ipin lak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 05:05 PM | Show all posts

Balas #9 sharina_shah\ catat

adik beradik berlainan mak ayah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.053009 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list