|
Sirah Junjungan satu perjuangan sebar syiar Islam
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/11/mstar_hiburan/20090211102235&sec=mstar_hiburan
Penyanyi tesohor, Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search dan Jamal Abdillah akan menyanyikan lagu dalam teater Sirah Junjugan musim ke-2.Foto UTUSAN.
IBARAT satu perjuangan menyebarkan syiar Islam begitulah kentalnya semangat pengarah tersohor Erma Fatima apabila tampil untuk kali kedua mementaskan teater muzikal, Sirah Junjungan-Tahajud Cinta di Istana Budaya (IB) pada 9-22 Mac ini.
Namun disebalik semangat kentalnya itu, air mata kakak kepada pelakon Umie Aida ini gugur gara-gara ketiadaan dana untuk mementaskan teater muzikal Islam yang diadakan sempena meraikan sambutan Maulidur Rasul.
"Ketika kali pertama mementaskan teater ini pada tahun lalu, dua perkara penting berlaku dalam hidup saya, pertama adalah saya kehilangan ayah tercinta ketika sedang membuat persiapan terakhir Sirah Junjungan. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu.
"Kedua saya mementaskan teater ini tanpa sebarang penajaan kerana ketika itu pilihan raya sedang berlangsung dan saya waktu itu hampir hilang kekuatan. Hingga mendorong saya berjumpa dengan Ketua Pengarah IB, En Johari Shaarani (Abg Jo) untuk menarik diri.
"Namun sebaik menatap wajahnya saya tak sampai hati kerana menghancurkan hati Abg Jo sama dengan menghancurkan hati saya.
"Sekali lagi pada tahun 2009, kami memulakan persiapan untuk teater ini sejak bulan Oktober tahun lalu di mana kami telah menghantar 40 proposal kepada syarikat-syarikat korporat, Islamic Banking untuk mendapatkan sedikit dana kepada mereka.
Barisan pelakon teater muzikal Sirah Junjungan bergambar kenangan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
"Namun apa yang menyedihkan sehingga ke hari ini, kami tidak dapat sebarang penajaan walau daripada satu syarikat korporat sekalipun. Tapi hari ini Sirah Junjungan akan tetap diteruskan.
"Jika Rasulullah SAW tetap berkorban untuk agama dan Islam apalah sangant kami yang hanya mempunyai masalah tidak mendapat penaja, |
|