View: 26556|Reply: 39
|
Skydiving & Basejumping
[Copy link]
|
|
Hanya 20 saat
Oleh ASMARUDDIN JAMALUDDIN
Aktiviti terjunan base di Kampung Wira Damai, Batu Caves, Selangor memompa adrenalin setiap penerjun.
BAGI kebanyakan kita, aktiviti terjunan base adalah sangat ekstrem. Ini kerana terjunan base dilakukan pada ketinggian yang sangat rendah berbanding terjunan biasa yang dilakukan dari kapal terbang.
Dengan kata lain, terjunan base adalah satu bentuk terjunan dari bangunan (building), pencawang (antena), jambatan (span) dan tebing (earth).
Aktiviti itu mula diterima masyarakat tempatan selepas penganjuran program terjunan base yang melibatkan 50 peserta dari seluruh dunia di Menara Kuala Lumpur (KL) pada tahun 2001. Kejayaan program itu telah membuka peluang kepada penggemar sukan ekstrem untuk memperkembangkan aktiviti itu di negara ini.
Di Malaysia, lokasi sesuai untuk terjunan base adalah sangat terhad. Yang sesuai hanyalah terjunan dari bangunan tinggi. Malangnya untuk mendapatkan kebenaran membuat terjunan di bangunan berkenaan hampir mustahil kerana polisi dan situasi bangunan di sini tidak membenarkan aktiviti seperti itu dilakukan.
| PELAPIK lutut untuk terjunan base.
|
| TOPI keledar menjadi kelengkapan wajib.
|
Cuma, sejak akhir-akhir ini, terdapat sedikit peluang untuk membuat terjunan base dari menara-menara tinggi, itupun pada hari keraian tertentu sahaja.
Setakat ini, hanya Menara KL sahaja yang menjadikan terjunan base sebagai acara tahunan anjuran mereka dan itupun kerana menara itu mempelopori sukan terjunan bebas di negara ini.
Terjunan bebas sedikit berbeza dengan terjunan base kerana penerjun sempat memusingkan badan, berbanding terjunan base yang mana penerjun tidak sempat berbuat demikian.
Justeru, bagi mengembangkan kedua-dua jenis terjunan itu, pencarian bakat pelapis baru kini aktif dijalankan oleh Presiden Persatuan Terjunan Base Malaysia, Kapten Aziz Ahmad, 52. Beliau kini sentiasa mencari lokasi tetap yang sesuai untuk aktiviti tersebut.
"Tanggungjawab utama persatuan sekarang ialah mencari lokasi bagi melengkapkan empat disiplin base di negara ini," katanya
Dengan bantuan dua sahabatnya yang pakar dalam terjunan bebas, mereka membuat cubaan pertama terjun dari puncak tebing batu di Kampung Wira Damai, Batu Caves, Selangor pada awal tahun lalu.
Ekoran kejayaan terjunan pertama itu, beberapa terjunan lain dan beberapa perbincangan dengan pengurusan pusat mendaki di situ telah dilakukan. Hasilnya, satu pelantar dibina di tebing bukit pada Oktober lalu bagi memudahkan penerjun mendapatkan posisi terbaik untuk membuat terjunan.
MOHD. Idrus (kiri) dan Mohd. Noorizan melipat kanopi selepas membuat terjunan.
Sebelum ini, kawasan tersebut sangat terkenal dengan aktiviti memanjat tebing (rock climbing) dan kini bakal melakar sejarah menjadi pusat terjunan bebas dari tebing batu pertama di negara ini.
Kesempatan bersama mereka untuk melihat sendiri bagaimana mereka melakukan aktiviti terjunan bebas di situ adalah satu isyarat dari mereka bahawa mereka telah cukup bersedia untuk mengembangkan satu lagi aktiviti ekstrem di situ.
Menurut Aziz Ahmad, keberanian sahaja tidak mencukupi untuk menyertai sukan itu kerana kecekapan dan kemahiran menguasai saat-saat genting sangat perlu.
Dengan ketinggian hanya 96 meter (317 kaki) dari tanah, penerjun tidak boleh melakukan sebarang kesilapan. "Cuba bayangkan, apa yang boleh dilakukan dalam tempoh tidak sampai 20 saat? Itulah tempoh masa yang ada bagi setiap penerjun base di situ sebelum mereka mendarat," ujarnya tegas.
Memang diakui, sukan ekstrem seperti terjun base itu tinggi risikonya. "Tetapi risiko yang dihadapi boleh dielakkan sekiranya mereka menerima tunjuk ajar dan panduan daripada jurulatih yang benar-benar bertauliah," katanya.
Oleh itu, hanya penerjun yang berjaya membuat terjunan melebihi 150 terjunan dari kapal terbang dibenarkan melakukan aktiviti tersebut. Ketepatan mendarat di lokasi yang ditetapkan juga amat penting bagi penerjun baru.
Bagi penerjun paling senior yang juga merupakan bekas komando, Jamaluddin Ismail, 54, beliau amat mementingkan disiplin diri. Kecelakaan boleh dielakkan dengan mengikuti rutin disiplin yang telah ditetapkan untuk penerjun.
"Cara berpakaian, kelengkapan keselamatan dan menguruskan kelengkapan terjunan amat diutamakan," ujarnya.
Mengimbas kembali penglibatan awalnya, akui Jamaluddin, beliau mengikuti aktiviti terjunan kerana 'tugas'.
PILOTCHUT Asistance, Azuan Taruddin sedang memeriksa
beg Ahmad Zaharuddin sebelum membuat terjunan.
| PANDANGAN dari atas penerjun membuat terjunan base.
|
| AZIZ Ahmad (depan) turun ke tapak terjunan.
|
Namun kini, aktiviti ekstrem itu bertukar menjadi hobi. Ini kerana aktiviti seperti itu telah sebati dengan dirinya.
Beliau telah melakukan lebih daripada 3,000 terjunan sebelum ini.
"Setakat ini, saya telah melakukan dua daripada empat disiplin terjunan base iaitu dari bangunan dan tebing," ujarnya.
Beliau juga berterima kasih kepada pihak pengurusan pusat mendaki di Wira Damai, Batu Caves kerana telah memberi kemudahan kepada penerjun untuk menjadikan pusat mendaki itu sebagai lokasi terjunan base dari tebing yang pertama di negara ini.
" Padang bola di sini juga menjadi tarikan penerjun kerana ia selamat untuk penerjun mendarat," katanya lagi.
Bagi penerjun muda, Hizam Shah Sahibudeen, 28, beliau mula mendapat pendedahan aktiviti payung terjun dari bapanya yang juga merupakan seorang penerjun.
"Saya memulakan aktiviti terjunan ini secara serius semasa menuntut dan bekerja di California, Amerika Syarikat. Di sana, terdapat banyak peluang untuk mendalami aktiviti terjunan ini," katanya.
"Semasa di sana juga, saya telah melengkapkan keempat-empat disiplin base seperti terjun dari bangunan, pencawang, jambatan dan tebing. Setiap disiplin terjunan base memberikan pengalaman yang berbeza dan begitu mengujakan," katanya lagi.
Beliau juga amat mengalu-alukan pembukaan lokasi terjunan di Batu Caves kerana akan memberi lebih banyak peluang kepada penerjun baru untuk melakukan terjunan base di negara ini.
Lebih menarik lagi, kemudahan awam di situ sudah lengkap dan mudah dikunjungi. "Setiap penerjun hanya memerlukan 30 minit untuk berjalan ke puncak melalui trek yang disediakan," katanya.
AKTIVITI terjunan base di Kampung Wira Damai,
Batu Caves semakin popular.
Bagi Mohd Idros Mohd Yusop pula, tarikan di lokasi itu akan membantu meningkatkan populariti aktiviti terjunan base. "Selain melakukan terjunan base, peserta juga boleh mendaki tebing batu di sini," katanya.
Katanya, terdapat dua teknik asas yang diamalkan penerjun semasa melakukan terjunan base iaitu dengan teknik pilotchut asistance (pca) dan handheld free fall.
Menurutnya, handheld free fall hanya boleh dilakukan jika pilotchut yang digunakan bersaiz besar dan sesuai untuk terjunan dari tapak lokasi yang lebih rendah.
Sementara pilotchut asistance pula sesuai untuk mereka yang ingin membuka kanopi dengan pantas. Ini bermaksud, penerjun akan menggunakan khidmat rakan lain untuk membantu menarik keluar kanopi sebaik sahaja melakukan terjunan. "Tindakan ini akan membantu penerjun membuka kanopi sebaik sahaja mereka terjun," ujarnya lagi.
Setakat ini, beliau telah melakukan terjunan base lebih 350 kali dan melengkapkan dua disiplin iaitu terjun dari bangunan dan tebing.
Sesiapa yang berminat untuk belajar dan mendalami sukan terjunan base, bolehlah menghubungi Aziz Ahmad di talian 019-202 4198 atau e-mel skydivewilaziz@hotmail atau Mohd Idros Mohd Yusop di talian 019-620 4946 atau e-mel [email protected].
Untuk pertanyaan lanjut mengenai kemudahan di pusat mendaki Kampung Wira Damai, Batu Caves hubungi Mohd Zain Mihat di talian 014-620 0029.
sos: kosmo
karam, dexy.. ko leh check tak... kalu tred ni wokeyyyy aku pikir skydive ni tak sama ngan paraglide.... nanti ko pm aku ekkk....
p/s: karam tima kacih tulun aku bro.... aku rasa yg ni pung ada citer sikit pasai skydive nih... kalu ada citer tambahan pasai alat2 dia lagi aku bagitaw ko wokeyyy bro!! :victory:
[ Last edited by amazed at 28-2-2009 08:53 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya ok kot. nanti gue cari info tambahan ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Batu Caves lokasi baru terjun base
Artikel dan gambar
ASMARUDDIN JAMALUDDIN
| PENERJUN dibantu rakan untuk menarik kanopi payung terjun melalui teknik pilotchut assistance (pca).
|
SESUATU yang menyeronokkan dan terlalu istimewa pastinya tidak datang mudah dan kekal selamanya. Sudah menjadi lumrah alam juga, semakin tinggi impian yang dikejar semakin tinggi harga dan pengorbanan yang perlu dipertaruhkan.
“Amat menyeronokkan, tetapi terlalu singkat.” Itulah gambaran yang dinikmati oleh penerjun-penerjun base ketika terapung di udara sebelum membuka payung terjun mereka dan mendarat.
Dalam tempoh kurang daripada 20 saat itu, penerjun bukan sahaja menikmati kemuncak keseronokan tetapi turut berdepan dengan pelbagai risiko kemalangan malah tidak terkecuali daripada maut.
Tempoh yang sama juga adalah waktu yang paling kritikal untuk memastikan setiap tindakan yang dibuat adalah betul dan tepat bagi memastikan pendaratan yang selamat.
Bagi Presiden Persatuan Terjunan base Malaysia, Kapten Aziz Ahmad, sukan terjun base bukan sahaja memerlukan keberanian yang tinggi malah menuntut kecekapan dan kemahiran menguasai saat-saat genting.
Aziz, 52, berkata, terjunan dari puncak bukit batu kapur hanya boleh dilakukan oleh mereka yang benar-benar terlatih dan mahir dalam bidang terjun payung serta memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 150 kali terjunan.
‘‘Sukan ini lebih sukar berbanding terjun payung biasa kerana jarak terjunannya yang terlalu rendah berbanding terjunan dari udara.
‘‘Sedikit kecuaian boleh mengundang maut. Sebab itu terjun base adalah antara sukan yang paling ekstrem di dunia pada masa sekarang,” katanya ketika ditemui selepas terjun dari ketinggian 96 meter di Kampung Wira Damai, Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.
Bagaimanapun menurut Aziz, risiko yang dihadapi itu dapat diminimumkan dengan mematuhi langkah-langkah keselamatan melalui tunjuk ajar daripada jurulatih bertauliah.
Penerjun paling senior, Jamaluddin Ismail, 54, berkata, sukan terjun base juga boleh jadi selamat seperti juga sukan-sukan ekstrem yang lain sekiranya pengamal dapat mengamalkan setiap prosedur yang ditetapkan.
Bekas komando yang telah melakukan lebih daripada 3,000 terjunan sebelum ini itu ialah satu-satunya penerjun senior yang masih aktif di negara ini.
Penerjun muda, Hizam Shah Sahibudeen, 28, berkata, penglibatan dalam sukan itu bermula selepas diperkenalkan dalam sukan terjun payung oleh bapanya semasa menuntut di California, Amerika Syarikat.
‘‘Semasa di sana, saya berpeluang melakukan tiga lagi disiplin dalam terjunan base iaitu dari bangunan, pencawang dan jambatan yang memberikan pengalaman berbeza,” jelasnya.
Lokasi
Sementara itu, Aziz memberitahu, selepas kejayaan terjunan ujian yang dilakukan bersama beberapa penerjun pada Oktober tahun lalu di Wira Damai, persatuan kini memiliki sebuah pelantar yang dibina untuk memberikan posisi lompatan lebih baik.
Katanya, hasil perbincangan dengan pihak pengurusan pusat mendaki di kampung itu juga membenarkan lokasi yang popular sebagai destinasi pemanjat tembok batu itu diguna dan dikembangkan sebagai pusat terjunan bebas dari tebing batu pertama negara.
‘‘Lokasi untuk melakukan aktiviti ini masih terhad di negara ini. Sebelum ini hanya beberapa bangunan dan menara yang membenarkannya, itu pun pada hari-hari keraian.
‘‘Untuk meneruskannya sebagai aktiviti, kita memerlukan lebih banyak lokasi seperti yang terdapat di Kampung Wira Damai,” jelasnya yang berhasrat untuk mengembang dan melatih pelapis baru dalam sukan berkenaan.
Ujarnya lagi, selain mencari lokasi terjunan tebing (bumi), persatuan juga giat mencari lokasi-lokasi baru untuk melengkapkan tiga lagi disiplin terjunan.
Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan melalui kementerian yang bertanggungjawab dapat membantu memperkenalkan lokasi itu pada masa-masa akan datang. |
|
|
|
|
|
|
|
aku minat diving..tp for Skydiving ni aku tak berapa minat lg..cuak beb.. ..
sape2 berminat nak try sukan ni leh pg orca blue divers kat tingkat atas sekali bangunan plaza city square depan ampang park..aku selalu pg kedai ni utk tanya pasal scuba diving..tp dia turut menyediakan kemudahan utk Skydiving (alatan, blaja, skyvideo)..try la.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
About Us
We are known as Wilayah Sport Parachuting Club or Wilayah Skydivers. Being the first civillian club in Malaysia, we are here to those who want to venture into an X-treme sport and live over the edge.
Started with a first civillian jump back in the late 1970's, the club has grown to be the leader of civillian skydiving in Malaysia. Since then we have participated in major parachuting tournaments through out the world especially in Asia Pacific region.
With this experience we offer basic skydiving course to those who are interested. For more information please refer to our activities page.
Our club members consist of a group of hardcore skydivers who love to skydive as often as we could.
Our Activity
Our core activity is to train people want to do skydiving. We offer two jumps course which is at RM 750.00*,
For your subsequent jumps, it will cost you between RM 150.00 - RM 200.00 per jump*, depending on the height.
It is a two day course. Day one will be the ground training which is held in Kuala Lumpur. Class normally starts at 9.30 am ends at about 5.00 in the evening. The jumps will be done on the next day at Segamat Golf Club, Johor. It about 1 and half hour drive south to Kuala Lumpur. To conduct a class, we need a minimum of 5 students a maximum of 20 students.
The syllabus is approved by the Department of Civil Aviation. The course covers all subjects necessary to successfully complete your first jump. Our ultimate aim is to give you a sound background and knowledge level to allow you to continue and complete the full training program and become a thoroughly qualified sports parachutist.
You will be taught by our best instructors. The instructors are all qualified and certified by the Department of Civil Aviation Malaysia, who is the governing body for the sport. Each of them have accumulated more than a thousand jumps.
The subjects are:
Theory
Introduction to parachuting.
The equipment and its related function.
Parachute deployment sequence and theory of flight.
The flight drill or parachute familiarisation after deployment.
The flying pattern.
Parachute Emergencies.
Aircraft Emergencies.
Practical
Stable (arch) position.
Parachute Landing Fall (PLF)
* Subject to the aircraft type.
After you have done the statics jumps and you want to proceed to free fall, we provide a progressive free fall course . The course consist of two free fall jumps. The pre-equisite for this course is, one should have completed the static jumps and are cleared for free fall by authorised jumpmasters.
For those who have the experience in the sport, you are welcome to join us when we jump. Skydiving in Malaysia may not be as exciting as in your country but we guarantee you a different. If you do not have any equipment with you, You can rent it from us. Your jumps are charged according to the height you want to jump. The minimum charge is around RM 150.00 from the height of 4500 feet.
We also provide the photograph services upon request. We have several aerial photographers that are willing to take your photos.
Other than conducting skydiving courses, we also do demonstration jumps. For detail of demonstration jumps please contact us.
SKYDIVE KUALA LUMPUR
23 Jalan Indah 13
Taman Cheras Indah
56100 Kuala Lumpur
Malaysia
[email protected].
cuba la kalu nak cuba...
|
|
|
|
|
|
|
|
tak tau la kalu harga dia dah berubah ke idak.. kalu nk tau sila le email kat depa ek |
|
|
|
|
|
|
|
ini bukan skydiving..
ini basejumping |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 hetrek\ catat
yang mana satu?? ada beza ker? |
|
|
|
|
|
|
|
ada..
base jumping bila kita terjun dari struktur..
cam bangunan, platform, tebing, jambatan dan lainlain
skydiving lak kita terjun dari kapal terbang atau helikopter..
skydiving lagi tinggi la..
wahh..dah jadik moderator la kau karam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 hetrek\ catat
owh ye x ye kan... xperasan...
nanti aku pikirkan nk buat macam mana...
tu la dah lama sangat ko x masuk sini hetrek... mana ilang? dah xsudi masuk Smag ek.... |
|
|
|
|
|
|
|
hehe..aku ada..
tapi aku banyak duduk kat board travel..
banyak baca temapttemapt menarik..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
contoh skydiving
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by karambunai at 27-2-2009 04:46 PM
owh ye x ye kan... xperasan...
nanti aku pikirkan nk buat macam mana...
tu la dah lama sangat ko x masuk sini hetrek... mana ilang? dah xsudi masuk Smag ek....
karam... kalu macam tu aku ubahkan tajuk thread ni wokey!!! kiter buat sekali harong ajer.... basejumping and skydiving... lagi pun nak jump tu pun dari atas.. tempat tinggi..... dan aku rasa tak ler banyak sangat citer pasal basejumping nanti....
tak apa kan karam??? just satu kan.. aku rasa no hal... tak susah kan ko dan dexy... aku satu kan ajer wokey mate!!!
ni hah aku ada citer pasal skydiving gak... aku just continue ajer ekkkkk :victory:
[ Last edited by amazed at 28-2-2009 08:53 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Terbang enam minit
Mencampakkan diri dari kapal terbang bukan kerja main-main, wartawan AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN berkongsi pengalaman kali pertama melakukan penerjunan statik dari ketinggian 2,500 kaki.
Jarum altimeter yang dipasang kemas di bahagian perut merangkak perlahan-lahan. Dari angka kosong, jarum hitam itu kemudiannya semakin pantas melewati satu persatu titik-titik kecil di dalamnya.
Pesawat Cessna 172 itu agak sempit. Ia hanya boleh memuatkan seorang juruterbang, jurulatih terjunan dan dua orang penerjun pada satu-satu masa. Dengan pintu terbuka, setiap penumpang dapat mendengar bunyi enjin dan angin dengan begitu jelas.
Setelah berlegar di ruang angkasa Segamat, Johor untuk beberapa ketika, enjin pesawat diperlahankan, menandakan itu adalah lokasi terbaik untuk melakukan penerjunan. Sementara meter terhenti pada angka 2.5, menunjukkan bahawa kami berada pada ketinggian 2,500 kaki dari permukaan bumi.
"Jumper number one, take your position!" jerit jurulatih terjunan, Shamsudin Mohd. Amin, 26, atau lebih dikenali sebagai Jidin dengan serius.
Antara berani dan takut, penerjun pertama mula memegang palang di sisi pesawat dan meletakkan kaki kiri di satu pelantar khas dan kaki kanan di atas tayar pesawat.
"Go! Go!" jerit Jidin. Masih memegang kejap palang pesawat, nampaknya dia masih belum bersedia untuk terjun. "Go! Go!" jeritnya lagi. Entah dari mana mendapat keberanian, dia akhirnya melepaskan tangan sambil sayup-sayup saya mendengar jeritannya.
SALAH satu contoh pendaratan yang agak menyakitkan.
Degupan jantung saya semakin kencang dan doa dalam hati pun bertambah panjang. Sebabnya, beberapa minit lagi tibalah giliran saya untuk terjun.
"Huh!" dengus Jidin, sambil mengarahkan saya untuk mendekati pintu pesawat yang luas ternganga.
Bingit angin yang menerpa deras dan sejuk boleh membuatkan sesiapa sahaja bertukar fikiran sama ada untuk terjun atau kembali masuk ke dalam kabin pesawat.
Memegang palang pesawat sekuat hati, saya menarik nafas panjang sambil 'menyumpah diri sendiri' kenapa saya dengan yakinnya menerima pelawaan untuk membuat penerjunan itu.
Apa-apa pun, sudah lambat untuk menyesal dan berpatah balik. Melihat rumah-rumah yang sekecil kotak mancis membuatkan perut saya semakin kecut. Inilah pengalaman kali pertama saya melakukan penerjunan statik dari ketinggian 2,500 kaki dari permukaan bumi.
Selepas mendapat arahan daripada Jidin, saya memberanikan diri melepaskan tangan sambil diiringi dengan jeritan paling kuat dan lama pernah saya lakukan.
Badan terasa berpusing akibat tolakan angin dan saya terus mendongakkan kepala sebagaimana yang diajar dalam kursus sehari sebelumnya.
PAYUNG terjun mesti dikendalikan dengan sebaik
mungkin bagi mengelakkannya terkoyak atau rosak.
Hilang sudah kiraan yang sepatutnya dibuat, sebelum terasa badan tersentak ke atas, sekali gus menandakan payung mula kembang.
"Jumper number two, payung kembang dengan baik. Tarik slider sekarang! Tarik slider sekarang!," arah satu suara dari radio. Terkial-kial, saya terpaksa 'memanjat' dan menarik semua empat bucu slider yang berada agak jauh daripada jangkauan.
Slider yang berbentuk empat segi itu mesti diikat atau diturunkan bagi mengelakkannya daripada naik semula ke atas, kemudiannya boleh menyebabkan payung terjun menguncup.
Sekiranya menguncup, pasti ia bukanlah situasi yang mahu ditempuh oleh mana-mana penerjun, walaupun penerjun profesional.
Melepaskan nafas lega, mata saya pantas mencari toggle yang perlu dipegang. Toggle ini berfungsi sebagai brek memperlahankan pergerakan, selain 'stereng' untuk mengubah arah ke kiri atau ke kanan.
"Jangan sesekali lepaskan toggle ketika berada di atas sana. Pegang sehingga anda semua selamat mendarat," pesan jurulatih yang juga seorang pesara komando, Mohd. Fadzir Sharif, 43.
PENERJUN perlu memegang palang pesawat dan memijak
pelantar dengan betul sebelum melakukan penerjunan.
Jantung saya kembali berdegup mengikut rentak yang normal. Inilah masanya untuk saya menikmati keindahan pemandangan dari atas dan keseronokan terbang di udara.
Melayang ke arah tiupan angin, saya terasa dibuai-buai dengan kelajuan sederhana, sambil sesekali menarik toggle ke kiri dan ke kanan untuk mengubah haluan.
Dari jauh, hamparan landasan tanah merah Lapangan Terbang Segamat yang menjadi zon mendarat dapat dilihat dengan jelas. Supaya tidak tersasar dari zon tersebut, saya mesti mendengar arahan dari radio sepanjang masa dan tidak boleh panik atau leka.
BEGINILAH kedudukan tubuh yang perlu dilakukan
sebaik sahaja penerjun keluar dari pesawat.
Masa kira-kira enam minit berada di ruang angkasa terasa begitu pantas berlalu. Tarikan graviti kian terasa. Maksudnya, saya perlu berdepan dengan satu lagi 'azab' dalam sukan ekstrem ini, apa lagi kalau bukan mendarat seselamat mungkin.
Rasa bimbang semakin ketara apatah lagi setelah melihat ramai penerjun sebelum ini 'tergolek' ketika mendarat. Ada yang mendarat di atas lopak air, tar dan rumput, dalam keadaan tersembam dan pelbagai jenis 'stunt' yang lain.
Apa yang paling kritikal ketika mendarat ialah mengendalikan toggle atau brek dengan baik. Penerjun perlu bijak menarik toggle sama ada suku, separuh atau sepenuhnya berdasarkan ketinggian dan mesti mengikut arahan daripada jurulatih yang berada di bawah.
SEMUA peserta tekun mendengar taklimat terakhir sebelum
bersiap sedia memakai kelengkapan untuk terjun.
Pada ketinggian yang sesuai untuk mendarat, penerjun juga tidak boleh menarik toggle ke kiri atau kanan sepenuhnya bagi mengelakkan mereka berpusing dan terhempas ke tanah.
Jangan sesekali menarik atau melepaskan toggle secara mengejut kerana ia boleh mengurangkan keberkesanan membrek ketika hendak mendarat. Penting juga diingatkan kepada penerjun supaya tidak menarik toggle sepenuhnya sebelum masanya.
Sebabnya, tindakan 'brek mengejut' itu akan membuatkan mereka tergantung, terbuai dan mendarat dengan bahagian belakang dahulu mencecah bumi.
MOHD. FADZIR menerangkan fungsi-fungsi peralatan
yang ada pada payung terjun kepada semua peserta kursus.
Tidak mahu berdepan dengan pendaratan yang menyakitkan, saya menarik toggle sebagaimana yang diarahkan. Hasilnya? Saya tergolek juga di atas kawasan berumput, mujurlah tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Sukan ini selamat. Apatah lagi kemungkinan payung terjun untuk mengembang adalah 99 peratus. Selagi penerjun tidak terlalu takut dan mengikut segala arahan yang diberi, mereka tidak akan berdepan dengan sebarang masalah.
"Kalau terluka, tercalar atau mendarat dalam keadaan kurang baik, itu biasalah. Rasa takut perlu ada dalam setiap penerjunan kerana perasaan itu akan membuatkan kita lebih berhati-hati," kata Jidin sambil tersenyum.
Penerjunan statik yang bermula kira-kira pukul 11 pagi pada Ahad lalu turut disertai oleh 14 orang penerjun dari Kuala Lumpur.
Biarpun hanya berada beberapa minit di 'awang-awangan', hanya satu perkataan yang saya boleh gambarkan mengenai pengalaman ini. Terbaik!
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tak sanggup nak cuburi sukan ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 eco_internet's post
kenapa... eco takut height juga ke?
saya pun gayat juga.. tapi kalau hang gliding okay sikit..
dapat control.. yang ni... memang life and death aje la - |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 dexa's post
rasanya bukan pasal takut tinggi/gayat
tapi mungkin ramai yg dok risau kalau aa parachute tuh tak terbukak ker .. ataupun ada 'error' apape ke ..
tskkk! pastuh terus jatuh camtuh jek .. ngerrriiii |
|
|
|
|
|
|
|
Debaran terjun dari pesawat
Oleh ABD. HALIM HADI
| PEMERIKSAAN terakhir bagi memastikan pemakaian peralatan mengikut prosedur yang betul sebelum pelajar dibenarkan melakukan terjunan.
|
PESAWAT Cessna 172 berlepas dengan baik dan kami hanya menyedari ia berada di udara selepas memandang ke bawah melalui lubang pintu pesawat yang sengaja ditanggalkan.
Pandangan pada objek besar seperti bangunan dan kenderaan berdekatan dengan Lapangan Terbang Kecil Segamat, Johor dari kapal terbang ringan itu lama-kelamaan semakin mengecil.
Daripada padang rumput, ia bertukar membentuk rupa padang golf milik sebuah kelab yang terletak berhampiran, manakala jaringan jalan raya bertukar menjadi garis-garis halus yang menambah rasa gayat.
Itulah perubahan pemandangan yang sempat diperhatikan penulis ketika berada di dalam pesawat sementara menunggu juruterbang meneruskan `pendakian' sehingga mencapai ketinggian yang diperlukan.
Tiba-tiba pandangan mata beralih kepada alat pengukur ketinggian (altimeter) yang menunjukkan bacaan 2,000 kaki (666 meter), kira-kira 200 meter melebihi ketinggian Menara Berkembar Petronas.
Suasana hening tanpa sepatah kata daripada saya dan seorang rakan pemberita kemudian dikejutkan dengan jeritan jurulatih, Shamsudin Mohd. Amin yang mengarahkan saya keluar mengambil tempat di luar pesawat dengan berpaut pada palang sayap dan kaki memijak tayar pesawat.
Pada ketinggian 2,500 kaki (830 meter), angin yang menghempas badan terasa begitu berat untuk ditahan dan selepas beberapa kali laungan 'Go! Go!...' daripada Shamsudin, saya tidak mempunyai pilihan lain selain melepaskan genggaman lantas terjunam jauh meninggalkan pesawat.
Beberapa saat selepas melayang, badan terasa seperti tersentap ke atas apabila kanopi payung dilepaskan dari beg payung (container). Melihat payung yang kembang sempurna, debaran jantung beransur reda dan digantikan dengan keseronokan 'berlayar' di udara.
Pergerakan lebih kurang lima minit di udara menuju ke zon pendaratan (lapangan terbang) dikawal dengan menarik peluncur (glider) yang berada di kedua-dua belah tangan. Operasinya cukup mudah digunakan.
Pengalaman pertama penulis itu sememangnya menggerunkan tetapi bagi yang pernah mencuba sukan payung terjun, degupan jantung ketika melawan fobia pada ketinggian pasti menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Begitulah pengalaman pertama selepas mencuba terjunan static line anjuran Persekutuan Payung Terjun Malaysia (PPTM) di Lapangan Terbang Kecil Segamat, baru-baru ini.
Kurang dan dicurigai
Hakikatnya, sukan payung terjun untuk orang awam yang bertapak di negara ini sejak 1990-an masih kurang diceburi. Pertama kerana kecurigaan orang ramai pada aspek keselamatan dan kedua kerana tidak banyak pihak yang menyediakan perkhidmatan dan latihan.
Tetapi kini, sukan yang dahulu hanya dipelopori oleh anggota tentera dan polis boleh diceburi oleh sesiapa sahaja asalkan mereka tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan jantung.
Buktinya, selepas Latihan Udara dan Mendarat Payung Terjun kendalian PPTM itu, kesemua 14 pelajar (termasuk media) yang mengikuti kursus mengakui keseronokan sukan ekstrem itu dan ditauliahkan lesen serta sijil.
Shamsudin yang merupakan jurulatih payung terjun negara termuda yang pernah ditauliahkan berkata, tahap kefahaman orang ramai terhadap sukan itu masih belum mencukupi untuk membenarkan mereka melakukannya.
Padahal katanya, kecenderungan orang ramai yang mengaitkan sukan itu dengan kematian atau kecederaan parah adalah sesuatu perkara yang agak `melucukan'.
揗ereka sepatutnya memikirkan risiko kematian di tempat lain kerana aspek keselamatan sukan ini sudah lama dipertingkatkan, |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #18 naen\ catat
eiiiii.. naen takut payung xdapat kuar ek.. ape ni.. biar le mencabar sikit... kekeke |
|
|
|
|
|
|
| |
|